12 October 2012

KEPENTINGAN MENGAMBIL GAMBAR : SEJARAH TAKKAN BERULANG

some people, mengelat bila nak ambil gambar
dia tatau, the value of the pictures

owh pleaseeeee sila elakkan gedik-gedik bajet control ayu tolak tak mahu ambil gambar, tanpa memikirkan kebaikan bila mengambil gambar! tuih!

malu lah, seganlah, ops saya tak suke bergambar!
katanya LAH!

TAPI

tahukah anda, gambar itu sangat berharga?

seandainya, ditakdirkan salah seorang pergi dulu
gambar itu merupakan kenangan bersama si arwah

seandainya, kita terpisah
gambar itu menjadi kenangan & boleh digunakan untuk jejak balik

tapi ada juga yang pahit

contoh...
macam clash dengan boyfriend!
rasa macam nak bakar-bakar, koyak-koyak je kan!
hahahaha

tapi, gambar sebenarnya lebih banyak yg manis dari yg pahit
1001 makna, kenangan, dan saat yg tak boleh dibeli
dengan wang, berlian mahupun kereta ferrari sekalipun (eh?)

jadi, rakamkan saat-saat indah anda
tak kira dengan kamera biasa ke, dslr ke, ipad ke, etc

sebab saat tu takkan boleh berputar kembali!

saat timang timang baby!
ingat baby tu akan kecil macam tu sampai bila-bila?
saat muka excited nampak rabbit
sambil show off berapa banyak gigi yang ade time tu
saat baru belajar menepuk tangan
walaupun masa tu hampir tergolek sebab licin
saat posing ala-ala retis
sambil menunjukkan pampers! *tak malu*


saat convocation 
walaupun muka time tu, baru-baru nak belajar berposing
saat baru dapat handphone
biarpun time tu 3310 yang paling canggih! 
boleh tunjuk kat anak,
 inilah ai-pon mak masa zaman dulu!
zaman masa nerd
zaman sekolah adalah zaman yg x boleh ulang!
jadi hargai kenangan anda masa zaman sekolah
posing yang wajib masa zaman dulu-dulu
dunia remaja, besok dah tua, inilah kenangan!
saat tengah make up
haaa ini wajib ada, biasa nak tahu before and after
kan... kannn!! taknak mengaku sudah!
saat tengah tengok concert
bayangkan tengah-tengah tengok, pentas terbakar 
confirm gambar anda boleh buat $$, jual kat press
saat amek gambar sendiri
ini biasa ambil dan delete, nak tengok muka sendiri
lagi kronik siap tahu posisi mana yang cute!
hahahahahaahahahahahaha
masa tengah sesat seorang-seorang
andainya anda mati ke, hilang ke, 
camera dan gambar tu boleh jadi bukti kejadian!
masa tengah main snow
haa dibuatnya 20-30tahun lagi xde snow?? 
kata pemanasan global!
confirm cicit tanya, "tepung ape oyang main tu? banyaknye tepung!"
masa anda bermain alat muzik
kenangan weh! kenangan! besok dah tua-tua kot-kot kena parkingson, ingat mampu lagi ke nak main weh? nan hado lah jawabnya!
saat baru-baru putus cinta
biasa orang send mms gambar kat ex,
"honey, tengok.. i nak bunuh diri ni!" kahkahkah
sindrom alien muncul kat bumi
boleh dijadikan kenangan lucu. hep! jangan delete
one day, boleh jadi bahan untuk gelak beramai-ramai
HAHAHAHAHAHA
saat berpillow-fight bersama teman
bukan selalu dapat berpillow fight
ingat dah lepas kahwin boleh main lagi ke? buang tabiat!
hahahahaha
saat pertama kali berjumpa kawan
walaupun rasa jangkal, tapi bergambar banyak2 kali
ia dapat mengeratkan silaturahim sesama kita
saat nak lintas jalan
in future, bangunan kat belakang tu entah ada ke entah kan tidak..
kan dunia makin canggih! sana sini pecah bina baru..
bangunan pun makin canggih!
teruja  tau tengok KL dulu ngan KL sekarang!
BERBEZA!
saat naik kapalterbang
zaman makin canggih, dari jalan begini, terus ke pintu, ntah2 besok terus sampai tempat duduk.. so, boleh tunjuk kat cucu.. nenek dulu dengan barang-barang ni nenek angkut! 
kau ado?
saat-saat bersama binatang
entah 20-30 tahun lagi wujud ke tak binatang ni..
berguna di masa hadapan! ;p
makanan sedap
bagi kaki makan, mesti suka amek gambar
tapi takpe.. besok-besok datang lagi tunjuk bukti
"akak, aritu saya datang ada udang banyak tau, 
apesal sekarang 2 ekor je?"
hahahahahahahahaha
saat-saat sah jadi suami isteri
ko gila takde gambar?? 
ain hawani dan adam mukhriz je yang takde gambar!! ;p
wajib kot! untuk tatapan anak cucu besok!
jadi pilihlah photographer yg elok
untuk merakamkan saat ini! kahwin hanya sekali!
ingat tu!


 JADI


tak kiralah hodoh ke gambar tu
buruk ke wajah anda time tu
selebetkah anda masa tu
atau mungkin anda rasa... arghhh!! aku takde dalam gambar!

tapi itulah kenangan

kenangan yang takkan mungkin boleh diulang-ulang macam astro
kenangan yang anda akan kenang dan ingat bila menatapnya

seperti gambar di bawah ini

saya tak pernah terfikir, inilah gambar arwah bapa saya yang terakhir
mungkin time ni, dia masih sihat sedikit
tapi siapa sangka, gambar ini gambar terakhirnya?
sedar tak sedar, dia dah pergi
MAMPUKAH saya ambil gambar dia lagi?
tidak bukan? mustahil!

I suka bawa camera especially bila pengebumian, tahlil, dll..sebab i appreciate gambar itu! mempunyai sentimental value yang sangat tinggi .. ini merupakan yang terakhir sebelum berpisah buat selama-lamanya.. and i really-really love this kind of picture. lagi berharga dari gambar mereka yang masih sihat dan hidup! sebab perpisahan ini, takkan dapat berulang kembali. once in a lifetime.

jadi hargai gambar!
jangan ambil dan simpan dalam hard disc je
or mungkin letak dalam FB
berdasarkan pengalaman letak kat Friendster
sampai sekarang menyesal! hilang terus!
letak dalam laptop, kena virus terus hilang
letak dalam handphone, kena curi, haa...sendirilah jawab!
sebaliknya, sila cuci dan simpan dalam album

kerana setiap gambar mempunyai sentimental value yang tersendiri
lebih-lebih lagi jika salah seorang meninggal dunia
anda mungkin dah bosan nak tengok, tapi anak-anak anda?

KERANA
gambar mampu menceritakan semuanya.

hari ini kita berseronok, mungkin besok kita bersedih
hari ini dia hidup, mungkin besok dia dah takde lagi

. renung-renungkan .


p/s: kadang-kadang, gambar juga membantu kita. contoh terlupa letak barang.. check-check balik gambar beberapa hari lepas.. then, imbas! nescaya teringat balik! ini petua yang selalu i guna! hahahaha