2 February 2012

PERCUTIAN KE MUMBAI VERS 4 (MIRAGE HOTEL)

let's continue with MUMBAI VERS 4.

24-26 January 2012
Mirage Hotel, Andheri

ini adalah story terakhir pasal mumbai... yang mana, pada ketika ni, i memang da tak sabar balik Malaysia. yeay!! so happy.. 

mumbai bukan tak best, but, 7 days hidup kat sini, makan tak tentu, boleh jadi gila ! nak nasi nak nasi.. okay fine. kebulur macam rakyat somalia dah. hahaha...

Mirage Hotel (4 ****)

hotel yang terletak jauh dari marine drive, colaba, dll.. tetapi dekat dengan bandra dan linking road.  berdekatan dengan airport, sangat kedekut, airport transfer pon nak kena bayar!! memang buat duit betul diorang ni!! persekitaran kurang menyenangkan, sebab diorang tengah buat flyover dan membaikpulih kawasan-kawasan di sekitarnya.

hotel ni bilik dia sangat luas, lobi dia pon sangat luas, tetapi makanan for breakfast sangat out! perabot2 dalam bilik agak vintage sikit, apa-apapun, very comfortable sangat.. diorang menyediakan perkhidmatan free internet for 15 minutes kepada tetamu hotel. but once u da check out jangan harap boleh guna internet tu. *kedekut kan? padahal kita da stay beberapa hari kat situ*

di luar mirage hotel
receptionist 
lobi yang sangat luas
dressing table
our room

dan selama di situ, kami sempat ke ...

 chowpatty beach aka Juhi Beach
**pantai terbersih katanya **
henna tatoo
pissed off betul dengan minachi tu.. da bagitau, xmahu, dia pegi chop2 henna kat lengan.. 
nasibla henna ni tahan 4 days je.. plus after cuci dia warna merah.. aiyoo so buruk!!
then claimed 10rupees per chop. ntah ape-ape..
rumah Amitabh Bachan
aiyooo soooo biggg and verrrryyyy bigggggg!!!
Dadar West
 kat sini semua fixed price.. tak syok betul.. nak bargain pon susah.. tak recommendla tempat ni...
but some items macam baju kaftan, and lain-lain murahla dalam 150 rupees.. *fixed price*
 The Times Of India Newspaper
 Andheri Railways Station
 keretapi dia super buruk... fresh air!! tapi kelajuan dia, komuter pon kalah... 

Andheri West Market
nangka!! nangka!!
street market @ ala-ala pasar malam
novel-novel yang sangat murah
buah-buahan.. kau hado?

tut-tut 
----------------------------------------------------------------------------------------
kasut ni I beli kat Linking Road, tak sampai sepuluh hengget! hahaha
rumah Shah Rukh Khan again.. owh itu private bas dia
pantai depan rumah Shah Rukh Khan
college @ Juhu.. 

p/s : ada beberapa tempat lagi i pegi, macam hanging garden, dan lln lagi.. gambar kat kamera my mum.. hehehe. tak sempat nak amek!

 FOOD
macam i cakap, i tak beberapa yakin dengan makanan kat sini..
- takut sakit perut @ kotor
- tak yakin dengan status halal

tapi kalau korang nak makan jugak, make sure ada logo macam parti PAS ni... hijau... 
melambangkan vegetarian... don't worry diorang ni memang vegetarian yang betul2 vegetarian
minyak tak boleh campur, sudu, pinggan kuali semua kena asingkan

tapi KFC MUMBAI, boleh makan... itu pasti... Pizza Hut pon. sebab dua-dua Malaysia punya..

rujuk sini :

kesimpulannya, Mumbai ni best kalau uols pandai plan nak pergi mana... banyak tempat boleh visit.. macam Film City tu, ramai yang tak recommend .. kat sini pun ade theme park - Esselworld ... 

PENGEMIS : pengemis kat sini lagi dasyat dari indonesia, diorang akan kejar uols.. ikut je mana uols pegi... pastu dengan selamba pegang2 tangan korang... 

WEATHER : cuaca kat sini tak terik sangat.. suam-suam berangin gitu.. mungkin winter kot! hahaha. malam sangat sejuk about 19-21 celcius.

TV : TV kat sini boring.. 90% daripada rancangan adalah bollywood

KESELAMATAN : lain dari apa orang cakap.. but tengah tahun 2011, ada kes bomb-bomb, tapi kini semua safe. malah kerajaan sana, bercadang nak letak CCTV kat semua jalanraya.. 

AIRPORT : airport mumbai sangat strict!! nak masuk airport dia ada check security.. nak keluar dari airport, uols kena dapatkan signature daripada kaunter tu dulu.. so sesiapa datang sini, sila datang awal please... dari kaunter check in, kastam, immigration - que yang sangat panjang!!! sampaikan nak masuk flight pun, ada 3x check... haish!!

SHOPPING : Pashmina, kasut, alas bantal, semua murah!!! pashmina boleh dapat around RM6 sahaja. sangat cantik pulak tu... kain-kain saree pun murah. make sure uols tawar menawar ok... 

BINATANG : kat mumbai ni, korang boleh tengok lembu kat setiap sudut jalan.. kadang-kadang tengah melintas pun ada lembu.. yela agama diorang kan... tapi unik.. but don't worry.. takde pun tahi lembu.. gagak, merpati, dan anjing sangatlah banyak!!! i nak jalan bawah pokok pun takut ok?

in conclusion, mumbai ni bandar yang besar.. padat dengan penduduk... tak payah berangan lah jumpa actor2 or mamat-mamat handsome macam hritik roshan semua tu.. susah nak jumpa...!! bulan januari - bulan sale!! sana sini sale... so, tick pada kalendar.. januari depan-trip to mumbai ok?

kebanyakan mereka yang datang ke mumbai adalah businessman.. kat hotel tu, penuh je dengan businessman.. opsss. kaum yahudi suka tau dtg sini..tujuan business jugak kot?

maka, tamatlah review pasal MUMBAI.. hehehe.. so, apa macam? ada hati nak datang sini tak? =D