17 November 2013

SAHABAT MEDIA KE SUNGAI PETANI KEDAH

JALAN-JALAN KE SUNGAI PETANI KEDAH | Siapa sangka, dengan menyertai Program CC1M yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan Santai Travel ini sedikit sebanyak telah membuatkan saya jatuh cinta dengan keistimewaan bandar jelapang padi ini. Sesuai dengan istilah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta', kalian juga harus ke sini untuk menilai dan mengenali bandar ini dengan lebih dekat lagi.

Sayangnya, trip kami sangat singkat. 3 Hari 2 malam yang dirasakan terlalu sekejap. Yang pasti, hati ini sangat merindui bandar Sungai Petani. Tapi saya tak mahu simpan seorang, hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua. APA YANG ADA DI SUNGAI PETANI ni sampai saya jatuh cinta taknak pulang.

Ini bukan pengaruh cerita "Toll Gate Girl" yang dilakonkan oleh Amy Mastura dan Rashid Salleh suatu ketika dahulu. Tetapi realitinya, Sungai Petani terlalu banyak tempat yang menarik yang harus anda pergi. Rasai sendiri keunikan yang terdapat di bandar Sungai Petani ini.

sesi bersama YDP MPSPK
Bertuahnya Sungai Petani kerana mempunyai YDP yang berdedikasi dan mempunyai idea-idea yang cukup menarik. Semoga Sungai Petani menjadi bandar yang maju di masa hadapan. Insyallah.

1) Sungai Petani Inn

Mencari hotel yang murah tetapi mempunyai facilities seperti hotel 4 bintang? Sungai Petani Inn adalah hotel terbaik bagi yang mencari penginapan murah dan selesa. Ayuh, mari ke sini sempena cuti sekolah ini.


2) Jeti Sungai Semeling 

Berlatarbelakangkan Gunung Jerai... Jeti Sungai Semeling yang juga kawasan paya bakau ini menjadi port kaki pancing di petang hari. Selain itu, kawasan ini juga pernah menjadi tumpuan pedagang-pedagang pada zaman dahulu dan kini dalam usaha untuk menaiktarafkan kawasan ini. 

Istimewanya di sini adalah kawasan Jeti Sungai Semeling ini merupakan hutan paya bakau yang mempunyai lebih daripada 60 spesis tumbuh-tumbuhan selain dari menjadi habitat haiwan daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar, antaranya adalah ketam rebab, ketam lumpur, ikan belacak, udang kara dan lain-lain lagi.




Selain itu, kat sini juga terdapat muzium paya bakau, restoran, dewan kecil dan juga kedai souvenir yang boleh anda lawati. Kata Encik Goki, pada musim orang kahwin, ramailah pasangan pengantin datang ke sini untuk sesi Outdoor Photoshoot. Memang cantik kawasan ini. 


bersama Anna yang friendly

101 tahun usia MPSPK

Gok Arang 

3) Chalet Terapung, Segantam Garam, Merbok

Inginkan sesuatu yang lain dari yang lain? Di sini tempatnya. Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok memang tidak asing lagi bagi penduduk di sini. Selain menjadi destinasi pilihan pada musim cuti sekolah, chalet terapung ini juga mendapat tempat di hati kaki pancing. Untuk ke sini, anda perlu menyusuri perjalanan darat sejauh 12 KM dari Pekan Merbok dan menghala ke Sungai Gelam atau dengan cara lain, menaiki bot dari Tanjung Dawai dan Sungai Semeling.

Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi :

Persatuan Peladang Kawasan Merbok
04-4572117 / 0195452412 (Norazieta Othman)

Website: 


Terima kasih Chalet Terapung kerana menyediakan jamuan makan malam buat Sahabat Media CC1M .. memang tak rugi datang sini. Makanan yang disajikan pun cukup sedap sambil dihiburkan dengan alunan muzik tradisional.


Selain itu, terdapat juga aktiviti memancing tanpa menginap di sini. Harga ditawarkan serendah RM15 dan anda boleh memancing selama mana yang anda suka. Tiada had masa.

bahan memancing

Ikhwan dan hasil tangkapannya

Harga ditawarkan bermula dari RM100-RM250

4) Lembah Bujang Museum

anda boleh merujuk ke entry sebelum ini mengenai :  Lembah Bujang




5) Buraq Oil, Padang Serai

Pernahkah anda melihat sebuah Petrol Pam yang lengkap dengan mini market dan juga mempunyai khidmat pembayaran bil api dan lain-lain? Di Kedah, terdapat satu syarikat minyak yang dinamakan sebagai Buraq Oil. Buraq Oil ni adalah antara stesen minyak luar bandar yang terkenal dan sehingga kini mempunyai 236 stesen di Kedah, Kelantan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Terengganu dan Sabah.

Sebagai 'one stop centre' kepada penduduk luar bandar, stesen minyak ini berfungsi sebagai pam minyak, kedai runcit, mempunyai mesin ATM dan tempat pembayaran bil. Mudah? Cemburunya saya.. kat Negeri Sembilan tiada pun pam minyak yang istimewa seperti Buraq Oil ini.


Petrol Pam yang serba serbi lengkap

owner Buraq Oil di Pantai Prai, Datuk Hashim Hanafiah
very humble dan low profile


6) Pantai Merdeka

"Ku ukir namamu, Di awang Gunung Jerai,
Disaksikan laut, daun, nyiur melambai
Jauh pandangan permai, Di situ Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa cinta kita terurai."

Saya pasti bagi kaki-kaki karaoke tu pasti pernah mendengar lirik di atas. Lagu ciptaan Pak Long yang juga anak jati Sungai Petani ini dicipta di tepi Pantai Merdeka. Kawasan pantai yang bersih sering menjadi pilihan penduduk setempat untuk berkelah dan beriadah di sini. Sambil melihat pemandangan Gunung Jerai, anda juga boleh menaiki bot untuk ke Tanjung Dawai yang tidak jauh dari sini. 



Kecur airliur kan melihat ABC ni? sedap.

ABC Gunung Jerai antara yang wajib dicuba 
di Food Court Pantai Merdeka ini

Taman permainan, wakaf, tandas, surau dan trek berjalan
antara yang disediakan oleh pihak MPSPK 

seronok lepak sini sambil melihat pemandangan Gunung Jerai

Dangai, sejenis kuih tradisional Kedah. Sumpah sedap.
You guys should try this dan takkan menyesal.

7) Sawah Padi

Kita semua telah tahu, Kedah sinonim dengan gelaran negeri Jelapang Padi dan Sungai Petani adalah tempat terbesar penanaman padi di Malaysia. Pemandangan yang hijau. ini sangat menenangkan siapa sahaja yang lalu di kawasan ini. Anda boleh berhenti di kaki jalan untuk bergambar di sawah padi ini. Jika bernasib baik, anda dapat melihat beberapa kawan burung yang terbang di sekitar kawasan ini. 

kehijauan yang memukau mata


ada bakat tak jadi orang-orang?

Buah Tunjuk Langit yang lazimnya ditanam di tepi sawah

8) Cinta Sayang Golf and Country Resort

Saya akan cerita pasal resort ini di entry seterusnya. 
Insyallah.

Free shuttle di Cinta Sayang Resort

golf resort ini menjadi salah satu tempat persinggahan 
Yang Di-pertuan Agong Malaysia kalau balik Kedah

merpati ke ni.. eh ke ayam serama? hahaha

rakan media yang happening

9) The Carnivall Waterpark

Antara keistimewaan yang terdapat di Cinta Sayang Resort, adalah The Carnival Waterpark. Sit back and relax, enjoy the moments at the beachside, wild life river, carnivall curves, jungle playground and banyak lagi. Satu-satunya taman tema air yang terdapat di negeri Kedah sudah semestinya menjadi tumpuan penduduk di utara. Anda juga jangan lepaskan peluang, alang-alang dah sampai sini.. apa salahnya singgah dan main air dulu. hehehe

'
sahabat media bergambar terlebih dahulu

entrance fee

map




10) Pusat Arkeologi Sungai Batu 

Pusat tamadun terawal di Asia Tenggara yang WAJIB anda pergi. 
Boleh rujuk di entry sebelum ini : Sungai Batu




11) Gunung Jerai

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Gunung Jerai bagi menikmati minum petang yang disediakan pihak hotel. Indahnya minum petang sambil menunggu sunset. Kawasan puncak Gunung Jerai ini dihiasi dengan flora yang sangat cantik. Ini kali pertama saya melihat kawasan gunung yang cantik dan terasa seperti di luar negara.

Untuk ke atas, terdapat perkhidmatan sewa van disediakan. Anda juga boleh bawa kereta sendiri. Cuma bagi saya, keadaan jalan yang curam serta selekoh yang tajam tu, eloklah jika anda menyewa van kerana mereka lebih profesional berbanding kita. hehehe

Anna, Ramlah, Me and Qaseh

Terusan Wan Muhammad Saman

van disediakan untuk ke puncak Gunung Jerai

Permukaan yang lagi curam dan tajam. 

rasa macam kat oversea.


Di atas Gunung Jerai ini juga terdapat Organic Shitake Mushroom Farm yang boleh anda singgah. Selain dari cendawan Shitake, terdapat juga buah-buahan seperti blueberry, strawberry, tomato, kobis dan beans yang ditanam di sini. 

I miss you guys.

pemandangan sunset dari atas gunung

Thank you Tourism Malaysia. Majalah Santai Travel . Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Syahir Fuh.my dan semua sekali team Sahabat Media CC1M yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Trip ke Sungai Petani CC1M sangat best. Perkenalan singkat ini diharapkan berkekalanlah sampai bila-bila. Thank you so much. Diharap kita dapat berjumpa di lain hari.


26 comments:

  1. kenapa ABC tu sgt ...huaa..mcm nak je mkn ABC rupa itu..

    ReplyDelete
  2. Masa stay kedah, IM tertarik jugak sgn sg petani :)

    ReplyDelete
  3. buraq tu bukan burung yang terbangkan Nabi Muhamad S.A.W dalam peristiwa israq mikraq?

    ReplyDelete
  4. sawah padi tu seronoknya tengok. hijau semua

    ReplyDelete
  5. suka sangat tengok kehijauan sawah tu, nampak seronok sangat. relaxing je :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)