27 May 2014

CERITA MISTIK DI HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM, PAHANG

Kata orang, kalau pergi sesuatu tempat seperti hutan, gunung atau gua, kita haruslah berjaga-jaga especially bab mulut. Jangan main lepas cakap, jaga bahasa dan tutur kata. Kononnya nanti ada kecelakaan bakal berlaku kelak. Benarkah? 

Kata orang lagi, kat sesuatu tempat seperti gua dan hutan, ada penghuninya yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Sebab tu kena jaga tutur kata dan bahasa takut nanti si penghuni ni marah dan merasuk ke dalam diri pengunjung yang datang ke sana. 

Banyak teori dan cerita mistik yang menyelubungi sesuatu tempat itu sehinggakan ada yang takut untuk ke sana dek kerana terpengaruh dengan kisah misteri di sebalik sesuatu tempat itu. Tapi apa pula kaitannya dengan Gunung Senyum, Pahang? Benarkah gunung ini mempunyai 1001 misteri?

Gunung Senyum
Gunung Senyum

Semasa Program Kembara Berakit Sungai Pahang anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menerokai sendiri keistimewaan yang terdapat di Gunung Senyum ini. Kata orang, jangan mudah percaya selagi belum lihat. Jadi, ayuh .. kita merungkai misteri di sebalik Gunung Senyum ini.

Gunung Senyum ni terletak di  Jengka Pahang dan setinggi 486 meter, lebih kurang 1594 kaki dari paras laut. Hutan Lipur Gunung Senyum Pahang ini dikomersialkan sebagai tempat rekreasi bagi sesiapa yang gemarkan alam semulajadi dan aktiviti lasak. 




Rombongan kami kecil sahaja, 5 orang peserta dan seorang tourist guide dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Jadi bolehlah memahami dengan lebih jelas cerita dan misteri di Gunung Senyum ni. Bolehlah nak tanya pasal itu, pasal ini walaupun pakcik tu agak ragu-ragu nak cerita pasal kisah-kisah hantu kat Gunung Senyum ni.. erkkk, takut!

Di sebalik Gunung Senyum ni ada 25 Guayang mengelilinginya, seperti Gua  Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Mayat, Gua Sisik, Gua Ular, Gua Kelam, Gua Jebak Puyuh dan banyak lagi. Tapi sayangnya kami tak sempat nak meneroka kesemua gua-gua ini disebabkan cuaca yang tidak seberapa baik.

Menurut sebahagian dari apa yang kami dengar, memang banyak misteri di sebalik Gunung Senyum ni. Mengikut kajian kat sini terdapat kehidupan zaman Mesolitik suatu ketika dahulu. Maka tak hairanlah ada kubur lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun, yang dipercayai milik Tok Long.



Siapa Tok Long ni? Tok Long ni dipercayai telah mengahwini gadis bunian kat Gunung Senyum ini. Seperti biasa hidup dengan bunian ni banyak pantang larang dan Tok Long ni telah langgar pantang larang dan janji tersebut. Maka, mereka telah berpisah dan Tok Long cuba mencari isterinya tetapi gagal, akhirnya dia bertafakur kat gunung ini sehingga meninggal dunia.

Ada juga kisah di mana suatu ketika dahulu Gunung Senyum ini dijadikan tempat untuk belajar silat dan sehingga kini, masih ada orang terdengar orang tengah belajar silat tetapi tidak dapat lihat dari mata kasar. Sekadar mendengar bunyi semata-mata.  Seramkan?




tenangnya
jambatan gantung
taman rekreasi
Jalan Ke Gua
Kalau takut digigit nyamuk, usah datang ke sini

Gunung Senyum ini merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan tumbuhan herba yang menjalar di sebalik gua ini.  Herba-herba ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Gunung Senyum ini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan.

Tangga yang curam
Muka excited .. haha
Dalam Gua
Stalagtait dan Stalagmait Gua Senyum
Sangat mencabar
Keadaan dalam Gua
Ada juga orang buat kerja ni kat sini
Kepenatan
Jom turun
Curam lagi
Gua seterusnya adalah ....
Nasiblah tangga tak curam seperti tadi
Sangat-sangat besar sampai aku tak jumpa seekor kelawar pun
Gua Taman Dua
Cak
Patung!! Hahaha
Kami tak sempat nak menerokai kawasan ini
Tangga tu untuk ke Makam Tok Long
Hutan Kebanggaan Negara
group photo sebelum balik
Bersyukur kerana diberi kaki yang sihat

Kat sini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Mana tahu lepas ni korang nak datang sini ke.. Kan? Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti chalet, asrama dan lain-lain lagi. Kat sini juga korang boleh berkhemah, merentasi hutan, berjogging dan lain-lain lagi.

Aku memang totally out. Maklumlah usia dah semakin tua. Baru jalan separuh jalan, dah penat. Nasib ada monopod, bolehlah dijadikan kayu tongkat. Hahaha. Bagi sesiapa yang nak datang ke sini, aku nasihatkan pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Nyamuk banyak!! Jangan lupa makan mosquito repellent. Hehehe.

P/s : Jangan lupa senyum apabila ke sini. =P

56 comments:

  1. seronoknya... yeh kaki yang sihat.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi time muda-muda rasanya lagi seronok, sekarang usia makin meningkat, tulang2 makin rapuh.. sikit2 penat. hahaha

      Delete
    2. seronoknya dapat masuk gua.. misteri betul nama gunung ni

      Delete
    3. sure sempat kalau akak pegi..

      Delete
    4. nampak cantik view tp agak misteri :)

      Delete
  2. penah pegi zaman sekolah,lamaaaaaaaa dulu,fuhhhh rindunya aktiviti macam ni...tapi dah injured....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. masa sekolah dulu semangat. sekarang baru jalan sikit dah penat.. haha

      Delete
    2. kalu pergi gunung senyum mesti teringat memory pergi dengan kawna-kawan kelas kan

      Delete
    3. me too..zaman sekolah suka pi trekking bagai

      Delete
    4. tak pernah sampai lgi sini. next time nak pergi kalau ada peluang :)

      Delete
    5. waktu tu masih muda, semangat berkobar2 lagi

      Delete
  3. menarik...x pernah sampai lagi...i wish i cud be here one fine day...tatie x ajak akak punnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ada masa singgah la jenguk gunung senyum ni

      Delete
    2. tapi as Tatie said mulut mmg kena jaga..dah byk kes group masuk G.Senyum ada yg tersesat..yg penting biasakan doa sebelum masuk ke kawasan mcm ni

      Delete
    3. samalah, tak pernah pergi lgi.

      Delete
    4. erm, agak scary juga, kena jaga tingkah laku lah kalau nak masuk

      Delete
    5. betul tu Norma selalu jugak baca kes orang sesat kat sini

      Delete
  4. Cantiknya gambar gamabr gunung yang kak tatie snapkan tu. Bestnya mengembara sampai ke sini. Teringin nak masuk hutan, nak pergi tempat yang mancabar macam ni

    ReplyDelete
  5. the view looks mysterious yet very beautiful at the same time :)

    ReplyDelete
  6. Tak dengar apa apa ke Kak Tatie. Tengok titi dia mcm takut ja nak naik..

    ReplyDelete
  7. Yang penting kena sentiasa beringat bila pergi tempat2 mcm ni kan....

    ReplyDelete
  8. gigit nyamuk x pe..jgn pacat..hehe

    ReplyDelete
  9. nama gunung senyum buat muka nak tersenyum tengok tittle

    ReplyDelete
  10. Boleh tahu tak..guider tu nak dapatkan kat mana.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)