28 February 2013

PORTOBELLO ROAD LONDON TEMPAT WAJIB PERGI

assalamualaikum

hari terakhir di bulan februari. cepatkan masa berlalu?

well, i'm so excited for march. hopefully march meriah dan best macam january and february juga. for my blog readers, thank you sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni. sedar tak sedar dah nak masuk 3 bulan i kat sini. cepatkan masa berlalu?

today, i nak bawa anda ke Portobello Road. Jalan ni antara jalan yang famous kat London. Kalau Oxford Street penuh masa boxing day, Portobello Road pula sentiasa penuh menjelang weekend. so, mana lagi power? hahahaha. 

dan i noticed, jalan ni juga tumpuan para vvip malaysia. kat sini kebanyakan antik dan antik bukan sebarang antik. dari pound sampai ribu pound pun ada. jadi tak hairanlah jalan ni tumpuan pelbagai umur, pangkat dan SIAPA KAMU tu. sebab barang-barang jenama pun ada.. lagi antik lagi mahal dan paling penting semua original okayyyyyy.  :p

Portobello ni dibuka setiap hari. tapi macam yang paling hujung, ada macam gerai-gerai tu, buka hujung minggu. up to you nak pergi hari apa. tapi ingat, weekend sangat crowded! 

selain tu, jalan ni terbahagi kepada beberapa bahagian. yang ni korang kena explore sendiri. sebab takkan nak bagitau semua.. nanti takde apalah yang special. hahaha. okay dah, jom tengok gambar pula.

The Nearest Tube Station :
Nottinghill Gate Station

Bus to Portobello Road : 

me at Portobello Road

rumah-rumah kat sini semua rumah lama-lama..(namo england, ekau ni pun satu.. memangla lamo) pastu, akar melingkar-lingkar kat rumah dan menjadi tumpuan pelancong.. ramai juga yang bergambar di hadapan rumah- rumah yang ada kat sini... tapi kalaulah i yang jadi tuan rumah ni, tak ke berbulu, tiap-tiap hari penuh, sesak and NO PRIVACY langsung! hahahaha

ini pula di hadapan rumah salah satu author buku yang famous. tapi minta maafla eh.. saya kurang berminat baca novel omputeh ni.. jadi janganlah tanya nama author ni siapa. hahaha.

laaa, dekat rupanya dengan scotland. tau hari tu jalan kaki je.. hahaha 
*just kidding* 

bagi yang suruh i tolong carikan boyfriend mat salleh.. nah!!! ni i dah jumpa ..
hahaha. tapi dia ni muda.. so, uolsss nak ke? hahaha .. 
kalau kat Malaysia macam ni, confirm dah kena roboh.
antara kedai yang menjadi tumpuan orang... 

Portobello Road ni tersangatlah panjang ... so, anda kenalah pandai bajet masa kat sini ye

ini bahagian antik .. semua antik.. dan semua harga.. amagatttt...
*tutup mata & terus blah*

bagi peminat antik sukalah ekau eh datang sini

door knob. siapa dah boring cabinet tu asyik rupa sama, belilah yang rare sikit

bear-bear dan pelbagai souvenirs LONDON ada jual kat Portobello ni dengan harga yang berpatutan dan jauh lebih murah dari kat tempat lain

BEWARE OF THE WIFE .. zassssttttttttttt!!!

minat frame? naahhh.. i love this also.. sangat dramatic lukisan dan gambar-gambar dia

ini pula ke arah basahan... mostly jual makanan lah. 

tengok!!!!! nak bernafas pun semput

please don't ask me.. nak tau try lah sendiri :p

dan paling special kat Portobello Road ni, MALAYSIAN RESTAURANT pun ada. nama dia, MAKAN CAFE. kepunyaan malaysian dan HALAL. karipap dia tersangatlah sedap. 70p sahaja dan sangat ump! amagattttt.... *terliur*





BLACK AND WHITE DAY
follow the monochrome trend sekarang


p / s : Portobello Road ni macam Jonker St versi omputeh.. tapi, upgrade sikit sebab branded things pun diorang jual! ingat.. semua original.. kau hado? hahaha

26 February 2013

REVIEW HOTEL HYATT REGENCY THE CHURCHILL LONDON

From Vancouver Studio kami berpindah ke Hyatt Regency, The Churchill. Hotel ni hotel 5 stars, terletak di belakang Next dan berdekatan dengan Oxford Street. Kira jalan kaki pun boleh. senang tapi banyak cubaan.. rasa setiap saat tu, kedai-kedai tu memanggil-manggil.. lelap mata je, dorothy perkins memanggil.. lelap mata je selfridges memanggil.. lelap mata je primark memanggil.. haih!! cobaaannnnnn.... hahahaha. 

tapi, hotel ni memang best. for those yang single, bolehlah cari partner kat sini. muahahahaha. for those yang dah kawen like me, sila tutup mata ye. WAJIB! kalau tak mampu tutup mata, pergi shopping. kalau duit habis, don't blame me. blame the hotel sebab dekat dengan oxford street! hahaha.

kedai makanan halal yang terdekat kat Selfridges... food hall dia.. tapi tak banyak choice.. lagi satu depan gap.. ada jual makanan halal.. tapi mahal gila.. tak sedap pula tu.. the best thing, kalau rajin jalan kaki pergi Edgware Road.. aka arab road la kiranya.. situ melambak-lambak makanan halal. kalau rajin lagi, lepas makan, boleh tengok movie kat Odeon.. kalau rajin lagi, pergilah jogging kat Hyde Park. hahaha. kalau rajin... tetttttt... kalau malas, main je tennis. hotel ni ada private garden yang khas untuk main tennis dan santai-santai.. bestkan?

internet kat hotel ni kena bayar. tak free macam vancouver studios. hampehkan? dahla slow, mahal pula tu.. luahan hati customer yang tak puas hati. wakakaka. tapi apa-apapun, staff hotel ni sangat bagus! dari kat depan entrance, bell hop sampailah mak cik housekeeping.. superb! u can call them 24 hours and mintalah nak air ke apa ke.. memang terbaik! pantas dan friendly. i likeee. :D

tube station yang terdekat : marble arch
depan hotel ni boleh ambil bas ke london zoo/ kilburn/ abbey road (the beatles punya zebra crossing)
costa coffee terletak kat bangunan sebelah. 
okaydahjomtengokgambarmembebeljepunnaikbosandibuatnyahahahaha :p

dalam kereta, from VC to Hyatt

luar hotel

sempat lagi uolsss :p












room service .. very good and fast!



they used Pharmacopia's product for the room toiletries 







Sementara tunggu my sister in law ber-meeting di bawah, saya sempat menghabiskan masa dekat gym. lepak-lepak sambil makan free apple yang disediakan.. WHATTTT APPLE LAGI?? hahaha. 

tuala disediakan dan tempat simpan barang pun ada. paling best, toilet dia guna toiletries Molton Brown. yeay.





feeling brutal pergi gym dengan legging tidur dan boot. hahaha :p

The Next Day, we had a quick breakfast before my sister in law pergi meeting.
don't worry guys. makanan diasing-asingkan. dapur juga semestinya asing juga.



ignore the eyebag! tak dapat dicontrol lagi. mohon sesiapa kenal doktor plastic 
surgery, tolong bagitahu yea! hahahahahahahaha :p



and i had superb bubble bath and facial massage at my room
sementara tunggu sister in law habis meeting and tea party





DAH ! DAH !
JOM BALIK



ramai yang email tanya harga .. mostly my instagram followers.. segan pula nak cakap... tapi ni just for sharing. mana tahu anda berminat... so, bolehlah stay sini... i recommend this hotel 100% jika anda kaki shopping! go! go! go! dari membazir duit pada transport such as tube and bas yang makin lama makin mahal, why not bayar lebih pada hotel.. kurangkan pada transport, lebihkan pada hotel. tidur pun lena.. nak shopping, nak makan .. semua jalan kaki je.. free and easy. :D

per night & in GBP.. RM? kena tengok pada currency exchange