5 July 2014

MISTERI DI SEBALIK ISTANA LAMA : ISTANA OXFORD

Istana Lama Oxford | Oxford Castle. Fuh.. Fuh. Berhabuk kejap blog ni. Terhenti kejap mood nak update gara-gara busy melampau semasa kat London hari tu. And now, aku dah balik!!!

Back to normal routine, update blog! Yeah.

First of all, assalamualaikum semua.  Selamat menyambut bulan Ramadan. Memang mencabar berpuasa di London. 19 Jam ++. Kalau malas nak bersahur tu gamaknya 24 jamlah jawabnya tak makan tak minum. 

Dan hari ni, aku nak bercerita mengenai Oxford Castle.

struktur lama kawasan Istana Oxford

Kat mana Oxford Castle ni? Apa yang best mengenai Oxford Castle? Berapa harga tiket masuk ke Oxford Castle ni? Macam-macam lagilah... Hopefully entry kali ni membantu korang yang tengah plan nak melancong ke Oxfordshire.

Oxford Castle terletak kat Oxfordshire. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota London. Senang cerita berhampiran dengan University Of Oxford.  


Oxford Castle ni dibina pada tahun 1071 oleh Robert d'Oilly. Banyak kerja pembinaan, pemulihan dan lain-lain dijalankan kat Oxford Castle ni. Kalau diikutkan pada saiz sebenar, Oxford Castle ni sangat besar. Namun dek kerana perang dan lain-lain maka tinggallah beberapa bahagian yang kini dijadikan sebagai hotel (Malmaison) dan Oxford Castle Unlocked.

Persekitaran di Oxford Castle

Nak tengok hantu? Hanya pada Jumaat & Friday

Kedai Souvenir
Harga Tiket

Untuk tiket masuk ke Oxford Castle ini, korang boleh beli direct kat Oxford Castle Unlocked atau beli secara online di laman sesawang : OxfordCastle.

Harga tiket masuk ke Oxford Castle Unlocked adalah £8.45 (via online). Berbeza dengan harga walk in £9.95. So kalau nak jimat, beli online. 



Masa mula-mula kami dibawa oleh tour guide kami, Mr Barker. Mr Barker menerangkan tentang sejarah Istana Oxford ni. Memang seram. Di sini juga pernah dijadikan sebagai penjara. Kalau PENJARA PUDU tu pun seramnya dah menggerunkan ramai orang, apatah lagi Istana Oxford ni yang berusia ratusan tahun.

Mr Barker

Pada abad ke 14, istana ini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran daerah dan penjara. Namun keadaan menjadi buruk pada abad ke 18 semasa perang saudara Inggeris dan yang tinggal pada masa tu hanyalah penjara. Selebihnya, musnah.

Bangunan Hotel Malmaison yang sekarang ini adalah kompleks penjara baru yang dibina pada tahun 1785, namun ditutup pada tahun 1996 untuk diubah suai sebagai hotel. 

Hotel Malmaison

Penjara Oxford

pintu masuk penjara


tingkap kecil


hukuman pancung

Jom pergi bahagian atas pula...

Pemandangan Bandar Oxford

Habis tour ke bahagian atas, kami turun kembali. Dan selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berjalan sekitar bangunan ini dengan sendiri.













Yang bawah ni pula, aku rasa tempat warden penjara .. MAYBE.



Dan pemandangan luar yang dah di-upgradekan 



Bahagian bawah yang dijadikan sebagai chapel suatu ketika dahulu

P/s :
Chapel ni dipercayai tempat kelahiran King Arthur.

Cafe

help meeee =P

Tak puas menjelajah kat dalam istana? 
Boleh teruskan perjalanan ke Oxford Castle Mound dengan bayaran £1

Belakang aku tu Oxford Castle Mound

Memang seram. Nasiblah aku pergi siang hari. Agak-agak kalau pergi malam, mahu meremang bulu roma ni. Eh, sebut pasal penjara. Diorang ada paparkan antara muka-muka banduan yang pernah dimasukkan ke sini. Ada juga kesalahan-kesalahan ringan seperti curi ayam, curi 7 sen pun ada, curi roti dan macam-macam lagi. Aku dikhabarkan zaman dulu kala, pemerintah kat daerah ni agak kuku besi jugalah.

Alah pempahamlah dulu kala punya penyiksaan banduan macamana. Kalau direnung-renungkan apa Mr Barker tu cerita, agak kesianlah juga. Tapi apa boleh buat, zaman dah berlalu. Syukur aku hidup di zaman ini. Alhamdulillah.

36 comments:

  1. Teringat suasana bdr Oxford... lama dah tk smpai ke sana. Nice sharing & salam Ramadhan Tatie.. :)

    ReplyDelete
  2. takut lak..hihi.ciku pegi kelly castle ipoh tu pun takut..haha..adakah ciku mmg penakut?hihi.
    Nice pic n also the design of this blog.

    ReplyDelete
  3. seram tengok gambar2 dlm penjara nie.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tu la psl..x berani kot nk masuk

      Delete
    2. kan, berfikir sebelum masuk tp kalau x masuk mcm rugi pla .. hehe

      Delete
  5. Pemandangan yang cantik tapi menyeramkan.. Best dlm jln2 mcm ni kan ?

    ReplyDelete
  6. Castle tu dh cantik tp bab seram tu yg x tahan...kellie castle pun akak x berani masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kellie castle berani lalu ja. Hehe

      Delete
    2. tu la..hubby ckp x pyh la masuk tempat yg mcm tu since sya penakut ..hee

      Delete
    3. kan, nmpak cntik tpi tu lah nmpk seram jg..

      Delete
  7. Pergh.. siap tunjuk yg hukuman pancung tu.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)