4 December 2013

ENOUGH SAID'S REVIEW

Story fresh dari cinema. Terlebih dahulu I nak say thanks to Tammy Lim sebab sudi kasi tiket wayang free for Enough Said premiere screening tonight.  hehehe. 

Movie :
Enough Said

Tempat :
GSC Mid Valley

031213

Sinopsis:


Cerita komedi romantik yang diarahkan oleh Nicole Holofcener ini mengisahkan Eva, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang urut dan mempunyai seorang anak perempuan. Kemudian, Eva berkenalan dengan Albert dan perkenalan singkat membawa kepada sebuah hubungan cinta. At the same time, Eva mula berkawan dengan Marianne, client baru dia yang sering mengadu nasib mengenai bekas suaminya.

Conflict bermula apabila Eva dapat tahu bahawa Marianne adalah bekas isteri Albert. Perkara ini membuatkan Eva berada dalam dilema samada patut meneruskan hubungan yang baru dijalinkan ataupun tidak. Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton sendiri kat cinema. hehe 

Filem ini dibintangi pelakon-pelakon hebat, antaranya adalah Julia Louis-Dreyfus, James Gandolfini, Toni Collete, Catherine Keener, Ben Falcone dan Toby Huss dan berjaya mengutip $10 millions seminggu selepas ditayangkan kat US. 

Trailer : 



Rating:
2/5

Class:
PG13

Jujurnya, plot cerita ini tidak begitu memberangsangkan. Jalan cerita yang slow, ada lawak yang mudah difahami, dan ada lawak yang anda kena kasi tumpuan untuk faham. So far, bila dah sampai ke 3/4 cerita barulah anda tahu kepentingan watak yang ada kat cerita ni. (Atau mungkin hari ni mood I tak berapa stabil, jadi tengok cerita lawak pun boleh jadi serious semacam.. HAHA). Well, setiap orang ada pandangan masing-masing. Saranan I, pergila saksikan Enough Said di pawagam berhampiran anda. Tayangan bermula pada 5 Disember ini if i'm not mistaken. ngeee.

P/s : 
thank you Tammy Lim (Plus Size Kitten), GSC and Butterfly Project.

|| Terima Kasih kerana sudi baca ||

9 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)