1 April 2013

PERCUTIAN KE VENICE ITALY PART 3

ISLAND TOUR IN VENICE | Semasa kat Venice, kitorang join Island Tour. Sebelum pergi island tour, macam-macam kat kepala aku ni pasal island kat venice ni. hahaha. Bajet macam pergi island hopping. Haha. Tapi ternyata tanggapan tu semua salah.

Well, not bad! macam-macam ilmu aku dapat dari join this tour. Ilmu! ilmu! ilmu! Betul lah orang cakap, jauh perjalanan luas pemandangan. lagi kita menjelajah, lagi banyak info yang kita dapat. ewah!

Sebelum fly, kami dah beli siap-siap tiket tour ni dari agent kat london ni. PRICE FOR ISLAND TOUR IN VENICE adalah sama beli kat London ke, beli kat Venice ke tetap 20/person. Naik boat to Isola Murano, Burano and Torcello from San Marco. Ramai juga join tour ni, nasiblah beli awal. Kalau lambat, maybe takde seat untuk kami .. hehehe. :D


 souvenirs market near the pier

giardini ex real @garden

Mula-mula tu ingatkan kena tipu. sebab macam takde orang. Rupa-rupanya, 1.50pm barulah orang mula memenuhi jeti dan tour start at 2pm. *lega* 

dah panik dah time ni tengok takde orang. hahaha.

let's rock the islands !!!

one for mummy and one for me
waiting and waiting

bagi yang tak tahu, inilah no plat watertaxi @ boat kat sini. 

Isola Murano 

Cakap betul-betul Mu.ra.no. Tapi bukan nissan murano ye kawan-kawan tapi Isola Murano. Bagi penggemar atau penggumpul barang-barang kristal like me, mesti anda tahu kristal murano adalah antara kristal yang famous kat dunia ni. harganya mahal sebab semua handmade. Tapi hati-hati, kat Venice ni dek terlalu banyak jual kristal, ada juga kristal palsu. 

ya ampun, si kaki kecik badan besar ni... pantang nampak kamera. hiks!

dengan alilaguna islands tour ni anda dapat menjelajah ke 3 island ini

glass factory @ murano

Kat sini, diorang demo macamana nak buat kristal. Nampak macam senang. Tapi susah rupanya. Kena teliti dan super kreatif. Kesabaran kena tinggi. Rasanya kalau saya yang buat, setengah jam je, lagi setengah jam mesti dah bosan. Sebab saya kurang sabar dan cepat bosan. ekekeke. :p

demo
cara-cara nak buat kuda
hasilnya


menakjubkan?
 i pun terpegun.


isola burano 

Selepas ke Murano, kami dibawa ke Burano. Burano ni pula terkenal dengan tempat pembuatan lace. Tapi lace italy ni terkenal dengan alas meja, alas cadar dan lain-lain. Masih mengekalkan dengan pembuatan handmade membuatkan saya lagi teruja. Sebab lagi menguji kesabaran.

ISOLA BURANO
me @ isola burano

macam-macam jenis. ada baju, scarf, alas meja, alas cadar sampaila untuk di-framekan.
handmade topeng pun ada.. lagi cantik!

Selain tu, kami diberi masa untuk jalan-jalan sekitar Burano. Kat sini meriah sikit berbanding murano. Kedai souvenir pun banyak. Tapi  aku tetap recommend kalau nak beli, beli kat San Marco sebab lagi murah.


Isola Torcello

Island yang paling akhir, adalah Torcello. Kat Venice ni kalau tak silap ada dua tempat nama Torcello. Satu kat bandar, satu kat sini. Qwh okay. Pedulikan pasal torcello yang lagi satu tu. Torcello yang kami pergi ni antara bandar lama kat Venice.

Kat sini ada church lama dan beberapa bangunan lain. I sempat tanya, kat mana diorang bela binatang. Sebab musykil juga. hahaha. Diorang explain, kat Venice ni, ikan dan sayur. Macam ayam dan lain-lain kebanyakan import.
masa otw to Torcello, i ternampak bangunan ni kat satu pulau ni (satu ni je)
 tapi tak dapat dipastikan apa dia. agak scarylah! uncle seekers mesti suka.
dan beberapa rumah-rumah yang berlainan warna. tak silap i, diorang ada simbol or berkait dengan warna-warna ni. tapi ampun, malas nak tanya. kalau rajin, tanya sendiri kat google okay. :p

Isola Torcello ni agak sunyi jika dibandingkan dengan Isola Burano dan Murano

 masa kat Torcello ni, I kena jalan sendiri. sebab mummy mengadu dia sakit kaki dan malas nak jalan ke dalam.. nasiblah, ada orang baik hati tolong ambilkan gambar. hehehe.
at first i thought couple ni muslim, then borak-borak, rupa-rupanya bukan. nampak je bertudung bagai
kat Italy lah anda akan nampak gereja dalam jumlah yang banyak,
 tapi ini diorang cakap antara yang paling lama.
dimana ada gereja, disitu ada bell
me and my shoes. look weird? sneakers pakai sarung.. (lubang-lubang tu just hiasan)

maka, berakhirlah lawatan tour island. alhamdulillah. best sangat. tak sia-sia join.
walaupun venice ni macam old town, tapi lama-lama rasa very attractive pula
the best word to describe, IA SANGAT UNIK


paling best antara semua.... saya diberi peluang untuk mengemudikan boat dengan bimbingan diorang. alhamdulillah, impian menjadi kenyataan. 


dan kami sampai ke jeti dekat-dekat jam 6pm. 


malam terakhir tidur di venice. besok malam dah nak balik. so sad. 
:(


Sampai je bilik, ini yang kami capai dulu. LAPAR GILA.. yes, kami sangat cerewet terhadap makanan. takut nanti campur babi susah pula. Betul tak? Sebab diorang kat Venice ni, bukan reti cakap sangat. Tanya halal, angguk-angguk. Tanya pork or lard, angguk-angguk. Ahhh sudah! maggi jela jawabnya. hahaha.

~bersambung~


4 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)