6 February 2011

IDEA-IDEA MENARIK UNTUK DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN

Hari bahagia semakin hampir? Masih buntu tentang wedding favors/gifts yang ingin diberikan kepada tetamu yang hadir? Hurm. Tak usah pening kepala lagi. Mari kita sama-sama cari jalan penyelesaian apa doorgift yang boleh kita kasi kat tetamu untuk majlis perkahwinan nanti. 

cake


p/s : variety of cakes, dipotong dan disusun kemas dalam kotak..

CD


p/s : jika anda seorang yang sentimental atau gemarkan hiburan, apa salahnya, jika membuat sesuatu yang creative. buat satu cd, dan muatkan lagu2 yang berunsurkan cinta yang popular. Jangan lupa design sekali muka cd tu..

Fridge Magnet

p/s: abadikan gambar anda & pasangan di magnet...

Macarons


p/s: sesuatu yang baru di malaysia, tetapi awas ya, tidak semua orang suka dengan kemanisannya.

Barangan Kraftangan


p/s: anda sukakan sesuatu yang tradisional? Berilah barangan kraftangan seperti kipas, bakul n lln, tetapi haruslah kena pada gayanya. silap haribulan ia menyusahkan tetamu yang mungkin terpaksa mengangkutnya dari satu tempat ke satu tempat..

Jam


p/s : rasanya di Malaysia, masih belum ada yang berani nak kasi.. (erkk, rasanyalah).. apa salahnya jika anda menjadi orang yang pertama? jangan lupa hiaskan dengan lawa bagi memukau hati tetamu yang hadir

Candy Floss


p/s : sudah mula mengganas kembali di meja-meja candy buffet, dan anda juga boleh kasi kepada tetamu anda..


Mint Candy


p/s : melihat di pembuat2 gifts ni, benda ni masih baru..
tidak dapat dipastikan ia dah popular ke tidak.. erkkk..

candle


p/s : sekarang ni macam2 bentuk yang boleh didapati kat luar sana. pilih sahaja yang berkenan!

Buah-buahan
p/s : seperti di atas, adalah apple bersalut coklat dan nuts... saya ada menjumpai beberapa vendor yang boleh buat gifts seperti ini. antara yang boleh kita kasi adalah, strawberry dan lain-lain lagi...senang! semua pasti menggemarinya dan 100% berkhasiat...

Meringue

p/s : nice!!! tapi susah nak dapat kat Malaysia ni

Sugar Cookies


p/s : harus disesuaikan dengan tema.

Selipar

p/s: mungkin nampak cam pelik, tetapi di luar, ada di antara mereka kasi selipar as a wedding gift, mungkin anda boleh menghiaskan selipar ini mengikut creativity anda...

Popcorn

p/s: urmmm.. sesuatu yang unik...

Stick Candy

p/s: candy seperti di atas, boleh kasi kat budak2... nampak simple tetapi menarik...pasti digemari si kaki gula-gula

Cupcakes/ Muffins

p/s: jangan hanya nampak cantik, tetapi isinya masyallah.. tak sedap.

Coaster

p/s: mungkin anda boleh mencetak gambar anda dan pasangan anda, kemudian di- ribbon dengan kemas...


Chocolate


p/s : antara gift yang terhangat! anda boleh memilih samada mahu memberi seperti gambar di atas dan diwrapped mengikut citarasa anda, dan anda juga boleh memilih coklat oreo, coklat bulat, coklat stick dan macam-macam jenis coklat yang boleh ditempah di mana-mana pembuat coklat.. asalkan sedap! siapa yang tak suka coklat???

Apa sahaja yang anda nak kasi, fikirlah dahulu, apa kegunaannya, sebagai BRIDE-TO-BE, saya sarankan anda memberikan sesuatu yang boleh dimakan dan dipakai oleh tetamu anda. Kalau bajet tak cukup, tak perlulah dalam satu kotak ada sampai 5-6 benda. Simple but very useful. Ukur baju di badan sendiri. Jangan kerana doorgift anda pening kepala.