11 November 2012

JOHOR TRIP VER. 1

hai. ini kisah sambungan roadtrip kami selama 3 hari 2 malam. 3 hari tu tolak first day, iaitu perjalanan kami dari Seremban ke Pontian, Johor yang mengambil masa beberapa jam dan delayed akibat hujan! 

trip kali ini adalah :
JOHOR DARUL TAKZIM

biarpun kampung my stepfather kat Muar, saudara mara merata kat area JB, tapi kali ni pergi dengan rakan blogger, Ryn. Suasana yang berbeza, pengalaman yang berbeza dan perasaan pun berbeza. To auntie-auntie, uncle-uncle yang mungkin baca blog ni, sorry sangat-sangat tak sempat nak singgah. Masa terlalu suntuk! :(

at first, i follow ryn, sebab ingat dia balik seorang. kesianlah kan dan jauh kot.. and last minute, her cousin, aina ikut balik juga. so, trip jadi bertiga dan lagi meriah dengan kehadiran budak kecik ni! To Aina, ingat pesanan akak.. pergi Japan nanti jangan lupa beli FM! hahaha. :p

tartlet versi nak cepat! hahaha. sorry sebab sememeh..
bangun pagi-pagi terus buat demi nak tunaikan hasrat si Ryn ni

blackhead mask, i purchased from Zahiah (B2B blogger)  :)

Thank Ryn for the pretty bangle

sampai je Pontian terus melantak KFC
tapi malangnya banyak habis.. macam coleslaw, dll

and tomorrow tu, bermulalah perjalanan kami bertiga.. 
:D  :)  ;)

#OOTD #WIWT
beg coach, bracelet i bought @ Mesra Mall, ring by A Fashion Story

Johor Premium Outlets, here we go!

JPO @ Johor.. urmm... not so many people masa kami pergi tu. maybe sebab hari jumaat.. dan belum cuti sekolah lagi.. MUNGKIN! tapi to be honest, takdela murah sangat. I still love La Vallee Village, Paris. Cuma beberapa item, macam coach tu, boleh beli kat sini pada harga rm300 lebih sahaja. 

me, aina and Ryn.  

yahoooooo... dah sampai!

delicious treat for the hot day .. nyum!

nyum.. nyum...

pelbagai jenis branded brand, seperti gap, la senza, ferragamo, michael kors, burberry, coach, esprit, sampailah ke vincci ada di sini.. :)

kalau kelaparan, bolehlah singgah di food court yang ada di JPO ni

i'm hungry, but i refused to eat. sebab kebanyakan macam diragui halalnya.

super cheap!

and RM5!!! 0_0

us :D

dalam banyak-banyak, saya cuma beli yang ni. haha. puasa shopping uolsss!! 
tapi murahkan? :D

akibat perut pun dah krookkk krooookkk.. krekkk krekkk... kami KELAPARAN!!! Rynn bawa kami makan Kacang Pool yang terletak di Larkin. Berhampiran dengan SK Larkin, kacang pool ni sangat sedap! pernah datang sini masa kecil-kecil dahulu.. :)

Kacang Pool Haji.. MUST TRY! 
super delicious , ohsem, nyum nyum.. 

tetiba rasa rugi tak belajar dari arwah abah cara-cara nak buat kacang pool ni :(

NEXT, perjalanan kami diteruskan...

cuaca yang mendung sepanjang perjalanan kami menuju destinasi yang seterusnya.

LEGOLAND MALAYSIA







tiket : RM140
7 days Advance Booking via website : RM105

so, kalau plan nak ke sini, sila beli tiket 7 days awal ok? di laman web mereka, Legoland ... tapi, belum siap 100% lagi. 2013 = waterpark & lln siap, 2014, hotel legoland siap.

kat legoland juga, terdapat shopping mall yang kecil. nak masuk entrance tu, u have to walk through the mall.. and kat mall tu ada KFC, Briyani Arab, Tutti Frutti, and many more. U can save the budget dengan makan dahulu, then baru masuk Legoland. tak gitu?  :)

Next, Puteri Harbour Family Theme Park

kat sini ada macam-macam.. bukan Hello Kitty sahaja, ada Bob & The Builder dan lain-lain lagi. Cuma belum siap 100%. Dengar cerita, dekat-dekat sini juga bakal dibina Yatch Club macam kat Langkawi tu.. FUH! FUH! cepatlah siap semua.. tak sabar ni!

The Little Big CLUB , Hello Kitty Town, Lat's Place
@ Nusajaya Johor Bahru.

Follow the direction peeps!

The Schedule.. sila click gambar .

Hello Kitty Souvenir Shop

Hello Kitty.. souvenir.. and many more

Red Bow Cafe.. everything is about Hello Kitty!

kami sampai lewat kat sini.. dekat-dekat jam 5pm.. so, tak sempat nak catch up the show. so, sesiapa nak pergi sini bolehlah resize schedule tu.. for boys, uols boleh ke The Little Big Club dan Hello Kitty Parade pula diadakan pada jam 4.30pm.. so don't be late like us. oh i lupa, for mycard member, uols ada diskaun nak masuk sini. so jangan lupa bawa mycard ok? entrance kalau tak silap RM50.. but not sure! sila google ;p

and... then, kami ke Jusco berhampiran Taman Universiti..

Ke sini untuk bertemu si mummy to be, Zira Jack.

Rakan blogger :)

and itulah sahaja, sesi jalan-jalan for second day! amagattttt skemanya ayat kau tatie!!! hahahaha. penatlah uolsss.. nak fikir ayat best-best nan ado di masa ni.. mohon maaf!

layan Kabhi Kushi Kabhie Gham otw back to Pontian


Before balik, kami singgah di Nasi Lemak AGM yang terletak di bandar Pontian.
Restoran ni buka jam 8pm everyday! Malam OK! orang pontian makan nasi malam-malam???

 Nasi Lemak AGM (Ayam Goreng Madu)

Nasi Lemak Ayam Goreng Madu


fuh!! keletihan.. tapi seriously best gila.. rasa macam nak continue perjalanan ke arah singapore pula.. tapi no no! next time ok? :D


~ continue the story tomorrow~


follow me @ instagram
@izzatihazrul