22 January 2014

'TERBAKAR' DI BURGER BAKAR KAW'D AMPANG


Bukan susah nak ternak lemak. Datang je kat Restoran Kaw'D Ampang. Restoran yang bertemakan 'daging dan burger' ini mampu membuatkan selera anda naik bertingkek-tingkek. Hahaha.

Restoran Kaw'D ni adalah anak syarikat Kaw Kaw Burger Bakar yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa pada dua tahun lepas - "burger bakar". Korang mesti ingat punya fenomena burger beratur, burger bakar, burger hebat, burger bawah pokok ... ehhhh, segala jenis burgerlah.

Jujur saya cakap, ini adalah kali pertama saya menjamah burger bakar Kaw Kaw setelah dua tahun memendam rasa. Yela, jikalau dulu nak beli kena beratur panjang. Tetapi sekarang tidak perlu lagi. Dengan adanya Restoran Kaw'D ni, anda boleh enjoy makan burger sambil bersantai bersama teman dan keluarga. Tak perlu nak beratur macam dahulu.

Terletak di Ampang, restoran ini diserikan lagi dengan menu masakan barat. Haaa, anda wajib cuba tau. Memang sedap!!! Kami pun pada mulanya sangsi nak order apa, maklumlah rata-rata antara kami baru pertama kali jejak kaki ke sini. Mujur ada kakak waiter yang peramah, sudi layan kami semua. Dialah yang suggest mana yang patut kami rasa. Hehehe

Namun sebaliknya berlaku apabila makanan sampai. Semuanya daripada duduk diam, terus jadi macam gergasi kelaparan. hahahaha. Mana taknya, baunya je dah menarik. Belum tengok burgernya lagi. Perghhh!! 


Restoran Kaw'D Ampang

Ratings
Food : 5/5
Services : 4/5
Cleanliness : 4/5

Must TRY : Burgernizer

Ada di antara kami sesat ke restoran ini, termasuklah saya. Hahaha. Untuk korang yang tak pernah ke sini, Restoran Kaw'D ni terletak di Waterfront Ampang. Kira jalan nak ke Bukit Ampang tu, korang akan nampak signboard besar Restoran Kaw'D di sebelah kiri.

dalam
luar

Kat Restoran Kaw'D ni, anda boleh pilih nak duduk di dalam ataupun di luar. Bagi mereka yang suka suasana santai dan bercirikan lampu romantis, bolehlah duduk di luar. Bagi mereka ada anak kecil, saya sarankan duduk di dalam. Heee..


Restoran Kaw'D ni 100% halal. Jadi jangan risau, melantaklah sebanyak mana yang anda suka. Rugi jika anda tak nikmati burger bakar yang ada kat sini. At least, try sekali seumur hidup. Saya pasti, anda pasti datang lagi. 


urmm, nak semua....

Sekarang, jom tengok makanan kami ... Onomnomnomnom

Black Pepper Lamb Burger
RM12

Baconizer Beef Burger (my favourite)
RM11.50

Kaw'D Chili Potato
RM5

Chilli Con Carnae - Homemade Chili Meat
RM7

Burger Permaisuri

 
Kaw Mojitos Grape
RM3.50

 
Brisket Sandwich With Fries
RM16

Texas Chili Beef Burger
RM 11.50

 
Chocolate Milkshake
RM10


Kaw'D Meatball with Homemade Cream Sauce
RM16


Nutella and Peanut Butter Shake
RM12


Rib Eye & Lamb Chop
RM30

BBQ Grill Chicken Chop
RM15

Kaw'D Beef Bolognese
RM11


Nachos With Chili
RM8

"Haaa, apa nganga luas sangat tu??"

Hahahahaha. Actually, kami datang berenam. Blogger-blogger lain yang turut serta seperti Mawardi Yunus (link), Beki (link), Nazlan (link), Fauzi (link) dan Khai (link). Terima kasih Restoran Kaw'D kerana sudi jemput kami buat food review. Memang sedap kalau tak, takkan kali berenam plan nak ke sini lagi. Heeeee...

 
Beki & Mawardi



chef Restoran Kaw'd 

Nita dan Zul adalah pengasas Kaw Kaw Burger Bakar

Pelanggan adalah keutamaan Restoran Kaw'D

Cuma, saya ada terbaca mengenai servis di Restoran Kaw'D ni agak perlahan. Tapi Alhamdulillah semasa kami ke sana, servis ok. Tak perlahan seperti yang dijangkakan. Mungkin, orang yang komen tu datang time tengah peak. Heee...

Jom ke Restoran Kaw'D Ampang

Alamat :
No 46-G, Jalan AWF3, 
Ampang Waterfront, KL

No Tel :
012-62776547 / 017-3250244

Email :
burgerbakar@gmail.com

Facebook :

25 comments:

  1. Replies
    1. macam semua yang pergi ebvent ni banyak makan kan...rugi plak kalau x makan ye x?

      Delete
  2. Replies
    1. kan, nampak sedap je semua food tu :)

      Delete
    2. scrool cepat ke bawah tak tahan mata menjamu

      Delete
  3. Teruja akak tgok keseksian burger tu semua .

    ReplyDelete
  4. Banyaknya makanan!

    ReplyDelete
  5. terliur setiap kali tengok gambar2 ni, nak mkn burger lah dinner ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure bawak tisu lebih ye,..boleh lap airliur yang meleleh..hehehehe....

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)