30 December 2013

TAMAN TEMA AIR A'FAMOSA : BIG ICE-CREAM REVIEW

Terletak di Negeri Melaka, namanya tidak asing lagi bagi penduduk Semenanjung Malaysia. A Famosa Resort sering menjadi destinasi percutian pilihan khususnya mereka yang sudah berkeluarga. 

Di sini, terdapat pelbagai tarikan seperti Water Theme Park, Safari Wonderland,  Old West (dahulu dikenali sebagai Cowboy Town) dan Sport & Recreation. Semuanya di tanah seluas 520 hektar ini.

MAPS credit to A Famosa Resort

Dan baru-baru ini, saya berpeluang mewakili Blooggers Dot Com, bersama 7 orang yang lain untuk meneroka tarikan terbaru di Water Theme Park dan Safari Wonderland. Terlebih dahulu, terima kasih A Famosa Resort kerana sponsor everything, pengangkutan dari Kuala Lumpur, makan minum, semua sekali. Trip ini adalah usaha sama, A Famosa Resort dan Blooggers Dot Com.

credit to Google Maps, click sini : maps

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda harus melalui Highway Plus Utara-Selatan (NSE) dan Exit di Tol Simpang Ampat untuk sampai ke A Famosa Resort ini. A Famosa Resort dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, namun jika musim cuti sekolah, ia dibuka setiap hari. 

Opening Hour 
Isnin, Rabu-Jumaat : 11am-7pm
Sabtu-Ahad/ Cuti Sekolah: 9am - 8pm

Harga (jika beli dengan meal sekali)
click sini untuk beli online , ON9

Berbalik pada cerita asal, team kami seramai 8 orang diketuai oleh Rawlins (his blog : byrawlins) sambil diguide oleh Zack, executive PR & Marcom A Famosa Resort. Memang best dan sempoi satu team dengan diorang ni semua. 

jalan masuk ke A Famosa Resort (Safari Wonderland & Water Theme Park)

kami @ blooggers team

Cuaca memang menyebelahi kami pada hari itu. Panas sepanjang hari. Alhamdulillah. Nak naik semua slides pun senang, cuma pada musim peak, keadaan di A Famosa Resort agak padat dengan jumlah pengunjung yang datang. Ada yang pergi berkelah, ada yang mengadakan family day, company team building dan banyak lagi lah. Nasib kami sempat merasai beberapa slides utama. Hehehe.


Pintu masuk Water World

thanks Zack, layanan 5 stars kami dapat sepanjang hari tu



as usual .. kat mana-mana pun wajib.

antara yang anda WAJIB pergi

Sewa Locker
saiz  kecil : Rm 4 / sekali  guna
saiz besar : Rm 12 / sekali guna


Penyewaan Pondok /  Tiub Pelampung

click gambar untuk imej lebih besar

cabana/ pondok

tiub pelampung

Water Theme Park ini adalah terbesar di Malaysia dan mempunyai tiga bahagian utama, iaitu keluarga, adventure dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain seperti surau, khidmat kerusi roda, bilik persalinan, kedai souvenir, kedai runcit dan kafe-kafe makanan (side walk cafe, fast food pavilions, food court dan bistro). Semuanya lengkap, anda datang ke sini dan enjoy setiap kemudahan yang ada.

Kategori : FAMILY/ KELUARGA
- sandy beach
- wave pool
- lazy river
- inner tube slides
- family raft ride

credit to A Famosa Resort

Wave Pool

Lazy River

Inner Tube Slides

Kategori : ADVENTURE
- high speed slides
- body slides
- splash

credit to A Famosa Resort

High Speed Slides


Big Ice Cream (tarikan terbaru)


Splash

Kategori : KIDS/KANAK-KANAK
- Arabian Village
- Kids Adventure Play Pool

credit to A Famosa Resort

Kids Adventure Play Pool

SERONOK SANGAT!!! Masing-masing macam dah tak nak balik. Lagi best jika anda datang secara berkumpulan. Boleh buat aktiviti seperti telematch dan lain-lain. Pengalaman yang tak mampu saya nak cerita kat sini. Jadi, anda kena rasai sendiri especially Big Ice-Cream. Sama seperti di I-city, cuma di A Famosa Water Park ini, lebih tinggi dan lebih panjang slide dia. 

high tea kat Side Walk Cafe sebelum pulang

bergambar kenangan dengan team blooggers 
No Photography Allowed? Opss!!

A Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Ampat, 
Alor Gajah, Melaka

Website:

No Tel :
03-2781 8888

Terima kasih Blooggers Dot Com dan A Famosa Resort.
 Kami ENJOY!!


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...

40 comments:

  1. macam best nya,
    nak pergi dgn hubby jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan tengok orang main air ramai ramai

      Delete
    2. memang best..dah 2 kali pegi waterpark tu :-)

      Delete
  2. wahh.. bestnya. nampak menarik dan banyak aktiviti.. belom pernah sampai lagi pon kt sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelongsor air paling menarik nak try kan

      Delete
    2. betul2, saya pun tak pernah ke sini lagi, tp nampak menarik sangat. :)

      Delete
    3. pegi la..best..mcm2 ada..

      Delete
  3. seronok nye dpt main kat waterpark..

    ReplyDelete
  4. boleh tahan ramai jugak orang datang

    ReplyDelete
  5. Macam lagi menarik dari tambun..

    ReplyDelete
  6. nampak seronok sangat slides tu

    ReplyDelete
  7. boleh datang ramai2 dengan family , mesti best!

    ReplyDelete
  8. mcm nk pegi lagi je..ank bujajg mesti suka :-)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)