21 August 2014

ECONOMY SEAT MALAYSIA AIRLINES EXPERIENCE

Jika hari tu aku dah ceritakan pengalaman naik Business Malaysia Airlines, klik sini : Business Class Seat. Hari ini aku nak bercerita mengenai tempat duduk ekonomi di Malaysia Airlines pula.

Sebenarnya banyak perbezaan di antara tempat duduk ekonomi dan tempat duduk business. Kalau ada duit lebih sedikit upgrade to First Class. Tapi tak semua flight ada tempat duduk First Class. Well, semuanya terletak pada bajet korang. Sekiranya bajet korang seperti aku, kena menabung untuk pergi travel, tempat duduk ekonomi pun dah kira beruntung. X)

I'm with you. #staystrong #flyinghigh

Untuk tempat duduk ekonomi ni, kita tak boleh expect lebih. No way boleh demand ala-ala diva. Hahaha. Seat agak sempit dan kadang-kadang akan berhadapan dengan orang yang tak faham bahasa. T_T

Such as, korang nak ke belakangkan seat, tetapi orang belakang tu tahan guna kaki dia. Tak nak bagi korang belakangkan seat korang. Masalah lain, orang di hadapan. Kemain dia kebelakangkan seat dia. Kalau boleh dia turunkan seat macam katil (seperti di business class), dah lama dia turunkan. Tak pasal-pasal korang tersepit kat dua masalah ini.

Memang kadang-kadang rasa nak bergaduh pun ada. Haha. Tapi tak boleh buat apa. Itulah nasib badan. Aku banyak kali mengalami masalah ini. Banyak sangat dugaan bila duduk di ekonomi. Privasi kurang, kengkadang orang depan berdengkur kuat, orang sebelah kentut berdentum-dentum dan lain-lain lagi. Haha.

Bukan setakat di tempat duduk ekonomi Malaysia Airlines, tetapi di syarikat airlines lain pun sama. Sobssss.. Tapi kadang-kadang bersyukurlah kalau flight yang korang naik tu tak penuh. Bolehlah minta tempat duduk di barisan seat yang kosong. KENAPA?? Yang ni nanti aku cerita kat bawah.. Zassssssssssss~

Suasana di Economy Class A380
Suasana di Economy Class B737-800

Setiap jenis flight mempunyai tempat duduk yang berbeza, makanan yang berbeza, entertainment ada yang lebih ada yang takde langsung. Bergantung pada destinasi korang nak pergi. Flight besar, adalah kelebihan dia. Flight kecil adalah kekurangannya. Tapi untuk hari ini, aku nak cerita pasal Economy Seats di Malaysia Airlines.

Seat Yang So-So

Macam aku cakap tadi, seat memang sempit. Tapi pejamkan mata sahaja. Bukan nak berkampung lelama kat flight ni pun. Paling lama pun 13 jam ke London. Tapi petua mat salleh kalau long-haul flight ni, silalah rajinkan kaki, berjalan di sekeliling kapal terbang tu. Opss, jangan lupa minum air kosong bebanyak. Hehehe.

Entertainment (TV Kecik)

Untuk entertainment, korang akan menonton di screen kecik di kerusi hadapan korang. Program Entertainment seperti di tempat duduk Business cumanya, pengisian program tu agak terhad. Eh, lagi terhad kalau jarak perjalanan pendek. Terdapat juga kapal terbang MAS B737-800 yang tiada entertainment ni. 


Makanan malam di A380 (ke London)
Minum Petang Flight B737-800 ke Bangkok

** Lain destinasi, lain makanan **

Mengenai tandas pula, korang kena pasrah. Especially bila flight penuh. Haha. Tapi jangan bimbang, cabin crew sentiasa memantau kebersihan tandas. Cuma janganlah korang ambil kesempatan mengotorkan tandas. Kesian penumpang-penumpang yang lain yang nak guna selepas itu.


Sinki

Toiletries

Agak sempit sedikit

Haaa, tadi aku ada cakap kan, 'AMBIL BARISAN SEAT KOSONG'. Kenapa ye? Ini tips untuk long-haul flight. Ke London ke, Paris ke, Amsterdam ke, mahupun Australia. Memang agak letih sebenarnya kalau 13 jam perjalanan (London), 8 jam perjalanan (Australia) atau paling kurang pun 5 jamlah, kita duduk tegak je. Rimas pun ye jugak.

Dan, beberapa tahun lepas, aku discover satu TIPS. Tu pun secara kebetulan flight tak full. Aku pula time tu skema dan hanya memerhatikan. Aku tengok, mat salleh-mat salleh ni conquer seat. Memula buat dek. Maybe diorang taknak duduk sebelah-sebelah kot.

Then, 2-3 hours later, senyap terus. Pelik, tadi riuh-rendah. Rupa-rupanya 'landing' baik punya. So, aku pun sejak dari hari tu, ikutlah jejak mereka. Hahahaha. Bagus tips. Selesa dan jimat! Tapi make surelah barisan seat tu kosong. Kengkadang kena cepat, sebab siang-siang lagi diorang dah chop.

Krooohh.. kroohhh... (pastikan tapak kaki bersih)

dan the best thing kalau naik economy, korang dapat SKYSNACK.

Biskut Mori tu favourite aku.

Skysnack ni untuk long-haul flight contohnya ke London. Yang aku tahu, kalau jarak dekat, tak dapat skysnack ni. Kira macam kalau dah lepas dinner ke, pastu lampu akan ditutup untuk tidur. Kalau lapar tengah malam, skysnack ni la jadi makanan kudapan. Faham tak? Kehkeh.

Dan bersempena HARI BERKABUNG MALAYSIA 22 OGOS BESOK, aku nak mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku sendiri tak dapat menerima hakikat tentang berita tentang MH17 sampai hari ini apatah lagi ahli keluarga. Sebakkan?

To Malaysia Airlines, I'm still with you. Before, Now and Forever. Be strong!

21 comments:

  1. Today, while I was at work, my cousin stole my iPad and tested to see if it can survive a
    40 foot drop, just so she can be a youtube sensation. My iPad is now destroyed and she has 83 views.
    I know this is totally off topic but I had
    to share it with someone!

    my page: enlargement pills

    ReplyDelete
  2. yup,been in the flight to london for 13 hours. sakit pinggang ..huhu, thankfully ada lots of choices for entertainment :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak boring sgt kan..

      Delete
    2. macam naik travel ke Kelantan bila musim perayaan..pehh..pernah 15 hrs on the road..kematu rasanya

      Delete
    3. betul betul, kalau takde entertainment mmg bosann..

      Delete
  3. housemate kija fa mas, kadang2 kesian jugak tengok dia duty jauh..balik rumah kena urus hal rumah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu mereka bila bercuti..akan diberi cuti yang pjg..a month mcm tu

      Delete
    2. kan.. mest letih je.. nsib baik cuti pnjang

      Delete
  4. MAS tetap menjadi pilihan....kawan opis akak ada jd FA ...merata dh dia terbang...worth la dia berenti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil kerja sambil travel kan. Bestnya..

      Delete
    2. best kan..sambil tu boleh travel..:-)

      Delete
    3. betul tu, mest seronok dpt travel tp penat jg nak melayan karenah penumpang :)

      Delete
  5. Tak menahan betul kentut berdentum tu. Hehe. Bestnya kalau dapat landing gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, betul tu, mest best je rehat kalau dpt landing gitu.. hehe

      Delete
  6. jauh selesa compare to AA..

    ReplyDelete
  7. Hai, salam kenal.
    Saya, Devi Camelia Lodau, selaku mahasiswi tingkat akhir Fakultas Ilmu Komunikasi Jurusan Public Relations dari The London School of Public Relations Jakarta, ingin mengucapkan terima kasih atas kesediaan Bapak/Ibu untuk mengisi kuesioner ini.
    Mohon bantuan teman-teman untuk mengisi kuesioner ini. Hasil kuesioner akan saya pakai untuk menyelesaikan penulisan skripsi.

    http://www.surveyrock.com/ts/G5666F

    Terima kasih yang sebesar-besarnya atas bantuannya..

    Regards,
    Devi

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)