17 May 2014

PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL CITITEL, PULAU PINANG

Kalau hari tu aku bercerita mengenai Penang Street Art (Lakaran 3D di Pulau Pinang), hari ni aku nak story pasal sebuah hotel yang tidak asing lagi di bandar Georgetown iaitu, Hotel Cititel Pulau Pinang. Hotel Cititel ni terletak di tengah-tengah Georgetown dan berdekatan dengan beberapa tourist attraction dan easy access to all road.

Memang strategik lokasi HOTEL CITITEL PULAU PINANG ni. Lapar je turun bawah, pekena Sup Hameed. Jalan kaki sedikit sampai Nasi Kandar Line Clear. Kalau siapa yang kaki clubbing, ada club/bar berdekatan hotel ni. Paling penting, walking distance dengan beberapa tempat famous seperti Penang Art Street. Haaa, dah boleh save duit transport kat situ.

Hotel Cititel Pulau Pinang

Dan ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Sebelum ni pun aku pernah ke sini tetapi just a short trip dan tak sempat nak mengenali hotel ni dengan lebih dekat. Bila aku join trip Jom Jelajah Pulau Pinang baru-baru ni, barulah dapat mengenali HOTEL CITITEL PULAU PINANG ni dengan lebih dekat. Hehehe. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal barulah suka. Ewah!

Lobi
Surau pun ada
Beberapa kedai dan restoran di dalam hotel
Cuba teka ni nak pergi mana
Pergi Cafe... Kat sinilah tempat breakfast di pagi hari

HOTEL CITITEL PULAU PINANG ni mempunyai 451 buah bilik dan 16 tingkat. Agak tinggilah, dari jauh dah boleh nampak. Masa ke sini hari tu, aku sempat ke spa mereka untuk sesi massage. Perghh, layan~ Maklumlah sebelum trip ni, kami berjemur dan berpanas di Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu hari tu. Tapi malangnya, no picture. Hepp, kau gila nak ambil gambar masa massage. Censored!Haha.

Wellness Centre
Registration Counter
Reflexology Room
Massage Time

Massage kat sini okay. Bos dia baik. Cuma masa aku massage tu, tukang urut tu orang Thailand dan tak berapa fasih berbahasa Melayu. Alamatnya jadi macam ayam dan itik. Bila dia picit kuat aku hanya mampu menjerit sebab kalau complaint pun dia tak faham. Hahaha.

Lepas massage, aku pusing-pusing sekitar wellness centre ni. Kat sini juga terdapat Jacuzzi Pool dan juga Gymnasium. Yang ni aku tak delah nak berenang dan bergym. Just jalan-jalan dan ambil gambar sahaja. Alang-alang dah sampai sini, survey-survey untuk kalian semua. Haha.


Jemput Masuk

Steam Room pun ada

Press For Jacuzzi

Swimming Pool
Gymnasium

Oh, lupa pula nak tunjuk bilikkan? Kat HOTEL CITITEL PULAU PINANG ni, aku sebilik dengan Hamizah. OMGGGG, makin gamatlah suasana hotel bilik dua-dua ni sebilik. Haha.



Card (nak naik lift kena pakai card)

cuba teka mana satu bilik kami?
Room Sweet Room
Satu untuk aku, Satu untuk Mieza

Okaylah kan? Not bad. Selesa.
Selfieee
Dengan Miza dan Yusree

Kalau korang nak stay sini bolehlah terus pergi ke alamat dia kat bawah ni.

Hotel Cititel Penang
66, Jalan Penang, Georgetown,
Pulau Pinang, Malaysia

Website :

Maps :

16 comments:

  1. Lighting dia caantik. Banyak tempat urut2.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul cantik & selesa nampak gayanya

      Delete
    2. boleh la try..baru tgok kt booking.com..rate pun ok

      Delete
    3. kan, nmpak selesa je, :)

      Delete
  3. Ynag penting keselesaan sbb slps penat berjalan sure kita nak rehat yg cukup n tempat yg selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat statement kak norma ni :)

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)