28 April 2014

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR SETIU, TERENGGANU.

Setiu Wetland | Setiu Terengganu. Minggu lepas aku nak cerita pasal Terrapuri Heritage Village, sebuah resort yang bercirikan rumah tradisional Terengganu. Ada sebahagian yang dah plan nak ke sana, ada yang masih ragu-ragu. Ada yang bertanya, ada ke tempat nak pergi jalan-jalan kalau stay kat Terrapuri Heritage Village tu? Jawapannya, mestilah ada. 

Me at Terrapuri Heritage Village

Macam aku cakap, dekat Terrapuri tu pun banyak aktiviti korang boleh buat, apatah lagi kawasan sekitarnya. Bersebelahan Terrapuri, terdapat sebatang sungai yang korang boleh singgah di malam hari. Kalau ada 'good luck', bolehlah lihat kunang-kunang di malam hari

Sungai Bakau (sebelah Terrapuri)

Selain daripada tu, semasa lawatan kami ke Setiu, sempatlah singgah di beberapa tempat seperti Gong Batu dan Pengkalan Gelap. Dua tempat ini boleh tahan famous dan mungkin korang boleh singgah ke sini bila ke Terrapuri nanti.

Pengkalan Gelap, Setiu

Di sini kami melihat penanaman pokok bakau (mangrove planting) dan demonstrasi anyaman. Untuk pengetahuan korang, daerah Setiu terkenal dengan anyaman yang diperbuat daripada daun kerecut. Anyaman-anyaman ini dibuat dengan teliti dan kemas.

Bukan itu sahaja, korang boleh cuba sekali buat anyaman-anyaman ni. Manalah tahu, kot-kot ada keistimewaan kat diri sendiri yang belum korang terokai. Kannnn? Tapi aku memang siang-siang tak boleh. 'Tangan keras'. Hahahaha.

Menganyam Tikar, Bakul dan Lain-Lain

Anyaman-anyaman tikar, bakul, kotak dan lain-lain

Penanaman Pokok Bakau


TAHUKAH ANDA KEPENTINGAN POKOK BAKAU??
Yang ni saya ceritakan di entry Jom Jelajah Koperasi Pulau-Pinang

Gong Batu, Setiu

Kat sini korang boleh menaiki bot dan mengelilingi sungai sambil menikmati keindahan semulajadi di Gong Batu, Setiu. Antara lain bolehlah singgah di sangkar ikan dan tiram.

bersama peserta dari China

bersama peserta dari luar negara

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Setiu, Terengganu yang boleh korang pergi seperti Setiu Agroresort, Lata Chakah, Lata Payong, Peladang Setiu Agro Resort, Pantai Merang, Lembah Bidong, Laguna Setiu dan banyak lagi.

18 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)