1 June 2014

TIPS-TIPS PERCUTIAN KE AUSTRALIA.. PLEASE TAKE NOTE!

Penatnya!!! Alhamdullilah selamat sampai dari Adelaide. Sampai je Malaysia, terus aku nak buat entri pasal AUSTRALIA TRAVEL TIPS | TIPS BERCUTI KE AUSTRALIA.

Just a short trip to Adelaide, South Australia. For the first two days pergi seorang dan hari ketiga baru Encik H sampai from Malaysia. To be honest, agak susah sebenarnya nak enter Australia dengan passport baru dan travel seorang diri. (passport lama dah tamat tempoh). Jadi aku nak berkongsi TIPS DAN BARANG APA YANG TAK BOLEH BAWA MASUK KE AUSTRALIA?

So guys, kalau travel to Australia make sure ...

- Kalau passport baru, sila bawa passport lama in case kalau diorang banyak tanya, bolehlah korang tunjuk sebagai bukti. Tapi aku kalau pergi mana-mana memang wajib bawa passport lama. Eh, kalau nak kukuh lagi bawalah dokumen such as salinan booking hotel, tiket balik, duit tunjuk (certain case diorang minta tunjukkan duit, takut kita datang untuk bekerja secara haram) dan lain-lain. Prepare sebelum disoal macam-macam.
- Kalau travel solo, lagi diorang banyak tanya. Nasib aku bawa business card sebagai bukti aku ni travel blogger bukannya datang nak buat jenayah ke or minta kerja. So, kalau ada business card, bawalah. Kalau takde, takpe.
- Kalau beli barang kat airport, jangan buang resit. Aku terbeli boots masa kat KLIA gara-gara terlupa bawa boots. Sampai je sana, diorang banyak songeh tanya hargalah, bukti harga dan macam-macam. Then, diorang minta kemukakan resit. Kalau tak silap aku, diorang ada syarat pasal Duty Free Product, yang ni korang boleh semak kat laman web rasmi diorang.
- Make sure korang buat research pasal tempat nak pergi tu. Hal ini bukan setakat Australia, pergi London pun wajib okay. So, bila kena soal jawab, ada sedikit ilmu pasal sesuatu tempat tu. Jangan bila diorang tanya A, korang jawab Z. Lagi banyak korang tahu pasal tempat tu, lagi confident korang nak berdepan dengan diorang ni. Trust me!
- Jangan bawa produk kayu ke, makanan ke, segala jenis larangan! Never, ever, NEVER! Kalau terbawa sila declare. Kalau kantoi, meranalah kena bayar denda atau ..... ISK! 
- Kalau tak pasti pasal borang 'Incoming Passengers Card' yang diorang dalam kapal terbang tu, mohon tanya cepat-cepat kat diorang.
- Sila jawab dengan jujur setiap soalan yang diorang tanya. 
- Jangan sesekali nak bawa fake items, cetak rompak atau counterfeit goods. Semua ni illegal kat Australia. Silap haribulan kena penjara.

Please Take Note

Kalau kena tahan, diorang punggah beg, itu adalah perkara biasa. Masa aku sampai, habis semua barang diorang keluarkan dan scan beg tu. Tapi rileks. Kalau tak buat silap, tak perlu takut. Asalkan korang jangan bawa barang larangan seperti bahan mudah terbakar sudahla ye. *agak penatlah nak kemas barang balik lepas dipunggah*.

Diorang very strict dengan penyakit DEMAM KUNING yang disebabkan oleh gigitan nyamuk dan membuatkan kulit serta merta jadi kuning. Kes-kes sebegini usually berlaku di negara-negara Afrika, South Amerika dan Central Amerika. Kalau ada, wajib ada sijil vaksinasi demam kuning at least dalam tempoh enam hari sebelum sampai di Australia. Mohon rujuk sini : Yellow Fever

Masih tak jelas?? Please click here : Australian Customs.

LAGI CERITA PASAL TRIP NI, AKU SAMBUNG DI ENTRY KEMUDIAN. 

63 comments:

  1. To her reader..demam kuning bukan demam kuning yg bebudak kecik kena tuh..not jaundice ye....

    ReplyDelete
  2. Peraturan kemasukkan Australia ketat. Senang cerita patuh sahajalah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi ketat kalau bawa makanan. :)

      Delete
    2. betul. baik ikut je peraturan kalu tak nak susah esok hari

      Delete
    3. apapun nasihat seorg kwn yg bsa travel..b4 ke luar negara sila ambik tahu tentang rules negara tersebut..tersilap sikit boleh tido dlm penjara..

      Delete
    4. betul tu..kena take noted rules ni

      Delete
  3. fuhhh.... jenuh juga nak masuk situ pon ye... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ok lagi dari UK. UK kalau diorang rasa feeling2 fishy terus hantar balik without any notice or phone call macam member-member saya kena

      Delete
    2. lagi penat..dah la duit habis byk..htr balik mcm tu je

      Delete
    3. sedihnya kena hantar balik macam tu je

      Delete
  4. ish2 teruk sgt..mase sy pegi melben xla seteruk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia depend atas luck. arini maybe luck, besok maybe tak luck. so better be prepare.

      Delete
    2. betul tu. sekurangnya dah prepare kan

      Delete
    3. betul tu Tatie..lebih baik beringat sebelum kena

      Delete
    4. harap2 kalu pergi lepas ni tak jadi macam tu

      Delete
  5. good sharing tatie..mmg ada plan nak ke Australia..maybe hujung tahun ni kot, insyaAllah..

    tips ni sgt berguna untuk saya. thanks tatie.. :)

    ReplyDelete
  6. WaĆ a smpai mcm tuh skali..bnyk nye rules kene ikut..

    ReplyDelete
  7. Kena well prepair nak terbang ke negara kangaro ni.

    ReplyDelete
  8. thanks kak tatie! great tips :)

    ReplyDelete
  9. Rules yang sangat ketat..Teringat cerita kawan pasal org bawa durian pi Australia.Depa cakap durian tu gas yang berbahaya..Adehhh...

    ReplyDelete
  10. Tips yg sangat beguna. Bukan senanglah.

    ReplyDelete
  11. kdg elok juga sekatan yg ketat mcm tu..ada pro n kontranya

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)