6 March 2012

TRAVELOGUE TO KUCHING VERS.1

AMARAN : 
entri ini sangat panjang ... kalau penat.. berehatlah dulu bersama kitkat!!
kerana entry ini akan sambung menyambung
dan anda akan pening kepala!!
hahaha

night @ KL

 I bertolak from sini malam 26 lepas
as usual, with Malaysia Airlines

fuh.. dugaan betul sebab flight almost full! 
hanya ada 1 seat kat business dan 1 seat kat economy
yang kat economy tu pun orang tu x dapat dikesan pd saat2 akhir
nasiblah encik H yang operate malam tu
kalau takkkkkkk.. confirm I nangis kat airport
sebab at first memang i x boleh naik sebab FULL!!

delicious meal @ MAS

before i pegi sini, i buat research pasal KUCHING terlebih dahulu
maklumlah first time jejak kaki ke sini*tutup muka*
tapi alhamdulillah, 10 days kat kuching memang worth it!!

and again, thank you my bestie, amera hanna
yang jadi my language teacher, my tourist guide and lln kat sana

utara, selatan, timur.. owh barat  KUCHING je belum pegi lagi
so far, kuching memang best.. if kota kinabalu, i suka seafood
kat kuching, i suka prawn!!
eh samalah tu.. haha. tapi Sarawak kaya dengan udang
sebab sungai mereka penuh dengan buaya
remember di mana ada banyak buaya,
di situlah syurga udang!

nak tahu mengenai KUCHING??? 
teruskan membaca

sampai-sampai je terus ke hotel terlebih dahulu
for the first two nights, I stayed kat Hilton Kuching dulu
yes i ada baca reviews pasal this hotel 
and i tak menafikan, their staffs memang sangat RUDE
but the location sangat strategik!! bilik pun boleh tahan jugak

our room (26-29th)

and malam tu tiada aktiviti pun..
sampai pun dalam jam 1 am
hanya sempat makan kat TUMIS
(depan hotel je, tapi makanan dia sedap)

HARI kami bermula dengan makanan
tengahari tu amera datang dan bawa kami ke sini
Coffee 'O' Corner

kalau nak tahu di mana terletaknya Coffee 'O' Corner ni,
ia terletak di Jalan Satok

restoran ni sangat best
uols harus datang cepat kat sini, sebab makanan kat sini cepat habis



antara yang best kat sini adalah : 
- mee kolok
- mee sapi
- mee pok
- mee kampua
- rojak thambi
- laksa sarawak
- teh C special
- mee jawa
dan banyak lagi !!


teh C special ais (lebih kurang mcm 3 layer tea)

variety of noodles

PERUT da kenyang, SENYUMAN pun makin luas

seterusnya, kami menyerahkan tugasan jalan-jalan ini kat Amera
dan hari pertama tu, kami round-round sekitar kuching dahulu
INTRODUCTION to KUCHING gamaknya.. 

amera dan keretanya 

the only toll in kuching

map yang i dapat from hotel

so, first day tu kami sempat ke :

1) Dewan Undangan Negeri (lama)


2) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
yang terletak di atas kuching tuuuuu

info : kuching ada dua datuk bandar tau! DBKU & DBKS

yang kitorang pegi ni DBKU
kat sini ada cat museum
bagi yang anti kucing tu tak payahla pegi
sebab semua cerita pasal kucing.. bukan KUCHING ya!
ngeee

DBKU
dari atas bukit ni boleh lihat bandaraya kuching
meowww 
mumia kucing yang berusia 3000 tahun diberi oleh kerajaan Mesir
kat luar tu ade contoh rumah tradisional kat sini
boleh leee tumpang bergambar kejap!
masjid negeri
 perpustakaan negeri

dan dari sini kami ke Astana
rumah  TYT Sarawak

kat sini boleh parking.. dan boleh bergambar di :
 - depan astana
- fort margherita (yg ni i tatau camane nak pegi sana)
- DUN baru

dan boleh juga naik penambang ke seberang sungai..
TAPI AWAS.. sungai ini berbuaya!!!
kawasan kampung berhampiran (Kg Tanjung) pernah diserang buaya!
* sila google sendiri kalau nak tahu pasal ni *

Astana dari atas penambang
keindahan semula jadi dari jetty astana
lepak sambil tunggu penambang
penambang .. sekali naik 40 sen!
WAJIB NAIK!!! memang BEST!!

balik tu, kami singgah sebentar di Jalan Satok dan Jln Hj Taha
pekena Swee Kang (ice kacang) dan tapau Ayam Penyet kat RAP 

famous gamaknya RAP ni.. 
tapi pisang cheese dia terbaik!

ais kacang atau orang sarawak panggil swee kang
memang terbaik!!! especially swee kang durian!
nanti i review pasal ni later ok..
but once da try memang addicted gila!

so, kami akhiri sesi jalan-jalan before maghrib
thanks Amera sebab guide kami kat sana...

sunset view from my room..
awesome!!!

TO BE CONTINUE ..