TRIP MEMBELI-BELAH DI HO CHI MINH CITY VIETNAM | Hari ni aku nak settlekan entry pasal Ho Chi Minh City. Bukannya apa, dah lama bebenor dah. Sebelum aku lupa terus, baiklah aku settlekan cepat-cepat. ye dop? hehe.
HCMC Version 4 ini adalah hari last kami kat sini. Sedar tak sedar je.. cepat betul masa berlalu. tuptup, dah nak balik. time tulah baru terkial-kial nak pergi Ben Thanh Market, time tu la, rasa nak minum coffee banyak-banyak. hahaha. Apa-apapun, aku rindu Ho Chi Minh City.
Pagi-pagi tu, kami makan dulu kat restoran sebelah hotel. Kata seorang makcik yang kami kenal masa jalan-jalan kat night market semalam, rugi kalau tak try nasi lemak dia. Sedap! Eh, makcik ni. Sampai sekarang aku terliur tau. Dahlah nasi lemak tu cepat sangat sold out. Tak sempat nak rasa.
bila nasi lemak habis, inilah yang kami sambar
ulam-ulam makan dengan mihun sup
pasrah nasi lemak habis? haha
Lepas makan, kami ke Ben Thanh Market. Aku pelik kenapa orang melayu yang datang sini suka sangat Ben Thanh Market. For me, biasa-biasa je. Ada yang murah, tapi kualiti kurang. Kalau bab kain, Indonesia still champion dengan variety dan kualiti. Tapi kain cotton kat sini murah dan beberapa barang lagi. Yang selebihnya.....hurm, biasa.
Paling tak masuk akal, harga buah kat sini. Contohnya durian. Memang nampak cantik je isi dia. Bila tanya harga. Pergh...!! Mahal gila.
siapa suruh jual mahal sangat? kalau tak licin kami borong
haha
shopping? hehe. tak banyak. beli orang kirim je
pesta rebut-rebut ..
lelong! lelong!
Kami ada lagi masa 3 jam lagi sebelum berangkat ke airport. Dah tak tahu nak buat apa, kesudahnnya, kami ke spa yang terletak di sebelah hotel.
spa ni menerima duit ringgit, usd dan dong
harga yang berpatutan
dengan tiga jam, kami sempat manicure, pedicure, facial dan body massage
pekerja dia ramai.. so, don't worry. sempat punya.. haha
Kini, dah sampai masa untuk BALIK. I terbaca satu blog pasal Cik Khanh. Pakej tour Ho Chi Minh City kat dia actually sangat murah termasuklah airport transfer. Teksi ni Cik Khanh yang sediakan. Murah dan berbaloi.
larrrrr, sampai airport, pesawat kami delayed!! delayed bukan sejam. tapi tiga jam.
mati!!!! agagaga.
sekian sahaja entry pasal Ho Chi Minh City. maaf andai ada tersilap cakap ke, tersalah info ke..
maklumlah.. entry ni dah berkepuk sejak bulan Jun hari tu.. banyak benda dah lupa.
TIPS SHOPPING DI HO CHI MINH CITY:
bagi sesiapa nak shopping, sila survey dulu harga
jangan main beli je
kat sini diorang accept RINGGIT RM. tapi eloklah survey dulu harga sesuatu barang tu dalam DONG, RM dan USD. ada yang lagi murah jika bayar guna RM
dan sebaliknya
rajin-rajin baca forum sebelum pergi sini
Travelogue Ho Chi Minh :
Ho Chi Minh City Part 1
Ho Chi Minh City Part 2
Ho Chi Minh City Part 3
Ho Chi Minh City Part 4
Ho Chi Minh City Part 1
Ho Chi Minh City Part 2
Ho Chi Minh City Part 3
Ho Chi Minh City Part 4
|| terima kasih sudi baCa ||
kat sana mcm susah je nak dpt halal food
ReplyDeletebestny!
ReplyDeleteAda org suggest shopping kt sini tp.. kena survey dululah kan..
ReplyDeletewah, berebut2 kain.. :)
ReplyDeletepaling stress kalau flight delayed, semua tergendala n jadi extra letih.. :)
ReplyDeleteSy plan nak pg ho chi minh bln 12 ni. Buat research bagua jugak entry ni..dpt jgak tau benda best kat sana
ReplyDelete