21 June 2014

PAKEJ TOUR MURAH ADELAIDE AUSTRALIA

The Cheapest Tour Package In Adelaide | Untuk hari seterusnya ini, aku mengambil keputusan untuk join tour ke luar Adelaide. Actually korang boleh je pergi sendiri, kalau nak jimatlah. Tapi bagi aku yang first timer ni, eloklah join tour. Dirisaukan nanti sesat ke mana pula ... tak dapat nak update blog! Hahaha.

Dan, hari seterusnya ini juga, pepagi lagi Encik H dah tercegat depan pintu hotel. Dia sampai Adelaide around 8am, terus aku heret untuk join tour sekali. Nasib hanglah.. Tak cukup tidur ke apa ke, tolak ketepi. Yang penting, masa itu EMAS. Jangan diabaikan. Ewah! Hahaha.

muka ngantuk yeee =P

Bila aku join tour ni la, baru aku faham istilah 'retirement city'. Hanya kami berdua je yang muda, selebihnya orang tua. Isk isk isk. Tour ni dalam kelompok yang kecil. Selain kami, ada lagi satu couple dan pemandu van serta rakan pemandu van. Very small group dan lebih privasi.

Actually tak plan sangat pun. Aku buat keputusan pagi tu jugak, minta hotel tolong book. Sebelum tu punyalah pening tengok flyers. Sekali terjumpa yang murah. Haa, apa lagi, teruslah call. Nasib ada tempat lagi. Buat korang yang pertama kali ke Adelaide macam aku, aku nasihatkan surveylah dulu harga-harga tour ni ye. Ada yang murah dan ada yang mahal. 

Van kami

Oh jangan tertipu. Van ni hanya pengangkutan untuk mengambil kami dari Hotel Grand Chancellor Adelaide ke tempat berkumpul. Hehehe. Kami pun memula ingat naik van ni untuk pergi tour, cesss!

The Journey Begins

Oh lupa pula pasal harga. Macam aku cakap, tour ni murah berbanding dengan yang lain. Dengan harga $50/seorang dia bawa korang tour South Australia dalam masa setengah hari. Jadi kalau korang mencari pakej tour Adelaide yang murah, aku suggest yang ini. Yang lain mostly $69 ke atas.

Harga : $50/seorang 
City Highlights (just round dengan bas), Kilang Coklat, Mount Lofty Summit dan Hahndorf. 

Walaupun pada mulanya ingat nak pergi Barossa, tapi aku rasa macam tak berapa penting sangat. Barossa cantik, tapi kami bukan minum wine pun. Ladang anggur dan tempat pemprosesan wine. Tapi tak sesuailah aku ke sana. Lagipun kami tak minum wine. (pakej termasuk wine tasting) Hahaha. Tempat ni macam suitable for Non Muslim je.

Jadi bila aku tengok ada pakej tour Adelaide serendah $50/seorang ni, aku terus sambar. Tu yang tak menyempat tu. Pepagi tu bila dapat tahu Encik H dah sampai airport, terus siap dan packing. Check out terus sebab balik dari tour pindah hotel lain. Haha.


Chocolate Factory : HAIGH'S CHOCOLATE

Aku tahu kat Malaysia masih panas dengan kontroversi DNA babi dalam cadbury walaupun dah disangkal oleh JAKIM. Eh, takde kaitan pun dengan Haigh's Chocolate. Kat Adelaide, diorang terkenal dengan coklat Haigh's. Memana ada coklat Haigh's. Jadi kalau ke Adelaide, korang boleh buat trip ke kilang ini untuk lihat sendiri cara diorang buat coklat ini. 

Chocolate Factory in Adelaide
Jom masuk!!
Viewing Area Operation Hour
Nak Beli Souvenir? Pun Boleh!!

Kenapa Panda??

Oh ya, kat Adelaide ni tak berapa famous dengan kangaroo mahupun koala bear. Mereka lebih bangga dengan Panda. Cerita panda ni lebih kurang sama dengan cerita Panda yang terdapat di Malaysia. Panda di Zoo Adelaide ni adalah satu-satunya panda yang terdapat di Australia dan dipinjam dari China pada tahun 2008, diberi nama sebagai Wang Wang dan Funi. Klik sini : Panda in Adelaide.

Malangnya, aku tak berapa excited nak tengok Panda. Hey, kat Malaysia pun dah ade tau? *bangga* hahaha. Tapi itulah ceritanya. Sampai diorang suruh aku ke zoo, tengok panda-panda ni. T_T

Jadi kalau ke Adelaide, janganlah pelik kalau diorang suruh ke zoo tengok panda. x)

Tour Guide kami di Haigh's Factory
Kami diberi minum percuma dan chocolate tasting

Next, kami ke Mount Lofty Summit.

Alhamdulillah. Rasa bertuah sangat bila jejak kaki ke Mount Lofty Summit Adelaide ni. Sumpah lawa! If you go to Adelaide, please go here. The view is so amazing! Cantik dan tak rugi. Bagi yang nak pergi sendiri, aku dikhabarkan ada bas ke sini. Bagi yang malas nak naik bas, join je tour. 

Mount Lofty ni terletak 15km dari bandar Adelaide dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke sini dari bandar Adelaide. Setinggi 710 meter dari aras laut, kat atas ni ada lookout point di mana pengunjung boleh melihat bandar Adelaide dari atas. Berdekatan dengan sini adalah Cleland Conservation Park dan Air terjun Gully.

P/s : kat Mount Lofty ni ada kedai souvenir dan kafe. 

Mount Lofty Summit
Jom Terjah!
Tengok tuuuuuu.... perghhhh!!
Keterujaan. Nampak tak?? LOL
 
Urm..
Kedai souvenir

Last, Handorf (Little Germany)

Kalau cakap pasal Handorf, aku teringat kat Hitler. Tapi apa kaitan Hitler dengan Handorf? Haha. Handorf dikategorikan sebagai Australia's Oldest Surviving German Settlement dan kat sini sering menjadi tumpuan khususnya musim summer. Kata tour guide kami tu, kalau summer, orang ramai kat sini. 

Tapi masa aku ke sini, aku lihat ramai pula warga emas. Haha. T_T. Well, at least berbeza sikit dengan tempat lain. Haha. Oh ye, kat sini famous dengan German Cheese. Tapi aku tak sempat nak try. Next time please! 

Bangunan-bangunan kat sini kebanyakan bangunan lama dan bercirikan senibina dari negara Hitler. Urm... kalau rasa nak feeling-feeling kengkonon berada di Germany tetapi sebenarnya nan hadoo, silalah ke sini.

175 years
Diserikan dengan pokok-pokok yang dijangkau berusia 100 tahun
Alec Johnston Park
park
niceee
Eh, ni apa kes ni?
Bistro
Ice Cream anyone?
Urm, nak ke mana eh?
Souvenirs?
Opsss, bukan salah saya!
Meeting tergempar
Tak sah kalau ke Australia tapi tak beli bulu
Or beli kulit buaya terus?
Pantry
Ice cream again?
Take 5!!! So letih.. ZZZzz
Urm..

Antara tempat-tempat di sekitar ini yang korang boleh pergi :

Beerenberg 
ladang buah-buahan yang self-service. Kira korang boleh petiklah buah-buahan tu.

The Cedars 
dahulunya rumah milik Australian landscape artist, Hans Heysen dan dibuka kepada public.

The Hahndorf Academy 
mempamerkan karya-karya artis tempatan dan menempatkan tourist information

Memang lengkap pekan Hahndorf ni. Kalau nak feel lagi, stay lah kat sini untuk beberapa malam. Jangan risau, terdapat beberapa chalet untuk disewa. Ikut pada bajet korang. As usual, ada yang murah dan ada yang mahal.

Last but not least, bergambar depan mini bas yang bawa kami

~ Bersambung~

19 comments:

  1. view dari mount lofty summit cantek

    ReplyDelete
  2. Kat sini semua cantik2 la tatie...suka gambar2 tatie kat sini. ..

    ReplyDelete
  3. Cantiklah dia punya view. Nampakla bandar lama tapi masih cantik.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tp kat Malaysia dah ada. Baru tau adelaide ada panda

      Delete
    2. kat Malaysia kena bayar mhl kot..hehe

      Delete
    3. sma history dgn panda msia, panda pinjam.. hehe

      Delete
  5. kulit buaya tu yg real ke Tatie ?

    ReplyDelete
  6. cmel2 je patung2 tu, mesti seronok bergambar.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)