26 May 2014

BERCUTI DI SELESA BEACH RESORT, PORT DICKSON

SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON suatu ketika dahulu terkenal dan sering menjadi tumpuan para pelancong sebelum wujudnya Grand Lexis, Avilion dan lain-lain. Ini kerana rekaan senibina Selesa Beach Resort Port Dickson yang mendapat sentuhan tradisional, MINANGKABAU.

Semasa kunjungan aku ke Port Dickson sempena Pesta Air Port Dickson 2014 baru-baru ini sempatlah aku merasa aura yang terdapat di SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON ini. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke sini melalui Highway Plus. Manakala dari rumah aku pula, adalah lebih kurang dalam 25-30 minit. *Dokek jo dari rumah sei*

SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
Jalan ke Swimming Pool dan Pantai
SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
Lobi Hotel

JENIS-JENIS BILIK DI SELESA BEACH RESORT seperti superior room, deluxe room, studio suite, deluxe suite dan family suite. Tinggi? Takdelah tinggi mana. Setakat tiga tingkat sahaja namun sangat luas dan selesa. Haa, sesuai dengan nama dia SELESA. Ekekeke. 

RATE HARGA DI SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON juga berpatutan dan tak mahal mana. Walaupun hotel ni agak berusia, tetapi sehingga kini masih menjadi pilih pengunjung dan mempunyai pelanggan tetap. 

SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
tiga hari berturut-turut bilik sold out 
SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
papan tanda bagi memudahkan pengunjung

Lokasi SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON ni adalah di Batu 5, Jalan Pantai Port Dickson. Berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri. Kalau ikut pada aku, kat sini airnya lagi bersih berbanding pantai lain kat Port Dickson. Tapi ikut pada musim. Usually Februari-May, musim air bersih.

Matahari Pool Cafe
Abaikan kasut yang penuh dengan pasir tu
Selfie sekejap dengan Fananananana

Sebenarnya aku tiba agak lewat di SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON ini disebabkan cover event Pelancaran Bas Hop-In, Hop-Off kat Grand Lexis Port Dickson. Banyak aktiviti pantai aku miss seperti naik jetski, banana bot dan lain-lain. Tapi sempatlah merasa satu aktiviti, jalan-jalan dengan bot. Jadilah tu. Kasi chance sikit kat orang luar rasa air PD. Kehkehkeh.

Hotel ni mempunyai kemudahan-kemudahan seperti gelanggang tenis, billiards, sewa basikal, games room, Matahari pool Cafe, Sri Nira Lounge, Sri Kelana  Coffee House.

Selfie Berjemaah
Subhanallah, indah.
Sunset di SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON

Pantai dah, check in dah, jom ke bilik pula. 

hallway
Nombor Bilik Saya adalah ...

Jenis bilik : Superior Room
Bilik bercirikan modern kotemporari

Katil Yang Empuk

Almari

Toilet 

Balkoni

Sunset Dari Balkoni Bilik

Tapi kat SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON tidak dibenarkan iron dalam bilik. Hurm, yang ini aku tak tahu kenapa. Tapi bab ini agak menyusahkan pengunjung sebenarnya especially bagi kakitangan awam yang sentiasa bermesyuarat kat sini kat sana dan memakai kemeja. Eh, takkan setiap kali nak iron kena pergi ironing room. LECEH!


Peraturan yang LECEH

Dan hotel ni takde WIFI di bilik tetapi aku diberitahu terdapat wifi di public area seperti lobi hotel. For me, SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON ni more to leisure dan tidak sesuai untuk business dan lain-lain. Kalau beriadah bersama keluarga atau memerlukan privasi, ini adalah tempat yang sesuai.

Eh alang-alang tu nak promote kejap PROMOSI BUFFET RAMADAN DI PORT DICKSONSELESA BEACH RESORT PORT DICKSON juga menyediakan juadah Ramadan yang bakal membuka selera anda. 

Ramadan Buffet Promotion
Ramadan Buffet Promotion
Dengan Fananananana



SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
Batu 5, Jalan Pantai, 
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

No Tel : 
06 647 4090

Email : 
info@selesabeachresort.com

Rate Bintang :
3 Bintang



22 comments:

  1. Bestnya dapat tengok sunset naik bot. Cantik jaa. Bole feeling feeling romantik gitu :p

    ReplyDelete
  2. X leh iron dlm bilik? Aik dh knp...masak nk bwak baju iron kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe pernah ada kes kot..terbakar ke apa kan..

      Delete
    2. aah jgakan, utk keselamatan jg kot.. hehe

      Delete
  3. bab sunset tu best tapi bab bilik tu mcm kureng jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalu nak save bajet boleh lah singah hotel selesa ni

      Delete
    2. untuk bermalam je boleh kot..utk rilex mcm x selesa sgt kot

      Delete
  4. pening jugak nak cari iron tuk iron baju..

    ReplyDelete
  5. Booking online melalui apps apa ye?

    ReplyDelete
  6. Price utk bilik brapa ye?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)