Latest Posts

Semua orang tahu Bali best. Tapi ramai juga yang terpaksa lupakan hasrat untuk ke Bali dek kerana kekangan duit. Well, jangan sedih. Kalau aku bagitahu satu rahsia ni, mohon sesenyap je tau!!! Hehehehe. Pssss, kat Penang kannnn ..... ada resort seperti berada kat Bali. Betul tak tipu.

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA????!!!

Atau namanya Lost Paradise Resort Penang


Lost Paradise Resort ni lebih kurang resort persendirian yang dimiliki seorang doktor. Walaupun ala-ala private resort, diorang berdaftar dengan Tourism Malaysia. Resort ni bertaraf empat bintang. Harganya masih mampu nginap. Jangan risau. Yang penting, resort ni bakal buat korang teruja sampai taknak balik. Hahaha.


Dari tepi jalan kat atas nampak seperti biasa. Korang kena turun ke bawah untuk melihat sesuatu yang WOW. Tak kisahlah jalan kaki atau naik kereta. Jalan kaki ada tempat parking. Hiks! Lokasi Lost Paradise Resort ni kat Batu Feringgi Penang.

 

Kebanyakan perabot dan perhiasan di resort ini diimport khas dari beberapa negara seperti India, Indonesia (Bali) dan lain-lain lagi. Just imagine berapa kos pembinaan resort ini. Pemilik resort ni suka mengembara dan seorang yang sangat penyayang.

Maka, jangan terkejutlah kalau korang ternampak sekolah kanak-kanak kat sini. Sekolah ni diwujudkan khas untuk kanak-kanak yang hidap autisme. Kalau pelancong mat salleh, diorang siap spend time dengan kanak-kanak ni. Korang pun boleh kalau sudi.

Berada kat Lost Paradise Resort ni seolah-olah berada di rumah sendiri. Tuan empunya resort ni sangat peramah, sesekali jalan-jalan sekitar resort ni bagi beramah mesra dengan pengunjung. Secara keseluruhan, resort ni diusahakan oleh keluarga doktor tu. Boleh dikatakan semuanya diorang buat.

Aku nak korang layan gambar-gambar yang aku snap masa kat Lost Paradise Resort Penang ni dulu, nanti last sekali, aku sambung cerita okay?? Hehehe. 


Cantikkan?? Memang unik gila. 60% daripada apa kat sini adalah diimport khas dari luar negara bagi menyemarakkan lagi suasana seolah-olah berada kat Bali. Kat sini juga terdapat beberapa pakej khas yang boleh korang grab. Seperti pergi air terjun, pulau dan lain-lain lagi. Takdelah bosan sangat kan?

Lost Paradise Resort ni menghadap laut. Petang-petang bolehlah melihat matahari terbit. Hehehe.

Ingat Bali, ingat Lost Paradise Resort. :)

Meskipun aku duduk nogori, tapi ni first time aku tengok persembahan abam-abam sado tentera. Oh by the way, ini adalah acara tahunan kat Port Dickson. Korang tahu kan, Port Dickson dikenali sebagai bandar tentera darat. (fuh, tetiba rasa selamat duduk nogori.. kahkah).



Hari Tentera Darat tahun ni berlangsung dengan begitu semangat sekali kat Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson.



Tema kali ni, memperingati tragedi pencerobohan di Lahad Datu. Sebak pula aku mengenangkan jasa diorang ni mempertahankan negara semasa insiden pencerobohan tu. Bukan semudah ABC. Demi nak menyelamatkan tebusan-tebusan kat Lahad Datu, mereka ni sanggup berkorban dan amek risiko. Fuhh!!! Mekasih abam-abam tentera kerana mempertahankan negara Malaysia.


Selain persembahan demo, kat sini juga ada booth-booth jualan dan of courselah, paling best dapat makan FREE. Woahhh!!! Berebut-rebutlah orang beratur. Hahaha.


Belum terlambat aku nak wish, Selamat Hari Tentera Darat kepada abam-abam sado yang baca blog Kisah Tatie ni. Hikss, kalau adalah. :)

I'm speechless .... ketika mereka announcedkan group 14 sebagai pemenang. Alhamdulillah, syukur. Memula rasa tipis harapan nak menang. Sebab mati-mati aku ingat group Bro Framestone yang menang sebab diorang cepat gila keluar masa kat bilik Escape.

Tapi biasalah, rezeki tak terjangka. Alhamdulillah. Kami bertiga je - aku, Firdaus dan Miera Nadhirah. Tapi jujurnya, antara kami bertiga di Firdaus atau Freddy nilah paling genius. Escape Room memerlukan team work yang kuat dan padu. Tengsss korang! Hahaha.

Halamak!! Laaaa, mesti korang pelik. Apahal Escape Room? Lari dari tajuk ke? Tajuk menang tiket pergi Cebu tapi intro pasal Escape. Kuikuikui. 

Actually, Sabtu lepas Airasia Blogger Community atau AABC telah menganjurkan event Unlock The Fun @ #AABCHangout yang berlangsung di Escape Room Berjaya Times Square. Ramai ler yang join. Ben Ashaari, Bro Framestone, Nisa Kay dan lain-lain lagi. 

Bekalan Dari Airasi Sebelum Jamuan Ringan
Siapa Paling Creative Dia Menang Tiket Ke Hong Kong .. Too Bad Aku Kalah

Total semuanya 80 orang. 80 orang ni yang berdaftar di bawah Airasia Blogger Community. Meriah gila uolsss.. Escape Room ni diconquer oleh Airasia je pada hari tu. So, bolehlah feeling-feeling seperti bapak aku yang punya. Kuikui.


Semua Dah Tak Sabar Nak Mulakan Cabaran

Kalau korang nak tahu, Airasia Blogger Community sangat aktif. Macam-macam event diorang anjurkan. Yang aku pergi Bohol dan Manila tahun lepas tu under AABC la. Tapi kitorang takdelah travel sekali harung 80 orang. Turn by turn. Insyallah.


PR, Daphne Cheah Ui Jen

Unlock The Fun @ #AABCHangout ni bukan je setakat main dalam Escape Room, tetapi juga ada beberapa game lain seperti tarik tali, cari kunci dan melukis. Diorang kata group 14 dapat banyak point kat game tu. Hiks. Aku rasa kalau takde game tu, mahu group aku kalah. 

Exercise Ramai-Ramai Dulu
Blindfold 

Kena Cari Kunci Dan Buka Tabung Ini

Cabaran Melukis
(orang depan bagi gambar, peserta no 1 melukis, pass kat orang kedua, then ketiga kena teka)

Cabaran Tarik Tali

Group Photo Sebelum Memulaka Cabaran Escape Room

Eh, bukan tu je. Terdapat 3 kumpulan layak ke final. Masa ni jantung kami bertiga macam mahu pecah. Mana taknya, ingatkan kalah. Hahaha. Cabaran terakhir ni, siapa selesaikan masalah teka teki dengan cepat, dialah champion untuk event ni. Soalan tu bapak gila susah. Hahaha. Nasiblah si Miera ni pantas. Alhamdulillah, group kami menang. Yahoooooo!!!

Bergambar Kenangan Selepas Menang

Thank You Airasia, Airbus & Escape Room

Kata-kata Dari Aziz Laikar

Beratur Untuk Goodie Bag

The Airasia Communication Team

Hadiah Yang Aku Menang ...!!! Thank You Airasia

Dalam Goodies Bag Semua ...

Cantiknya Baju Ni. Suka Sangat!!!

Courtesy Of Khai Azfar's Go Pro
Courtesy Of Fairuz Majid's Camera

Kalau korang nak tahu, T-shirt merah ala-ala uniform stewardess Airasia tu bukanlah sebarang T-shirt. Ada maksud tersirat dan tersurat. Cewah!! Itu adalah t-shirt Airasia MAKNA 'A Meaning To Life Campaign'.

Airasia dengan kerjasama MAKNA (National Cancer Council of Malaysia) akan melancarkan fun raising campaign untuk mengumpul dana untuk support aktiviti-aktiviti MAKNA dalam meningkatkan kesedaran mengenai kanser kepada orang ramai dan memberi bantuan kepada pesakit kanser kat Malaysia ni.

T-shirt Airasia MAKNA ni akan dijual di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dan segala keuntungan akan disalurkan kat MAKNA. Haaa, bagus ni beli dan pakai sambil beramal. Kalau si jejaka pula, t-shirt ala-ala pilot. Both nice!! Aku nak dua-dua please!! Hahaha.

Kempen 'A Meaning To Life Campaign' ni berlangsung dari April hingga June 2015. Jom beli t-shirt ni. Kain dia sangat berkualiti tinggi. :)

Thank you so much Airasia, Airbus dan Escape Room. Syok gila event ni!!! :)



American Airliner Plane