18 August 2014

JALAN-JALAN DI JOHOR BAHRU : DOUBLETREE BY HILTON JB

Hai assalamualaikum.

Secara tetiba blog Kisah Tatie ni menyepi sekejap. Aku memang busy dan terlalu busy dengan persiapan rumah terbuka. Alhamdulillah, kini dah 'back on track' gitew. Sekalung ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke rumah terbuka aku minggu lepas. Ramai juga blogger-blogger yang hadir. Terima kasih sangat-sangat. Harap semua berpuas hati dengan makanan.

Sehari lepas open house, aku bergegas ke Johor Bahru dengan mengikuti trip Sahabat Media. Agak lama juga aku tak join trip Sahabat Media. Rasanya kali terakhir, bulan 1 ke bulan 2. Tak ingat! So, memandangkan trip kali ini ke arah selatan, aku tunggu tepi highway je. Hehe.

Banyak yang aku nak cerita pasal trip 3 hari 2 malam kat Johor Bahru ni. Sebut je 'JB' aku excited terus. Trip 3 hari 2 malam ni, kami menginap di Hotel Double Tree by Hilton dan Hotel Renaissance Johor Bahru. Tapi memandangkan Hotel Renaissance Johor Bahru aku dah cerita di entry Festival Layang-Layang Sedunia bulan Mac lepas, so aku skip lah. 

Untuk pengetahuan korang, Hotel DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni adalah sebuah hotel baru di Johor Bahru dan merupakan cawangan kedua DoubleTree by Hilton di Malaysia. Hebat tak hebat, bandaraya Johor Bahru dipilih sebagai destinasi kedua oleh DoubleTree by Hilton ni.

Kad Bilik

Memandangkan ini adalah hotel baru, of courselah aku teruja nak meng-explore kelebihan hotel ini. Kihkih. Eh, bau hotel ni pun masih 'bau kedai'. Bau yang harum dan nyaman, menyemarakkan lagi perasaan berkobar-kobar bila melangkah masuk ke hotel ini.

Walaupun kami check in agak lewat (sebelum tu pusing-pusing area Pontian terlebih dahulu) tetapi masa yang singkat itu digunakan sebaik mungkin untuk explore tentang hotel ini. Berdasarkan google, Hotel DoubleTree by Hilton Johor Bahru ini adalah bertaraf empat bintang. Hotel ini terletak di Jalan Ngee Heng, Johor Bahru. Lokasi yang cukup strategik dan kalau nak pergi Singapore pun mudah. 

via Agoda

Receptionist
Axis Lounge
Selfieee
Penat Menunggu
Deco Yang Modern dan Exclusive
Tidak lupa 'LEGO' yang kini mercu tanda JB

Hotel ini mempunyai 335 bilik termasuk suite. Kesemua bilik-bilik di DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni berkonsepkan moden. Menariknya, para pengunjung diberi Chocolate Chip Cookies semasa check-in. Ala, refreshment gitu. 

Mengenai suite pula, kat Hotel DoubleTree by Hilton ni suite diorang bercirikan style apartment. Siap dengan dapur dan mesin basuh. Classss kau jah! Duduk lama-lama pun boleh. Cuma bila tengok harga, menangis kejap. Hahaha.

Ke Arah Lift
Saya Di Sini
Ke Arah Restoran

Yang ni part paling best. Sebab ia berkaitan dengan MAKANAN. Rambang mata betul nak pilih makanan. Semua ada - western, chinese, malay, indian, dessert jangan cakaplah. Pelbagai dessert yang diorang serve. Semua aku nak ambil. Sampai bilik terbungkang dek kerana kekenyangan. LOL.

Ruang 'Chinese Food'
Ce Teka Aku Duduk Mana?
Ruang Dessert 
Ini Breakfast Pagi Tu .. Gambar Dinner Ada, Tapi Over Makan. *malu* Haha.

Burppp, kenyang makan malam dan sarapan di Hotel DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni. Sedap-sedap makanannya. Terbaik. Kalau korang mencari tempat ekslusif untuk dinner sempena anniversary ke, or nak melamar kekasih, why not pergi je Hotel DoubleTree ni dan book for two? Memang berbaloi.

Lift Untuk Ke Dewan
Persekitaran di Level Ballroom

Dan, jangan lupa singgah level Fitness Centre. Best gila ok?

Fitness Centre ni dibuka selama 24 jam setiap hari. Kalau malu nak pergi siang, pergilah memalam buta. Kat level ni juga ada, Tosca. Sambil lepak di pool, minum-minum dulu. Chilax. Tosca ni adalah sebuah restoran yang serve Italian Food.


Selain dari Gym dan Swimming Pool, kat Hotel DoubleTree by Hilton JB ini juga mempunyai bilik steam dan juga jacuzzi. Usah risau, tak campur pun. Kedua-dua bilik ni terletak di changing room. Bahagian lelaki dan perempuan lain-lain.

Towel
Bilik Persalinan (Siap ada locker)
Steam Room
Jacuzzi
Tosca
Swimming Pool (hujan pula time ni)

SEKARANG, JOM TENGOK BILIK

Lift ke bilik (tingkat 13)
Hallway
Bilik Kami
(Double Double Executive Room)
Bahagian Almari dan Pintu
Dalam Almari
Terlupa bawa kepala plug? Don't worry.

Glass Shower Wall
Bilik Air
Toiletries jenama Crabtree & Evelyn
Mineral Water
Uh., okay.
Dalam Peti Ais
Meja 
Hurmm
Persekitaran Bilik
Blogger famous, RBA
From DoubleTree with Love. Thank You.

Thank You Hotel DoubleTree by Hilton Johor .. Muah!

BEST, BEST, BEST

So, jomlah ke Hotel DoubleTree by Hilton JB sekarang

yang bertanda biru

Hotel DoubleTree by Hilton Johor
No 12, Jalan Ngee Heng,
Johor Bahru

Website
Hotel DoubleTree by Hilton JB

Facebook :
DoubleTree Johor

Parking :
Self Parking (ikut jam)
Valet (Per Entry)
Pengunjung Yang Menginap (FOC)

18 comments:

  1. Cantik hotel ni...mcm2 ada akak suka decoration hotel ni....cantik sgt...

    ReplyDelete
  2. Wahhh,, macam macam ruang makan. Bilik dia terbaiklah.

    ReplyDelete
  3. yg penting breakfast harus sedap :-)

    ReplyDelete
  4. Maaf tnya kak, kalau warga tua boleh ke datang stay di hotel ni.? Buffet nya susah tak nak pergi.? Planning nak belanja mak ayah n auntie stay sini.. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat. sebab satu level je dengan lobi :)

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)