hello peeps.
Lama juga blog ni tak update. Agak busy lately. Alhamdulillah dah habis exam tapi ade lagi kerja yang belum settle kat Shah Alam ni. huhu. Besok dah kena balik Seremban untuk Food Tasting. Yahooooo.. Makan, makan dan makan selagi badan belum cukup gendut. Eh?
Yesterday, kami berdua ke Berjaya Hills Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan, seharian tak tahu nak buat apa. Selain itu, survey tempat for pre wedding sekali. Kami juga sempat melakukan beberapa aktiviti kat sini. Berjaya Hills - KL takdelah jauh. Dari tol Gombak lebih kurang 1jam 30 minit bergantung pada kelajuan.
good morning
First of all, kami ke Japanese Village dahulu. Menjadi tumpuan orang yang datang ke sini, rata-rata ambil gambar dan menyewa costume jepun. Prop cantik for pre wedding, malangnya sewaan baju terlalu mahal, tak sepadan dengan jangka masa yang diberikan. MASA TERLALU SINGKAT!
kena berjalan ke atas, untuk ke Japanese Village
kat sini ada Rumah Teh Jepun .. tapi kami tak pergi pun, sebab tak cukup masa.
JAPANESE VILLAGE
dan kami tak melepaskan peluang untuk memakai costume jepun ...
Harga :
sewa costume: rm20/10minutes/1 kimono
sumpah diorang mata duitan
tak sampai 10 minutes dah panggil
suh pulangkan balik kimono ni!
dari Japanese Village kami ke tempat kuda ...
tempat : Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang
harga : rm100/hour/kuda
kami dapat ole-ole dari mereka. Hahaha.
duit bangladesh ... thank you!
dari tempat kuda, kami ke Rabbit Park.
Harga :
tiket masuk : rm3/pax
makanan : rm3/2packet
Kat sini ada taman haiwan. Kira mini zoo untuk haiwan peliharaan. Tapi macam tak bermaya je binatang-binatang dia. hahaha. So, tak sarankan anda pergi. Kalau nak merasa, pergilah.
______________________________
selain tu, ade botanical garden, spa, dan lln lagi..
tapi tak pegi sebab tak berminat
kalo anda gila spa bolehlah pegi
gila bunga pon boleh pegi
ahhhhh semua lah boleh pegi
oh boleh buat team building la kat sini
tapi minimum 10 person!
kalo sorang dua takkan dilayan
p/s : Saya sarankan kalau anda nak pergi Berjaya Hills ni, pergilah seawal pagi. Lepas menunggang kuda bolehlah singgah Japanese Village, Rabbit Park dan lunch di Colmar Tropicale sambil menghirup udara segar sebelum pulang ke KL. Tak jauh pun dari KL ke Bukit Tinggi. Lebih kurang 3 jam dari Tol Gombak . Bergantung pada cara pemanduan anda. SELAMAT BERCUTI!