13 July 2014

TRAVEL TIPS TO OXFORD, OXFORDSHIRE

Ramai yang dah jatuh cinta kat bumi Oxford. Ada yang dah excited dan teruja nak ke sana nanti. Alhamdulillah. Tak rugi rasanya kalau kita mengembara ke tempat orang. Lain tempat, lain budayanya. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak kita belajar. Hehehe.

Oxfordshire atau Oxford ni terkenal kerana salah sebuah universiti terbaik di dunia terletak di sini, tak lain tak bukan, University Of Oxford. Bukan itu sahaja, kat sini juga tempat kelahiran Richard The Lionheart iaitu King Of England.

TRAVEL TO OXFORD

By Bus
Kalau korang dari Heathrow Airport, korang boleh naik bas The Airline (setiap 20 minit), atau dari Gatwick Airport (setiap sejam). Bas ini beroperasi selama 24 jam. Kalau korang dari London, korang boleh naik bas National ExpressOxford Tube atau X90 dari Station Bas Victoria London. 

By Train
Cara mudah untuk ke Oxford sebenarnya adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Paddington, London. Tapi aku nasihatkan korang, kalau nak beli tiket, belilah seawal yang mungkin. Untuk booking tiket sama dan train ni mahupun EUROTRAIN, aku suggest guna website ni : Trainline.com

By Car
Dari London ke Oxford jaraknya adalah 62 KM. Untuk ke Oxford  dengan kereta, sila guna highway M4, M25 dan M40.

By Water
Yang ni baru aku tahu rupa-rupanya ada cara lain untuk ke sini dengan menggunakan laluan air. Sama ada dengan menaiki private boat atau Salters Steamer dari Abingdon

TOURIST ATTRACTION IN OXFORD


University Of Oxford mempunyai 38 college, antaranya seperti Trinity College, Magdalen College, Balliol College, Christ Church College, Exeter College, Jesus College, Nuffield College dan lain-lain lagi. Tapi yang famous seperti Christ Church College dan Bodleian Library (tempat penggambaran Harry Potter di Oxford). Ada kolej yang korang boleh masuk secara FREE, ada yang masuk berbayar dan ada juga yang langsung korang tak boleh masuk.

Oxford ni takdelah besar mana. Kalau jalan kaki pun boleh. =)


1) Museum Of Oxford

kisah tatie PUNYA

2) Sheldonian Theatre

kisah tatie PUNYA

3) Ashmolean Museum Of Art & Archaelogy

kisah tatie PUNYA

4) Radcliffe Camera

kisah tatie PUNYA

5) Carfax Tower 


6) The University Church Of St Mary The Virgin

(Tower kat sini adalah terbaik untuk korang panjat .. view yang cantik)



7) University Of Oxford Botanical Garden



8) Christ Church College / Christ Church Meadow



9) Folly Bridge (Boat Trips)



10) The River Cherwell

Chauffeured Punts
£25/30 minit : maximum 4 org

Self Drive 

£20/hour : maximum 5 org



Aku suggest beberapa tempat lain seperti :
++ Oxford Castle Unlocked
++ Bridge Of Sighs
++ Pitt River Museums
++ Iffley Lock

HALAL FOOD IN OXFORD


Mengenai makanan HALAL pula, aku boleh cakap, kat Oxford ni harga makanan dia lebih mahal dari London. FUH..  *berpeluh jap*

Antara yang korang boleh singgah RESTORAN HALAL DI OXFORD seperti Kebab Kid, Restoran Aziz di Cowley Road, As-Salam di Park End Street (belakang Hotel Royal Oxford), Nandos di Cowley Road dan pendek cerita, kat Cowley Road terdapat banyak restoran halal. 

Korang boleh rujuk website Zabihah untuk dapatkan list-list restoran halal di serata dunia.


Kebab Kid

Open Doner Kebab

SHOPPING IN OXFORD

Yang ni paling best, sebab ia adalah terapi STRESS. Muahahaha. Bagi kaki-kaki shopping, kat Oxford | Oxfordshire ni ibarat sebuah tempat shopping yang macam-macam adaaaa...

Bicester Village

Terletak jauh sikit dari bandar (lebih kurang 25 minit perjalanan dengan bas), kat sini adalah tumpuan masyarakat dari serata dunia. Kalau cakap je outlet di UK, rata-rata mesti bagi jawapan Bicester Village. Bicester Village ni adalah rangkaian Chic Outlet.



Oxford Campus Shop

Tak teringin ke nak menyarungkan sweater University Of Oxford? Meskipun hajat nak masuk belajar kat sana tak kesampaian, at least bila menyarungkan sweater-sweater ni dapat jugalah aura mereka. Muahaha. 

Kalau nak beli sweater atau apa sahaja produk yang ada label University Of Oxford, sila-silalah ke kedai ni. Harga memang berpatutan dan paling penting, ORIGINAL babe.

\

Cornmarket Street

Street paling aku suka sebab semua ada. Nak cari Lush, Gap, WHSmith and etc, sila cari kat sini


Oxford City Markets

Ala, lebih kurang macam carboot sale. Jualan barang antik samada baru mahupun terpakai. Eh, bukan antik je, ada juga buku, makanan, baju, scarf dan banyak lagi. Tapi agak mahal la jika dibandingkan dengan tempat lain macam Kent atau Scotland. Terletak di Gloucester Green (berhadapan dengan Kebab Kid). Arghhh, senang cerita belakang stesen bas je.. Hihihihi.


The Covered Market

The Covered Market ini pula adalah sebuah market yang besar. Kat dalam ni pun boleh tahan, macam-macam ada. Ada jual daging, ada jual roti kasut, bunga dan banyak lagi. But, dia lebih kepada makanan. Cubalah try milkshake yang dijual kat dalam ni. Sedap!! Oh ya, aku boleh simpulkan tempat ni lebih kurang macam pasar lah, cuma up sikit dan dipelopori oleh lebih 50 orang peniaga.


Clarendon Centre

Looking for shopping mall at Oxford? Silalah ke sini. Selain dari Westgate Shopping Centre, Clarendone Centre ni juga antara yang menjadi tumpuan. Persamaan Clarendon dengan Westgate adalah dua-dua ni bangunan setingkat. Tapi macam-macam brand ada. 

Kalau kat Clarendon Centre ni, dia ada H&M, The Perfume Shop, Claire's, Zara dan etc.



Itu sahajalah buat kali ni. Hopefully dapat membantu korang yang pertama kali ke Oxford. Kat Oxford ni boleh ambil bas Hop In-Hop Off, lebih senang. 

Or jalan kaki pun boleh. Terdapat jugak University Tour yang boleh korang join. Masuk ke kolej-kolej di University Of Oxford dan melihat sendiri pelajar-pelajar cemerlang ini. FYI, aku dapat tahu terdapat 100 orang pelajar dari Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti ini. WOW, bravo. 

Apa-apapun, have fun you all. Kalau ada apa-apa nak tanya, bolehlah email direct ke sweet_tatie88@yahoo.co.uk  .... :)

38 comments:

  1. Tips yg sgt berguna tatie...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Oxford..One fine day..In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. Dulu ada jugak tanam impian nk beljar kat Oxford. Tup2 waktu form five nama kelas jd 5 oxford. Lebih kurang la :p

    ReplyDelete
  4. Bestnya..jalan2 jer dik Tatie :-)

    ReplyDelete
  5. Semoga dpt dijadikan panduan utk mereka yg nak ke sana :-)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)