30 January 2010

About Me

Hi.

Nama saya Tatie. Saya mula menulis blog sejak tahun 2009, dengan link : whattatiesays.blogspot.com .. Tapi pada masa itu, hanyalah sekadar suka-suka.

Kemudian, pada tahun 2010, saya bina blog  baru (blog yang sekarang ini) dan tiga kali menukar nama, dan akhirnya saya menetapkan Kisah Tatie sebagai nama terakhir blog ini. Kisah Tatie lebih simple dan senang nak sebut berbanding nama-nama terdahulu.

Hobi saya adalah melancong dan 80% kisah di blog ini mengisahkan perjalanan saya sebagai pengembara. Saya mula travel solo selepas SPM, namun telah dididik oleh arwah abah sejak kecil lagi. Saya semakin kerap melancong selepas kahwin. Tambahan lagi suami bekerja sebagai juruterbang, ia memudahkan saya untuk ke mana-mana dengan ikut dia pergi bekerja. ✌😎

Terimalah coretan perjalanan saya sebagai pengembara. Diharap info dan ilmu saya share ini dapat anda gunakan dengan sebaiknya. Mengembaralah selagi masih ada kudrat, sesungguhnya bumi Allah itu luas.


Tatie,
Surirumah sepenuh masa & Pengembara di Bumi Allah

Note

Hi semua ...

Selamat Berkenalan. Sudi-sudi follow saya di blog. InshaAllah saya akan follow anda semula. 😁

25 January 2010

FEATURED IN MEDIA

Terima kasih followers and readers kerana sudi singgah dan baca blog Kisah Tatie. Tanpa anda siapalah saya. Mungkin tiada makna bagi blog Kisah Tatie. Bermula dengan blog 'whattatiesays.blogspot.com' pada tahun 2009 sehinggalah ke 'kisahtatie.com'. Tahun demi tahun berlalu, Alhamdulillah blog ini masih 'hidup'. Yeah!

Ini adalah antara pencapaian blog Kisah Tatie. Terima kasih Nuffnang, mainstream media dan lain-lain. Banyak lagi yang saya perlu asah, banyak lagi ilmu yang perlu saya 'cedok' dan terima kasih kepada lecturer di Fakulti Komunikasi UITM  khususnya, yang banyak membantu saya dalam mendalami ilmu penulisan, media, marketing, advertising, pr dan lain-lain. Sedikit sebanyak membantu dalam berblogging. Thank you so much! 

And also to my friends, family and Hazrul. Terima kasih.

ACHIEVEMENTS :

Belog Paling Gempak by Nuffnang
blogger pilihan Intrend 
blogger pilihan Utusan Malaysia
NN Feature Friday 23 May 2014 (Nuffnang)
Rancangan Safiyya TV9 (Travel Blogger)

Menulis Untuk Ruangan Cuti-Cuti Bajet (.COM)

 my 1st article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 2nd article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 3rd article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 4th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 5th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 6th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet

FEATURED IN :

food review @ Kosmo!
honeymoon trip @ Pesona Pengantin
gadget @ Kosmo!
wedding ceremony @ Majalah Perempuan
Trip with YB Sekinchan @ Media Hiburan 
Travellers Magazine *chinese*
Pertandingan Masak Sesama Media @ Majalah Aroma
Sahabat Media CC1M @ Majalah Santai Travel

AS SEEN IN TELEVISION

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3

Berita Nasional TV1

Galeri Nasional RTM TV1

20 January 2010

NEW YEAR REWARD

Just bought a blackberry for myself! yipeeee!! good my my old handphone N97 ... 

jeng.. jeng.. jeng....
taraaaa. My new baby, BB Bold 9700
btw, i'm still using the old one. so, i have 2 numbers now!

add me @ BBM,   21A270AE

17 January 2010

TERHANGAT

TREND PADA MASA KINI ...

Biker Jeans
ini actually trend musim summer aritu, tapi masih lagi fresh di butik2.
Ruffle Skirt
seriously aku adore ngan skirt2 gini. nampak sangat comel. fashion ruffle ini tidak hanya pd skirt ia jugak pd dress.. sesuai bagi anda yang mahu kelihatan sweet.
headband
headband yg mempunyai corsage yg besar2 kini menjadi trend dan hangat di kedai2 seperti accessorize, diva, claire's dan forever 21

Floral Print
gaya-gaya seperti vintage dress kembali hangat musim ini, bukan sahaja pd dress, ia juga turut menghangatkan pd tops, kemeja, cardigan dan tidak ketinggalan, legging. (MUNGKIN ADA KAITAN DGN MUSIM BUNGA YG AKAN MENJELMA TAK LAME LG)

Phyton Print Harems

Celana Harems sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, namun, corak-corak seperti kulit ular kini menjadi kegilaan para penggiat fashion. (EHEMM mungkin ini akan menjadi satu bad news bagi mereka pencinta haiwan)

Bracelet Set
3 in 1 - Bangle, Bead and Cuff, kini mendapat sambutan dr orang ramai khususnya mereka yg gemar memakai accessories. Pengalaman saya di UK, menyaksikan accessories ini antara toplist yg dibeli oleh si kaki shopping


Studded
Ingin tampil ganas? Fashion studded ini sudah menjadi sinonim dan bukan lagi perkara baru dlm industri fashion. Tetapi pd musim ini, kelihatan fashion ini mula menyerang si kaki fashion. Tidak hanya pd kasuy, fashiom studded ini juga hangat pd jacket, denim dll.
Lace Dress/Shirt/ Blouse
Nampak old? usah khuatir kerana jika sekiranya anda bijak berfashion, mengenakan pakaian jenis ini tak menjadi masalah buat anda.
Worker Boots
Serasi dengan gaya women to men, worker boots ini kembali memanaskan industri fashion. Keluarkan kembali boots2 seperti Dr Martin untuk dipakai semula.

selain itu, koleksi2 jeggings, polkadots, striped juga antara yang terhangat di butik2 di sekitar Oxford Street.


salam dari London,
Tatie

ASIARI SACC MALL

Semua orang suka makan kat dunia ni, tiada siapa yang tidak suka makan. Even orang tu berdiet secara gila sekalipun, dia mesti makan juga. Me too! I'm so addicted with food! Pantang je bau makanan, mulalah tak tentu arah.

Ehhh, tak takut gemuk ke? kalo kita dibayangi dengan perasaan macam tu memangla kita tak enjoy makan. So, kawan-kawan, just ignore soalan tu. Makanan tak menggemukkan, lepas makan, pergi la jalan2, kalo lepas makan tido, memangla gemuk. betul tak?

So, tengah hari tadi aku pegi membaham makanan di SACC Mall Shah Alam. Membaham? Yaaa, setelah sebulan lebih tak pergi jalan-jalan cari makan, dan aku makan dengan rakusnya di sebuah restoran di situ.

Tiba di situ, wahh banyak sekali perubahan. Tiada lagi butik baju di situ, diganti dengan sebuah kedai baju untuk mereka bersaiz XXL dan macam2 lagi. Ternyata dalam masa sebulan lebih, macam2 boleh berubah kan? (ade kaitan ke??) So, sampai je SACC, terus ke restoran ASIARI yang terletak di luar berhadapan dengan Secret Recipe. Tanpa dialu-alukan, kami terus mencari port makan yang sesuai untuk membaham makanan ni.

Biar aku cerita dulu camane aku boleh suke restoran ni. Ceritanya bermula masa start semester lepas. Kaki dan perut giat mencari dan menjelajah semua restoran yg ade di Shah Alam ni. Dari seksyen 1 hinggalah ke Seksyen berpuluh-puluh. So, restoran Asiari ni antara salah satu restoran yang terpilih la ni.

Dengan environment yang sangat best, lantai dan mejanya yang bersih, duduk di bawah limpahan cahaya lampu yang romantik, dan paling penting makanannya yg sedap, sampai sekarang restoran ni menjadi antara salah satu restoran yg wajib pergi bila datang ke Shah Alam ni. Harganya? boleh tahan, bersesuaian dengan keadaan dan makanan yg dihidangkan di kedai tu. Banyak pilihan dan makanannya juga sedap!

Berbalik pd cerita tadi, memang balik dari London hari tu, aku ngidam nak makan kat situ. Alang-alang dah berada di Shah Alam, apa salahnya ke situ kan? YUMMY. Satu nasi, 4 jenis lauk, banyak pulak tu. Penangan restoran ni. Da makan, ape lagi, berjalan-jalan di SACC ni. Macam-macam ADAAAAA.


(gambar ni hasil dr google)
Nama : The Asiari Restaurant
Tempat : SACC MALL Shah Alam (ground flour)


makanan kami
urm.. sedap!
lihat dia makan, sampai tak hiraukan orang sekeliling

gambar di atas ni tiada kaitan, cuma tribute to sunglasses yg aku pakai ni
dia telah menemui ajal mase tengah makan tadi
sedih sangat!!!!

.terima kasih.

16 January 2010

KL INFO

helllloooooooooooooooo, morning. happy weekend semua! siapa tak suka weekend kan? sebab weekend BESTTTT!!! Boleh jumpa kawan, dating, tengok wayang, pergi makan-makan, spend time ngan family, short trip dan banyak lagi.

tadi mase jalan-jalan kat google, i terjumpa satu website ni. AMAZING! Lengkap dan padat!  semua info pasal Kuala Lumpur ada kat laman web ini.

click:

siapa yang tengah merancang nak pergi KL tu, bolehlah view laman web ini.

Have FUN!

13 January 2010

Sesi Pengenalan Diri

time kasey kerana sudi menjenguk ke belog ini. Maapla eh, keadaan belog ini semuanya serba baru seperti baru pindah rumah. perabot-perabot masih di rumah lama dan dalam proses pemindahan.


APA???? TIDAK PAHAM???


okay, okay. belog ini sahaja yang baru. tetapi tuannya bukanlah baru dalam dunia belog ni. baru sahaja berpindah dari kediaman lama : http://whattatiesays.blogspot.com/ kerana dia rase rumah lamanya itu terlampau bosan dan memerlukan sesuatu yang baru dan fresh. ahaaa... ape ingat barang je ke nak kene tukar? ^___^


Jadi, diharapkan di rumah baru ini, akan lagi ceria dan banyak cerita berbanding dengan rumah lama. taun baru mestilah cerita baru. kan? gosip baru, ehhh jangan tak baik. tu dikira ngumpat. ish2...