21 March 2011

PENTINGKAH MAJLIS BERINAI?

kawan-kawan kita nak tanya satu soalan...

Pentingkah malam berinai?
dan seberapa ramaikah di antara anda berhajat nak tukar-tukar
persalinan macam yang selalunya orang buat pada malam berinai?
HELP!!!

credit to: BUDIEY.COM

Ikut kata orang dulu-dulu majlis ini diadakan secara berperingkat...

antaranya adalah :

- berinai curi
diadakan 3 malam sebelum hari
langsung untuk saudara
mara terdekat sahaja!

-berinai kecil
diadakan 2 malam sebelum
hari langsung untuk saudara-mara,
jiran tetangga dan sahabat handai.

- berinai besar
diadakan satu malam sebelum
hari langsung untuk para
jemputan khas daripada pihak
lelaki dan perempuan. biasanya
dilakukan selepas upacara akad nikah

tetapiiiiiiiii

* bagi berinai curi & kecil, pihak lelaki tidak diundang dan tidak seharusnya datang berbanding dengan malam berinai besar...

Dipercayai tujuan majlis berinai ini adalah untuk kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin, kerana inai seringkali dianggap sebagai "BERKAT" iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Kedua-dua bakal pengantin dianggap wangi dan berdarah manis.

Jadi persoalannya, haruskah malam berinaini diadakan??? Bagi kita majlis ni adalah sebagai salah satu cara menambahkan seri pengantin dan ke-EXCITED-kan pengantin terhadap majlisnya serta dapat menambahkan memori-memori manis sepanjang majlis berlangsung. 

anda pula bagaimana?
nak ke buat? berapa pasang?
bagaimana??

ARHHHHHHH TIDAKKKKKKKKKKKKK!!!