13 June 2014

PERCUTIAN KE ADELAIDE : HOTEL GRAND CHANCELLOR

Percaya atau tak, jika kita pandai cari tarikh (hotel atau flight), kita boleh dapat harga jauh lebih murah daripada harga biasa? Itulah yang berlaku semasa aku ke Adelaide baru-baru ini. Nasib baiklah ada Agoda. Dengan bantuan Agoda, aku dapat book hotel yang selesa pada harga murah

Tak tahu apa itu Agoda? Sila klik sini : http://www.agoda.com/

Dah tamat sesi promote Agoda. Jom cakap pasal hotel pula. Masa kunjungan aku ke Adelaide, South Australia baru-baru ini memang aku cakap, aku tak tahu apa-apapun pasal Adelaide. Booking last minute, and everything memang last minute. Nak buat survey memang tak sempat. Kesudahannya, main booking je lah. Nasib baik on that time, Hotel Grand Chancellor, Adelaide ni affordable lagi. Thank you Agoda. Weee.

Malas nak fikir panjang, aku book terus sehari sebelum pergi. 


Sampai-sampai je kat airport, aku sesat. Kahkahkah. Padahal hotel ni dekat je dengan bus stop yang aku turun, tapi aku pusing jauh. LOL. T_T.
by Agoda

Hotel Grand Chancellor Adelaide terletak di Hindley Street. Bagi sesiapa yang tak pernah jejak kaki ke Adelaide, Hindley Street ni lebih kurang Red Light District Amsterdam. Bukan aku gelarkan, tapi orang kat sini yang gelarkan. Haha. Alaa, takde menda pun actually. Cuma havoc dan meriah sikit. Ada bar, ada club, ada kedai runcit, ada kedai kopi Hudson dan paling best, kat depan dan kanan hotel ada restoran HALAL.

Jadi memang strategik lokasi Hotel Grand Chancellor Adelaide ni. 5 minutes walk to Tram station, 10 minutes walk to Rundell Mall dan banyak lagi tempat-tempat tumpuan tourist yang berdekatan dengan hotel ini. Alhamdulillah, pilihan yang tepat. (^_^).

Lobi
Receptionist Counter
Penggunaan Internet Percuma Selama 30 Minit
Sebastyan's Bar Sports

Bukan setakat itu sahaja, kat sini diorang bagi guna wifi secara percuma. Tetapi ada quota. Kira kalau lebih quota kena bayar. Urm... Tapi.. Tapi kan, pasal wifi jangan bimbang. Satu yang aku suka pasal Adelaide adalah bandar ni ber-wifi. Kat jalan-jalan dia memang ada free wifi for public. So, jangan bimbanglah pasal internet. Hehehehe. 

Hotel Grand Chancellor Adelaide mempunyai 208 bilik dan suite. 

Hallway
Deluxe Queen Room

Percaya atau tidak, USB ni adalah penyelamat masa aku kat sini. GOSH! Boleh pula terlupa bawa kepala charger. Memang that time macam nak hantuk-hantuk kepala je kat dinding. Apesal boleh terlupa ni? Bateri dah nyawa-nyawa ikan. Pastu masa tengah tengok TV, sekali terperasan USB ni kat bawah TV. Alhamdulillah.. Macam kanak-kanak dapat Cadbury, ehh.. coklat. 


Toilet

Dalam Peti Ais

Pemandangan Dari Tingkap. OPS!

Hotel Grand Chancellor Adelaide ni mempunyai kemudahan seperti swimming pool, sauna, gym, restoran Bistro Sixty5, business center, tempat simpan barang dan lain-lain lagi. Paling penting, staff dia sangatlah friendly. Kalau nak ambil pakej tour pula, diorang sedia membantu dan suggest mana yang okay.



Itu sahaja mengenai Hotel Grand Chancellor Adelaide. Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan hotel ni dan bagi orang Melayu, bolehlah stay sini. Nak cari makanan halal senang, nak pergi naik tram pun dekat. Nak apa lagi? Semuanya mudah dan dekat. 

Hotel Grand Chancellor Adelaide
65, Hindley Street, Adelaide
50000 South Australia.

Website
Grand Chancellor Adelaide

Email :
stay@hgcadelaide.com.au

Phone No :

15 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)