17 July 2014

IFTAR BERSAMA TOURISM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Sudahkah anda menjadi ahli Friends Of Negeri Sembilan? Jika belum, daftarlah sekarang atau anda akan mengalami kerugian besar jika tak join. Friends Of Negeri Sembilan adalah fan club under Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Tak kisahlah korang ni media ke atau rakyat marhaen. Semua boleh join. Nak tahu lebih lanjut, sila baca entri lama : Friends Of Negeri Sembilan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk Friends Of Negeri Sembilan. Trip, makan-makan dan macam-macam lagi. SEMUA DITANGGUNG FREE. Kami ibarat sebuah keluarga. Sangat erat dan ada yang aku kenal sebab dah beberapa kali jumpa. Tambahan lagi, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Encik Zaidi Kassim sentiasa menyokong dan ringan tulang untuk turun padang setiap kali event atau aktiviti yang dianjurkan.

Well, itu hanyalah pengenalan kepada entri kali ni. Hehe. Hari ni aku nak cerita sikit mengenai aktiviti semalam. Ada apa dengan semalam? Jeng, jeng, jeng ...

Atas undangan Tourism Malaysia Negeri Sembilan, aku dijemput untuk ke Majlis Buka Puasa bersama mereka semalam. Eh, bukan aku je.. Ramai lagi media, ahli-ahli Friends Of Negeri Sembilan dan penggiat-penggiat pelancongan Negeri Sembilan join. Tapi dari kalangan blogger, aku dan Maria (RuggedMom) sahaja. Sebab kami berdua blogger dari Negeri Sembilan. Hehehe.

Palm Hotel Seremban
Palm Hotel Seremban

Majlis buka puasa diadakan di Palm Hotel Seremban. Eh, tak pernah dengar pun Palm Hotel. Kat mana tu? Haaa, aku masa mula-mula dengar pun agak blur. PALM HOTEL SEREMBAN?? Untuk pengetahuan korang, Palm Hotel Seremban ni adalah hotel terbaru di bandar Seremban. Belum rasmi lagi. Paling menarik, kawasan hotel ni ala-ala Empire Hotel, Subang Jaya. Atas Hotel, bawah shopping mall yang dinamakan sebagai Palm Mall. Dua-dua ni bangunan baru. New baby in Seremban. Selebihnya, nanti aku cerita di entry akan datang. 


Bersama penggiat-penggiat industri dan media

Walaupun rumah aku dengan Palm Mall ni jaraknya kalau naik kereta dalam 5 minit, tapi ini kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Hehehe. Tunggulah semua buka, baru aku merajinkan kaki untuk tawaf satu bangunan. Setakat ni adalah beberapa kedai yang dah dibuka. FYI, aku dengar Restoran Seoul Garden pun ada kat Palm Mall Seremban ni.. Hebat!

Majlis Buka Puasa Anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh Exco Pelancongan Negeri Sembilan yang juga YB Dun Bagan Pinang, Tun Hairuddin Abu Bakar. Meriahnya majlis semalam.

The Girls... Asyik-asyik muka sama. Haha

Ini selepas berbuka.. ada yang pergi solat dll

Encik Zaidi (baju gold) dan Tun Hairuddin (potong kambing)

Orang-orang kuat Pelancongan Negeri Sembilan

Paling best, setiap seorang daripada kami dapat kad raya yang ditandatangani oleh Encik Zaidi sendiri. Ini kad raya pertama yang aku dapat untuk tahun ni. Harap-harap adalah yang sudi bagi lagi. Hehehe.

Makan Sambil baca Kad Raya... 

Terima kasih Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana sudi menjemput Kisah Tatie ke majlis buka puasa ni. Nice to meet you all last night. Sorry kalau ada yang aku tak tegur. Aku ni pemalu sikit kalau jumpa depan-depan especially dengan orang yang tak kenal. Hehehe.

Dan untuk pembaca-pembaca sekalian, kalau korang nak join aktiviti yang dianjurkan oleh Friends Of Negeri Sembilan secara FREE sila-silalah mendaftarkan diri. Cepat sebelum terlambat sebab banyak lagi event-event bakal dianjurkan. Friends Of Negeri Sembilan ni tidak terhad kepada penduduk Negeri Sembilan sahaja, kalau korang kat Sabah sekalipun, korang masih boleh join.

I love Negeri Sembilan. Eh? Kbai.

28 comments:

  1. Rasanya tahun nie Bro masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama media. Hanya bersama blogger je.. Banyak jemputan terpaksa ditolak..

    Eh, Blog Tie xde button share/like/tweet ke?

    ReplyDelete
  2. This is my first time go to see at here and i am genuinely pleassant to read everthing at single place.


    my web page: pasożyty leczenie

    ReplyDelete
  3. iftar ramai2 memang best. dpt kenal dgn org

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan seronok chit chat ramai sambil makan kan

      Delete
    2. Teringin nak join and kenal semua org jugak ;)

      Delete
    3. jrg nak iftar kat buffet..kdg terleka ..asyik mamam je..hehe

      Delete
    4. betul tu, dpt rakan baru smbil mkn2 free .hehe

      Delete
  4. orang negeri lain boleh join tak tatie?

    ReplyDelete
  5. Boleh je kalau nk terjah palm mall ni...akak dh 2 kali pi...not bad gak...

    ReplyDelete
  6. Bukan org nogori pun bole daftar?

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt join event mcm ni..utg Tatie :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, untung kak tatie sll dapat invitation pegi event2 cmni :)

      Delete
    2. teringin nk jd mcm tatie :-)

      Delete
  8. wah, nampak sedap satay tu :)

    ReplyDelete
  9. wah, nampak sedap satay tu :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)