Latest Posts

Untuk kali keempat (termasuk Ruangan Blogger Pilihan), empunya blog Kisah Tatie mencelah lagi kat suratkhabar Utusan Malaysia. Alhamdulillah. Terima kasih Utusan Malaysia. Nak tengok yang lain-lain, click SINI

Lampiran Cuti-Cuti Bajet ini adalah di Ruangan .COM dan ia sebagai rujukan bagi Kaki-Kaki Travel di luar sana untuk bercuti secara sederhana. Haaaa, jadi saya berkongsi pengalaman setakat mana yang saya tahu. Setakat ni, article-article saya yang dah disiarkan di Cuti-Cuti Bajet adalah Kuching, Cameron Highlands dan terbaru Kampung Sungai Melayu Johor Bahru.

Article lengkap 'Syoknya Bercuti di Kampung Nelayan'

Terima Kasih Utusan Malaysia

Siapa kata blogger hanya menaip di BLOG mereka sendiri? Jika ada usaha pasti berjaya. Cewah! Hahaha. Selain itu, anda juga berpeluang menjadi contributor di Virtual Malaysia (link) dan Destination Malaysia (link). Sambil menulis di blog, sambil buat duit. Tak mahu ke?

Nak tahu cara macam mana nak buat duit melalui blog selain dari iklan, boleh baca blog Abang Hasrul di http://www.hasrulhassan.com/Dia ada bagi sedikit tips. Ehhh, bukan melalui jualan MLM ke apa ke, NO, NO AND NO. Tetapi melalui pengalaman anda sebagai traveller. Menarikkan? Jom berubah!

Blogger sekarang semakin mendapat perhatian. Selain dari periklanan di blog, blogger juga boleh sumbangkan article, menghadiri event, product review, menjadi tetamu jemputan bagi talk dan banyak lagi. Kuasa blogger semakin berkembang. Tapi janganlah pulak disalahgunakan. Kita tulis secara jujur dan ikhlas. OK?

Periklanan di blog juga semakin penting, sebab apa yang ditulis di blog akan lebih cepat tersebar dalam satu tempoh yang lama (melainkan blogger itu delete entrynya). Sekarangkan zaman IT, semuanya di hujung jari. Just google dan keluarlah apa yang anda cari. Mudah dan cepat. Jadi fahamkan kenapa perlu bayar blogger? Tak faham lagi, sila rujuk blog Ahmad Faisal, click SINI atau blog Abang Hasrul, click SINI =)

Terima kasih readers dan semua yang terlibat
Teruskan membaca kisahtatiedotcom.

Untuk cerita lengkap tentang Kampung Sungai Melayu Johor Bahru boleh click SINI .
Mencari hotel yang best di Port Dickson, Negeri Sembilan? Nahhhh, saya cadangkan PNB Ilham Resort. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura negatif mengenai PNB Ilham yang konon-konon berhantu lah, apalah, tapi semuanya meleset sekali apabila kami 'Sahabat Media' berkunjung ke sini baru-baru ini.

Trip selama satu malam ini adalah anjuran Sahabat Media sehari selepas trip ke Putrajaya Lake Cruise. Boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya, balik dan packing. Haha. Nasib sempat sampai dengan selamatnya walaupun saya sampai lewat dek kerana petang tu terdapat beberapa tugasan kena uruskan. 

PNB Ilham  Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) dan berhadapan dengan Selat Melaka. Kawasannya agak terpencil ke dalam, namun jika anda sukakan privasi, this is the best place you should go.

PNB Ilham Resort ini juga sering dijadikan pilihan company-company besar sebagai lokasi team building. Yang ni nanti saya cerita kemudian k? Mengenai bilik pula, sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel yang disediakan buat anda semua. Selesa, besar dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik air, aircond, peti ais, tv, alat pengering rambut dan lain-lain lagi.

Suasana tenang di PNB Ilham

Dan, oleh kerana saya lambat sampai, saya ter-miss beberapa aktiviti seperti abseiling, repelling, aktiviti-aktiviti pantai dan lain-lain lagi. Huuuu, sedih. :(

Antara aktiviti yang saya miss, abseiling

Selain itu, kat sini juga terdapat kemudahan lain seperti gymnasium, kolam renang,  snooker, BBQ hut, squash, board games, fussball, dam aji, dewan, gelanggang tenis, tower, dan banyak lagi. Memang terbaiklah jika dijadikan sebagai destinasi pilihan keluarga. 

Hala tuju anda?

Pemandangan dari tingkat atas

Cuba teka mana satu bilik kami

Jujurnya, saya lebih tertarik dengan landskap kolam renang di PNB Ilham Resort ini. Bersih dan siap ada pool bar lagi. Jadi sambil berenang, kalau haus bolehlah beli minuman. Hehehe. Kedudukan kolam renang ini juga berdekatan dengan pintu keluar untuk ke pantai. 

Kolam dewasa dan kolam kanak-kanak

Pool bar

Toilet

Landskap

Gymnasium

Sekarang mari tengok bilik kami ...

Saya bersyukur kerana bilik saya terletak di level yang sama dengan kolam renang, dalam erti kata lain, Pool View. Senang! Kalau malas nak mandi, lari-lari terjun ke kolam tu. OPS! Hahaha. 1011, mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dining table, balcony, 3 toilet dan tempat iron baju. 

1011 & free newspaper

p/s : Saya tunjuk bilik saya je lah yeee =P

attached dengan bilik mandi dan tempat persalinan 

by PNB Ilham Resort
katil superior


ruang tamu


meja mengosok


meja makan


eh, radio pun ada?


coffee anyone? =p

Walaupun menginap satu malam, tapi kami sempatlah explore apa yang menarik kat PNB Ilham Resort ni. Saya dapat tahu terdapat tempat snorkeling kat Pantai Tanjung Biru Port Dickson. Tak percaya bolehlah refer kat entry yang dibuat oleh rakan blogger lain, Jocko (link) dan Hazim (link). Pssst, saya pun baru tahu. Haha.

Serambi Coffee House

Selain pool bar, Serambi Coffee House juga  sering menjadi perhatian. Ini kerana seni binanya diolah dari gabungan Melaka dan Negeri Sembilan. Lagi best, chef sudi buat  masak Rendang Burung Puyuh di hadapan Sahabat Media semua. Sambil menyelam, sambil minum air. Thank you chef. Raya ni confirm saya buat! Haha.




live dari Chef


Rendang Burung Puyuh


Sahabat Media

No, No, bukan saya punyeee =P

Lepas makan, KITA  pergi jungle trekking!!




Urm..


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Bayaran masuk RM1/seorang


Setiap tahun, tempat ni menjadi tumpuan bagi aktiviti Raptor Watch


Jungle Trekking


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Perigi Belanda


Pulau Masjid katanya


Beki, Me, Miza dan Qaseh


Rehat sekejap di sini


Musim Spring di PD


Dipercayai tapak kaki hang tuah


Kami dah sampai


Haihh, ada juga orang buat perkara syirik kat sini


Rumah Api Tanjung Tuan


Gazebo


Barulah nampak kebiruan laut PD

Ingatkan dah habis, bolehlah balik bilik. Rupa-rupanya tak habis lagi. Lepas jungle trekking, kami diarahkan ke Team Building Zone untuk aktiviti Rope Course. Alahai... siapa gayat habislah. Haha. Tapi satu pengalaman yang best yang tak rugi kalau cuba.




Team Building






Bergambar kenangan sebelum memulakan cabaran

Suasana PNB Ilham di waktu malam

Terima kasih Santai Travel, Sahabat Media, Tourism dan PNB Ilham Resort.

JOM BERCUTI DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN SEKARANG

PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru,
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook 

Website

Terima Kasih Qaseh dan Hamizah kerana sudi share beberapa gambar 
American Airliner Plane