1 May 2014

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Percutian di Terengganu

Balik Terengganu ibarat balik kampung. Eh, of course balik kampung. Kampung laki leee.. Dah dia berasal dari sana. Jadi setiap kali balik kami mesti teruja nak singgah di kawasan tarikan pelancong kalau ada kesempatan.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU
Rindu Nak Mencandat Sotong (T_T)

Dan hari ni aku nak berkongsi cerita tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu. Aku tahu kebanyakan datang sini hanya pergi Pasar Payang takpun Masjid Kristal. Tempat-tempat lain, korang 'mungkin' terlupa atau belum berkesempatan untuk pergi.

Bandar Persisiran Air
Bandar Persisiran Air

Actually banyak tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu ni. Kuala Terengganu kaya dengan pelbagai jenis makanan, tempat menarik dan orangnya pun menarik. Bak kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Jadi jangan lepaskan peluang untuk explore bandar ni tau.

CHINA TOWN (KAMPUNG CINA)

Salah satu spot menarik untuk ambil gambar adalah di Chinatown, Kuala Terengganu. Terletak di sepanjang Jalan Bandar (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kampung Cina). Nak lebih senang, ia berhampiran dengan Pasar Payang. 

Bangunan-bangunan di sini semuanya antik dan wujud sebelum Perang Dunia Ke-II. Dipercayai pada zaman dahulu, Chinatown berkait rapat dengan penubuhan Kuala Terengganu pada abad ke-15 oleh sekumpulan peniaga cina yang datang dari Tanah Besar China. Kuala Terengganu juga menjadi tempat perdagangan penting untuk industri tekstil, lada dan emas.

Chinatown, Kuala Terengganu
Pintu Gerbang
Chinatown, Kuala Terengganu
Keunikan dan keantikan = 2 in 1
Chinatown, Kuala Terengganu
Lesung Batu bersaiz giant

NOOR ARFA CRAFT COMPLEX

Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan warisan kraftangan batik. Kalau sebut je batik, mesti teringat Terengganu dan bila sebut pasal batik, automatik orang akan cakap Noor Arfa Batik. Semuanya berkait rapat. 

Sejarah awal batik bermula daripada jawa, yang mana perkataan itu sendiri berasal dari sana iaitu ambar membawa maksud 'garisan' dan nitik yang bermaksud 'titik-titik halus' dan apabila digabungkan jadilah BATIK. Batik seterusnya dibawa ke Malaysia pada kurun ke-15 dan pada ketika itu ia dibuat dengan menggunakan cop yang diperbuat daripada kentang.

Kami berkesempatan untuk melawat Kompleks Kraf Noor Arfa yang terletak di Chendering, Terengganu. Kat sini macam-macam ada. Korang boleh pergi shopping batik, melihat cara pembuatan batik, ada restoran, ada homestay dan banyak lagi. 

NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Kompleks Kraf Noor Arfa 
NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Kedai Batik
NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Nak buat sendiri pun boleh

PASAR PAYANG

Nak beli souvenir? Buah-buahan? Batik? Songket? DENGAN HARGA MURAH? Kat Pasar Payanglah jawabnya. Orang perempuan kalau ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak singgah Pasar Payang. Aku sendiri walaupun kampung Encik H kat Marang, mesti cari sebab untuk datang ke sini setiap kali balik kampung. Samada beli atau pun sekadar window shopping, itu terpulang. Tapi wajib singgah. Hahaha.

Kat Pasar Payang ni macam-macam ada. Bagi penggemar makanan, diorang prefer pergi tingkat paling bawah. Bagi yang nak cari songket ke, batik ke atau baju tidur kelawar, diorang prefer shopping kat atas je. Eh bukan tu je. Kalau nak beli barang tembaga atau emas pun boleh. SEMUA ADA. Hahaha.

pasar payang
Senyum je penjual ni

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH 

Suatu ketika dahulu sebelum wujudnya Masjid Kristal, masjid ini antara yang menjadi tarikan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Masjid Tengku Tengah Zaharah atau nama glamour, Masjid Terapung ini pernah menjadi simbolik kepada negeri Terengganu.


MUZIUM NEGERI TERENGGANU 

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dan di sini menempatkan pelbagai artifak-artifak sejarah di Negeri Terengganu. Kat sini juga terdapat Batu Bersurat yang sememangnya terkenal dan berkait rapat dengan kedatangan Islam ke negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu.

Muzium Negeri Terengganu di waktu malam
Orang negeri cakap'bertingkek-tingkek'

ISLAMIC HERITAGE PARK

Islamic Heritage Park atau dalam bahasa Melayu Taman Tamadun Islam, terletak di Pulau Wan Man antara tarikan pelancong di negeri Terengganu. Kat sini terdapat replika-replika masjid terkenal di seluruh dunia. Untuk mengelilingi tempat ini, korang boleh pilih. Nak jalan kaki ke, nak naik tram ke atau menyewa basikal dan buggy. 


Entrance

boleh menyewa basikal 

Tarikan Terbaru, kincir angin
Sebahagian daripada replika masjid yang ada di sini

taman permainan pun ada

MASJID KRISTAL

Semasa perjalanan dari bandar ke Lapangan Terbang, korang akan nampak sebuah masjid tersergam indah di sebelah kiri. Masjid itu adalah Masjid Kristal yang diperbuat daripada kristal, gelas dan besi. Masjid ini dikatakan antara masjid yang tercantik di dunia.


tersergam indah
cantikkan?

taman di hadapan
ice-cream susu kambing
jangan lupa pekena ice-cream susu kambing di luar masjid

TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE

Jangan lupa singgah Taman Tamadun Islam River Cruise. Kat sini terdapat beberapa bot yang disediakan untuk pelancong seperti Sri Paloh, Sri Wan Man, Sri Kristal, Sri Tanjung, Sri Losong dan Sri Warisan. Setiap bot disediakan satu pemandu pelancong untuk menerangkan tentang tempat-tempat menarik di sekitar sungai ini.


Untuk ke jeti
Harga Pakej TTI River Cruise
Harga Pakej TTI River Cruise

Jeti

Jangan lupa pakai jaket keselamatan
Dalam Bot

KOMPLEKS TUANKU NUR ZAHIRAH

Yang terakhir adalah Kompleks Tuanku Nur Zahirah yang terletak di Tanjung Bunut, Manir. Kompleks ini di bawah naungan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu. Menariknya korang berpeluang melihat cara-cara nak tenun songket dan banyak lagi.

Untuk ke sini, korang diberi pilihan. Nak ikut darat atau pun air. Kalau lalu air, naik bot dari TTI tu, diorang akan singgah sini sekejap.


Jeti Kompleks Tuanku Nur Zahirah
kaedah tenunan

cantikkan?
kompleks kraftangan
souvenirs

And last kenangan manis bersama bekas Menteri Besar Terengganu .. throwback je ni gambar dengan dia


Berselfie bersama bekas Menteri Besar Terengganu

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, Boleh saya JOIN lagi.

(^_^)

43 comments:

  1. Tahun depan if ada ajak la akak dik...best betultgok semuanya...

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi apabila berada di Terengganu. Berharap suatu hari dapat pergi masjid Kristal dan mencandat sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup terengganu ada banyak tempat best nak pergi

      Delete
    2. Masjid kristal cantik..dah 2 kali sampai sana..dan pernah solat dlm tu :-)

      Delete
    3. tak pernah smpai terengganu lagi tpi nampak menarik sgt :)

      Delete
  3. Dah byk kali ke Terengganu tapi teringin sgt ke Pulau Perhentian..inshaaAllah dlm perancangan family holiday :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masuk next destination to visit ni, byk tempat mnarik :)

      Delete
    2. boleh masuk next destination to visit ni, byk tempat mnarik :)

      Delete
  4. Replies
    1. & Gambar2 yang tatie ambk cntik2 tau, best je tgk :)

      Delete
    2. semua jadi cantik..rasa nak je pergi terengganu

      Delete
    3. betul tu..thx for sharing Tatie

      Delete
    4. kan, betul tu, sll terasa nak pegi melancong lepas baca blog kak tatie :)

      Delete
  5. Cantiklah tempat kat kincir angin tu..

    ReplyDelete
  6. Tahun depan akak akan bawak family ke pantai timur plak....amin...moga impian jd kenyataan...

    ReplyDelete
  7. Besarnya lesung tu..krg tumbuk org pun lumat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bahaya tu kalau tumbuk org.. hehe

      Delete
  8. Akak if naik Pasar Payang tu rambang mata tgok kain sutera

    ReplyDelete
  9. menariknya patung tu pose, nampak comel :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)