24 November 2011

PERSIAPAN PERKAHWINAN : TERAPI DIRI

hi everybody. nervousnya saya!! tinggal beberapa hari sahaja lagi my BIG day. dup dap dup dap.. NERVOUS!!! and today, adalah terapi diri yang last before my big day. alangkah bestnya kalo dapat free package spa untuk sepanjang hayat! hehehe. 

and now, i nak summarize balik kesemua rawatan kecantikan diri yang kami berdua pergi. (tak cantik-cantik pon!!) first of all, thanks encik tunang! memang sporting habislah dia siap ikut pergi treatment. hehehe. thanks sayang...  (^_^)

berikut i senaraikan dulu semua tempat yang kami pergi...

1. Slimming Sanctuary (both)
2. The Royal Malaysian Spa (both)
3. New York Skin Solution (only me)
4. Terapi Diri Ais (both)
5. Seri Ratu Spa (both)
6. Marie France Bodyline (only me)
7. Fitness First (only me)
8. Mayfair (only me)
9. Paloma Reflexology & Therapy (me)
10. Pedicure & Manicure (me)

banyak? takla.. kebanyakannya grab from mydeal, dealmates... ada yang gift dan ada yang membership. hehehe. depends!


1) Slimming Sanctuary

encik H sedang melakukan rawatan slimkan badan
ops!!hahahaha

yang ni i purchased masa kat Pameran Pengantin kat PICC.. secara kebetulan SS buat promotion.. and for man too !! so i grab this deal. RM69 for him and RM69 for mine. murahkan?

SS selalu buat promo, so jangan miss okay!
rajin-rajin pergi Pameran Pengantin!


2) The Royal Malaysian Spa

selepas rawatan kami diberi air teh halia

yang ni i da cerita kat entri ni : TRMS



3. New York Skin Solution

i purchased this deal from milkadeal. murah je.. yang RM10 tu... hehehe but sorry no picture. sebab i bengang minah tu membebel pang pung pang.. and akhiri dengan jawapan ringkas i, NO THANKS! hahaha. hamek kau!! i tak recommendla NYSS ni.. treatment ntah ape-ape! 



4. Terapi Diri Ais

kolam mandi 

yang ni i suggest sangat-sangatlah ye...memangla agak menyeramkan bile mendengarnya. MANDI AIS??? ape tu? okay menda ni banyak khasiatnya. tapi memang berkesan. hilang segala stress. selain tu, daki-daki pun keluar.. so tak payah susah payah nak menyental. hahaha

untuk tahu lebih lanjut, visit Terapi Diri




thanks Klana Resort

yang ni adalah hadiah daripada Klana Resort sendiri. package ratu santai for me and encik H.. daripada mandi wap, massage, lulur, scrub dan facial... memang puas hatilah. sampai tertidur-tidur! hahaha. ini adalah yang paling last rawatan di antara semua rawatan spa. hehehe.

rasa sangat complete bila buat semua rawatan yang ada kat dalam package ni!
thanks Klana Resort!



6. Marie France Bodyline



yang ni memang i amek rawatan sebanyak 15 kali since i masuk degree lagi..
tapi jarang-jarang pergi sebab busy... i suka environment kat MFB ni.. 
lain package lain harga... ayuh kuruskan badan anda! hahaha

tapi sumpah, anda harus gagah kerana salah satu treatment adalah massage!



7. Fitness First

yang ni paling I suka antara semua. membership Fitness First for one year.. yahooo!!! the best among all. membership card ni bukan sahaja boleh digunakan kat sini, malah boleh pakai kat mana-mana FF kat luar negara. I suka suasana kat FF especially kat the curve.. semangat! semangat! hahaha

Fitness First pun ada special diskaun for student! 
so don't miss this okay!



8. Mayfair


yang ni i grab from mydeal. 3 sessions of professional customize slimming... tapi mak pegi sekali je dek oi.. azab!!! sakit gile treatment dia.. guna penyedut lemak tu.. phew!! memang aku jerit lah .. peduli ape.. !! sampai amoi tu give up la suruh orang lain handle aku... tu la kasar kebeno!! tapi rasanya pastu adela kesannya juga. hehehe. kalo anda berani dan tahan sakit, silakan... hehehe



9. Paloma Reflexology &Therapy

ini yang paling i akan ingat sampai bile-bile. sebabnya terjadi satu peristiwa dimana pengurut tu menangis teresak-esak sampai kena marah dengan majikan! haiyooo!!!  kesian betul. tu la lain kali nak buat deal ni pun, agak-agakla.. jangan nak tamak sangat sampai terima je semua customer and at last, tak cukup tangan nak handle... yang susah pekerja jugak! tapi ape-apepun, urutan mereka sangat mengasyikkan walaupun agak tersentaplah tengok kejadian itu!



10. Manicure & Pedicure

Yang ini harus + wajib pergi... bukan i je, kamu pun harus pergi ..kebersihan kuku you all!! geli mak mertua nanti tengok kuku bakal menantu penuh dengan tahi-tahi. ERGH!  yang ni takde gambar sebab malas sangat nak amek... but I buat rawatan ni 2x.. kat Sunway Pyramid and kat Seremban.. and untuk kamu yang bakal berkahwin, I sarankan buat dua hari sebelum pakai inai.. kasi kuku tu nampak healthy dan berkilat.. dan ada juga yang buat selepas pakai inai. terpulang! 


dan ada tiga lagi voucher yang tak sempat I guna.. terlalu busy punya pasal. 2 voucher i ter-miss dan satu voucher i kasi kat kawan.. semua gara-gara tak cukup masa nak pergi.. haih!! rugi betul.. (x_X)


Professional Hair Cut + Colouring + Protein Hair Treatment at SOHO Starhill

Face Lymphatic Drainage Lifting Facial + Eye & Neck Mask + Tummy  Guasa Drainage Treatment @ Smart Beauty JJ Bukit Raja Klang
 Anti-Stress Orange Facial + Hydrating Eye Therapy + Anti Stress Orange Neck Therapy + Anti-Stress Scalp Point Massage + Shoulder Massage + Eyebrow Shaping + Foot Bath @ Glow Beauty Sanctuary


Rejuvenating & Aroma Relaxing Treatment Package @ Zen'th Spa

_______________________

and I enjoy every treatment yang I pergi. takdela mengharap nak cantik sekelip mata.. I know, pergi sekali takkan terus jadi. but pengalaman tu sangat berharga di setiap tempat yang I pergi dan I suka grab every deals yang ada. kalau tengok, kebanyakan yang I pergi ni tak sampai RM60... very cheap kan? for B2b kat luar sana, rajin-rajinla godek internet! tak payah spend beribu-ribu.. sekarang macam-macam ada, mydeal lah, grouponla, milkadeal la, dealmates la.. yang penting kena rajin!

rajin google, rajin pergi

rawatan kecantikan diri sebelum kahwin adalah sangat penting. bukan sahaja untuk mencantikkan wajah dan kulit tetapi juga untuk menaikkan seri, semangat, hilangkan stress dan memberi keyakinan kepada bakal raja sehari. TRUST ME!

"Kerana Diriku Begitu Berharga!"