18 June 2012

PERCUTIAN KE LANGKAWI VER.2

hi assalamualaikum. Happy Monday =)

ini sambung kisah ke Langkawi Ver.1 .. ada ke yang nak baca? hahaha. 

pejam celik-pejam celik dah 4 hari kami berada kat Langkawi dan hari ini kami check out dari Aseania dan check in hotel lain. the reason tukar hotel lain, seperti biasa, mahukan kelainan.. tak mahulah 7 hari berada kat Langkawi, kami asyik menghadap bilik yang sama je. mesti bosan kan?

so, as i said before.. hotel kedua kami kat Langkawi adalah Awana Porto Malai ..(everyone can stay in here, harga pun murah.. tak percaya, pergi Agoda.com sekarang!!) bila stay kat sini, rasa macam berada kat Four Season Resort! kahkahkah. =p 

tapi betul lah! lebih-lebih lagi kalau jalan-jalan kat bahagian belakang APM ni... this hotel sangat sesuai for those yang plan for honeymoon.. sangat cozy, romantik dan terletak di kawasan yang tak sibuk.. very privacy lah!

hari keempat ni, tinggal lah kami berdua balik. sebab Fathi dan Zie balik KL arini. memang tak sempat nak jumpa mereka.. isk isk isk.

Hari Keempat

Hari keempat ni, dimulakan sesi menaiki chartered boat dekat Telaga Harbour Park. Kalau nak tahu, boat yang kami naik ni kepunyaan jutawan dari Arab Saudi. wooohoo.. memang class lah! leather sana sini.. dan boat ni dia parking sebelah boat mewah milik Tan Sri Jojo (pegi google sendiri sape dia) dan belah kanan boat milik bos Syabas... fuh!!! kayanyaaaa.. $_$


lama jugaklah kami spend kat boat ni sambil borak-borak dengan crew kat sini. dapatlah juga info pasal Orang Kaya, boat, gaji (eh?), dan lain-lain.. orang kerja kapal ni kaya jugak eh? GULP!

cukup dengan jalan-jalan atas kapal, kami berdua decide nak balik hotel. get ready untuk besok, sambil-sambil tu jalan-jalan area Awana. hehehe =p

AWANA PORTO MALAI, LANGKAWI


aktiviti petang bersama Encik H :

p/s: apesal ayat aku sejak dua menjak ni macam skema eh? hahahaha =p