20 February 2014

BELI ROTI DI WONDERBREAD SEREMBAN 2

Pertama kali mendengar nama WonderBread Bakery and Cafe, makes me wonder who is the owner? Dari luar nampak seperti bukan milik Melayu. Kawasan persekitarannya sahaja sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja tertanya-tanya mengenai kafe ini.

Tetapi ternyata tanggapan itu meleset sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam WonderBread Bakery and Cafe ini. Suasana yang tenang, saya disambut dengan ramah oleh empunya WonderBread Bakery and Cafe ini, Dato' Azizah Idris. Jadi jangan risau memang 100% halal.

Orangnya peramah dan humble, membuatkan ramai yang selesa dan menjadi pelanggan tetap WonderBread Bakery and Cafe ini. Sepanjang beberapa jam di sini, saya lihat bukan Melayu sahaja yang datang, malah India, Cina dan lain-lain turut singgah minum petang di sini. 

Bak kata seorang teman masa buat food review dulu, "Kau nak tengok sesebuah restoran atau kafe tu sedap, kau tengok customernya. Kalau bukan Melayu pun makan kat situ maknanya restoran/kafe tu sedap".

Kafe ni terletak di Seremban 2 City Centre, berhadapan dengan cawangan baru Hj Shariff Cendol. Ala, dekat je dengan City Park. Lepas makan, bolehlah jalan-jalan hirup udara segar kat City Park.


WonderBread Bakery and Cafe Review
Food - 4/5
Service - 3/5
Cleanlines - 5/5
Variety Of Foods - 4/5
Current Visit - 17 February 2014

Kafe yang ditubuhkan di akhir tahun 2011 ini, terkenal dengan kepelbagaian kek yang dijual di sini. Malah, bukan itu sahaja. Pengunjung juga dapat merasa kesedapan laksa johor, chicken chop, fresh juice seperti Fresh Berries, Glorious Berries dan banyak lagi.

Demi kepuasan para pelanggannya, Dato' Azizah Idris mengambil keputusan untuk turun sendiri ke dapur dan masak sambil dibantu oleh beberapa orang pekerjanya. Ini demi memastikan kualiti dan kebersihan makanan sentiasa dijaga. Namun, servis di WonderBread Bakery and Cafe ini agak slow kerana kekurangan pekerjanya. Itulah kekurangan dan kelebihan yang terdapat di kafe ini.

entrance
special for today. 
bersantai di luar
kaunter bayaran
kepelbagaian roti
homemade popcorn?

Saya tertarik kepada dekorasi kafe ini. Sesuatu yang sejuk mata memandang. Sesiapa yang mencari tempat untuk lepak makan di Seremban, WonderBread Bakery and Cafe ini mungkin boleh dimasukkan ke dalam list anda. Jika anda mahukan roti-roti panas fresh from oven, silalah datang pada jam 4-5 petang.

mempunyai bakat? anda juga boleh main alat muzik ini
menu
chicken chop

kueytiow goreng 

Saya difahamkan, Chicken Chop di Wonderbread Bakery and Cafe ini adalah 100% homemade (airtangan Dato' Azizah Idris). Dari Bread Crumbs yang digunakan sampailah ke lain-lain. Haaa, nak tahu sedap ke tak, anda kenalah datang sendiri ke sini. Lain orang , lain tastenya.

rindu kopi Vietnam? kat sini pun ada
fresh from the oven
cheese meleleh yang menjadi trend sekarang

Specialty kat WonderBread Bakery and Cafe ni adalah kek. Korang boleh tempah untuk birthday, wedding dan lain-lain lagi. Red velvet, chocolate moist with cheese cream, rainbow cake, black gems with cheese cream adalah antara yang paling banyak mendapat sambutan di sini kerana keenakkannya.

picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
 picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
 picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
 picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
 picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
picture credit to WonderBread Bakery & Cafe
picture credit to WonderBread Bakery & Cafe

Selain itu, WonderBread Bakery and Cafe juga mempunyai butik, bilik mesyuarat dan seminar room yang boleh anda sewa. Istimewakan? Semuanya dalam satu bangunan.

Butik
Butik yang terletak di atas kafe ini menjual barang-barang dari luar negara. 
semuanya dibeli dari luar
looking for abaya? sini pun ada

Ruang menunggu
Terletak antara Meeting Room dan Butik

Meeting Room
Mencari tempat privasi untuk mengadakan meeting? kat sinilah tempatnya.

Seminar Room
Mencari lokasi untuk mengadakan seminar atau birthday party?
Kat WonderBread Bakery and Cafe pun ada. Siap dengan pakej makanan lagi.

dan tidak lupa juga surau... bersih dan selesa
surau

saya dah rasa (memang puas hati), sekarang giliran korang pula.. :)

Wonderbread Bakery and Cafe
Jalan S2 D33, Seremban 2 City Centre
Seremban, Negeri Sembilan

Facebook

Website

38 comments:

  1. Hurmmm....siap ada kuetiow goreng tu ...nice....

    ReplyDelete
  2. macam sedap je.nak kena pergi cuba ni.hehe

    ReplyDelete
  3. wah best tmpt ni santai aje tgk hehe..nti nk try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. siap ada yang boleh main keyboard kan...mesti best ...

      Delete
    2. sementara tunggu kek siap boleh main keyboard kan

      Delete
    3. kan susana tempat tu yang paling penting sekali selain rasa food :)

      Delete
  4. semuanya nampak sedap...kena try ni :-)

    ReplyDelete
  5. cntiny kek tu, bt weddng kek pun ble :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cantik je kan.

      Delete
    2. betul tu mesti sedap kek fondant tu

      Delete
    3. kan, nnt kawin boleh kot survey2 price kat tmpat ni hehe

      Delete
  6. Tetiba abaya tu nampak menggerunkan :p
    Tengok hidangan bread2 semua cantik2

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Samalah kak. Cantik je kan.. hee

      Delete
    2. kan santai je susana, homey looking je

      Delete
    3. kan santai je susana, homey looking je

      Delete
  8. Macam best je tempat ni ;D

    ReplyDelete
  9. Nampak sedappppp je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul, design tempat pun santai

      Delete
  10. Replies
    1. yang ni setuju sangat, kalau tak sedap tak berbaloi biarpun suasana santai.

      Delete
  11. lengkap kedai ni , kalau buat meeting kat sini pun best juga :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)