15 February 2014

SEPETANG DI WET WORLD AIR PANAS PEDAS

Hari ni aku nak ajak korang ke Wet World Air Panas Pedas. Huh, kat mana tu? Semestinya kat Pedas Negeri Sembilan. Tak syoklah kalau hanya tahu nyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' tapi tak selami apa yang istimewanya kat sana. Kan?

Wet World Air Panas Pedas ni memang terkenal bagi penduduk Noghori sebab keunikannya yang luar biasa. Tapi korang yang duduk kat luar Negeri (ecececeh fefeling duduk oversea), tu tahu ke kewujudan Wet World Air Panas Pedas ni?

Meh sini aku nak cerita sedikit. Wet World Air Panas Pedas ni adalah milik syarikat OWG atau nama panjangnya Only World Group yang juga mengelolakan Wet World Shah Alam, Kota Tinggi Waterfall Resort, Wet World Batu Pahat dan banyak lagi. Kira Well-Known jugalah. Click sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OWG : link.

Dannnnnn, kat Wet World Air Panas Pedas bukanlah air panas semata-mata, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang semestinya buat korang rasa taknak balik. Haha.

Lagi best bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas ni murah gila!!! Haa, apa? Jauh? Dok eh, dekat je dengan tol Pedas/Linggi. Kalau korang boleh bersusah payah ke Port Dickson, kenapa tidak ke Pedas? Jarak aku tengok lebih kurang sama je. Nak dekat lagi lalu tol Senawang. Kalau ke sini lalu Senawang, korang bolehlah pekena cendol famous kat tepi jalan tu. Seronoknya!!!


entrance

sentiasa penuh
di sini bermula sejarah Air Panas Pedas
Ingat tu !!!
Kerusi Rest N Go pun ada?? 
Untuk korang yang akan meneruskan perjalanan jauh, mana tahu badan lenguh-lenguh selepas mandi... hehehehehe :)

Harga Tiket Masuk Wet World Air Panas Pedas

Hari Biasa
Dewasa - RM 10
Kanak-Kanak RM8

Cuti Sekolah/Public Holidays
Dewasa - RM12
Kanak-kanak RM10

Ehhhhh, murahnya?? Jangan tak percaya!!! Mandilah sepuas-puasnya.

as usual
membantu anda
kedai souvenir
kadar sewa pelampung

Double Tube :
Rental RM15
Deposit RM 10

Single Tube :
Rental RM10
Deposit RM10

kandungan Mineral Air Panas
 
memang tak ramailah masa aku pergi sebab tengahari. 
tapi kalau pergi malam .. perghhhh, meriah!!
sila patuhi syarat!!
reflexology walk, bagus untuk kesihatan kaki anda
tempat duduk comel bagi kanak-kanak
permainan kanak-kanak
hehehe .. MR Turtle
take away corner
kuih muih, nasi, buah, sandwich.. waduh-waduh kelaparan gwe tengok!
eh, nak kemana tu?
untuk disewa
harga sewaan cabana/pondok

dan banyak lagi .... ada slide, ada river, macam-macam adaaaaaaaaaaaa...



Lebih istimewa, kat sini ada mini zoo. Bersuka-ria sambil belajar.
Wah .. bagus tu!


mini zoo
erkk, kesukaan Mr Bean

Wet World Air Panas Pedas juga sering menjadi tumpuan company-company besar untuk mengadakan family day. Bukan setakat company di Negeri Sembilan, malah menjadi pilihan company-company dari Melaka, Johor, Selangor dan juga SINGAPORE. WOW!!!


Dan jangan khuatir, kat sini juga terdapat surau khas untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Bersih dan selesa. Hehehehehehe :)

surau
bilik rawatan kecemasan
kantin
ada juga
jom makan !!
nyum.. nyum

Dah, jom pergi hari ni... 

picture credit to wet world

Wet World Air Panas Pedas
Lot 603, Mukim Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan

No Tel :
06 6858 027

Email :
sales.wwapr@owg.com.my

26 comments:

  1. Hi! I know tɦiѕ iѕ kinda off topic but I'd fіgured I'd ask.

    Wօuld you Ьe interested in trading links or maybе guest aսthoring a blog article or vice-versa?

    My site goes ovеr a lot of the same subjеcts as
    yours and I think we could grеatly bensfit
    from each other. If yoսu might be interested feel freе to shoot me an email.
    I ook foгward to hearing from you! Awesome Ьlog Ƅy thе way!


    Here is my webѕіte - I Need More Instagram Followers

    ReplyDelete
  2. last pegi masa anak akak kecil lagi..not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa pergi lagi akak..

      Delete
    2. kalau anak2 akak dah besar mest lagi best nak enjoy rides and pool :)

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali mandi air panas pun okay untuk badan

      Delete
    2. betul tu, dapat relax kan badan

      Delete
  4. Best main air. Kalau bawa bebudak mesti suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..setiap hujung minggu dan nari2 biasa sure ada orang yang berkunjung...

      Delete
    2. betul tu time cuti sekolah mesti penuh ni

      Delete
    3. kan. mesti ramai je nak datang sini spend time dengan family, nampak fun sangat.

      Delete
  5. Dania suka la ni tp akak x berapa suka sebab x berapa panas...hihiji...tp ini tarikan kat area sini la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bawak telur, boleh rebus telur kat situ

      Delete
  6. best ni sis ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nampak best sangat.. :)

      Delete
    2. pernah pegi..best gk masuk kolam air pns tu..

      Delete
  7. hahaha notis peringatan tu paling cun.. jangan lupa anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 terlalu kusyuk, terlupa anak time nak balik.. haha

      Delete
    2. haha..jgn gitu..nangis x berlagu krg..

      Delete
  8. Tgh survey2 nak g pedas ni pulak.. mcm best je..

    ReplyDelete
  9. bersih xkawasan ni

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)