Latest Posts

SUMMER HOLIDAY IN BRIGHTON ENGLAND | Today, i nak bercerita pasal Brighton Beach. apa tu? tetiba Brighton. mana paris? mana Amsterdam? mana Brussel? well, nanti-nantilah. idea dan mood tak muncul lagi. tetiba hari ni, i teringat pantai... scroll my blog, owh tak cerita lagi. 

Pantai boleh tahan famousnya kat England ni. Salah satu sebab, ia paling dekat dengan London. Kalau naik bus, adalah dalam 2-3 jam


For me, kalau ke London just for shopping. Anda adalah manusia paling rugi. sebab masa anda dihabiskan pada shopping je. anda tak explore the whole London. percutian anda hanya cover city sahaja. oh man!! kat KL pun boleh shopping LV, Gucci, Chanel, Topshop, blablabla.. (unless shopping brand yang takde kat KL tu kira okaylah) .. kalau murah, ala VAT berapalah sangat! tiket anda ke London jauh lebih mahal tau.. :p

Jadi, kalau ke London, silalah cover tempat-tempat tumpuan pelancong. Such as, Brighton, Harry Potter Studio Watford, Stonehedge, Hampton Court Palace, Kew Garden, Windsor Castle dan banyak lagi. bukan bertumpu pada typical London - oxford st, buckingham palace, harrods blablabla... yang mana sangat MEMBOSANKAN... zzzZZZzzz...



Walaupun, Brighton bukan antara 10 pantai tercantik kat England, tapi Brighton antara yang famous. tanya student malaysia, kau nak pergi beach mana.. mesti 60% dari mereka akan jawab "Brighton".. sebab tu je yang paling dekat dan senang nak pergi. save cost katanya!


Tapi Brighton meriah sebab kat Brighton Pier ada taman tema atas air. kira kalau jatuh roller coaster tu, jatuhla anda dalam air. ha gitu! very meriah especially on weekdays. alhamdulillah masa kami pergi tu, forecast cakap hujan. tapi bila kami sampai.. cuaca panas. so, jangan caya sangat kat forecast london. even, sehari before pergi tu, cuaca turun ke 8 celcius. kahkah.

Okaylah. malas nak bercerita panjang lebar sebab gambar pun terlalu banyak. i repeat, TERLALU BANYAK. eh? hahaha. dah.. jom kita tengok gambar. 

Brighton
East Sussex, England

inilah bas yang I dan Naina naik

HARGA TIKET BAS DARI LONDON TO BRIGHTON
 £10 (RETURN)

p/s: kena sentiasa update dengan bus/train kat europe ni .. 
sebab cara beli tiket sama macam airasia
beli last minit memang mahal.
tulips...
air atas air.. 
clock tower @ brighton city
@ Brighton City
nice to see but NEVER EVER try to jump/swim
mereka? JAKUN dengan matahari
6 months tak hadap cahaya matahari.. beginilah rupanya :p
antara konsert @ Brighton Festival
pantai untuk anjing, diasingkan...

Selain dari pantai, dan theme park kat Brighton Pier, anda juga boleh jalan-jalan sekitar bandar Brighton! Brighton juga terkenal dengan art.. owh ya, ada rumah warna warni ala-ala aussie.. tapi kami tak sempat pergi. sebab masa terlalu suntuk.. sob.sob. next time. ngeeee.

dan secara kebetulan, masa kami pergi tu, Brighton sedang rancak dengan Brighton Summer Festival.. meriah you all!!! so, apa lagi... sila ke sini jika datang London.

Happy Friday and Happy Weekend

lupa pula pasal hotel. kami berdua menginap kat easyhotel.com .. datang time tengah peak, memang gasaklah kena bayar mahal kat hotel. harga memang tak munasabah, kalau kat KL boleh stay kat 4-5 stars hotel. diorang cakap peak time dan memang pun, kalau pergi kat Dam Square sesak dengan lautan manusia dan jangan terkejut kalau anda jumpa ramai melayu.

well, EASYHOTEL AMSTERDAM pun not bad. dekat dengan tram dan dekat dengan restoran halal. ada restoran indonesia berdekatan, tapi tak tahu halal ke tak, sebab kami tak makan kat situ.

sebelum nak ke Amsterdam, agak pening jugaklah nak cari tempat stay. ikut hati nak stay je area Dam Square. tapi memandangkan, masa kat hotel sangat terhad, I have to book hotel yang agak sesuai dengan "short stay" dan tidak terlalu mahal untuk mengelakkan pembaziran di situ.. . paling penting, easy access untuk ke mana-mana. 

setelah tanya orang, inilah pilihan saya... Easyhotel Amsterdam

harga sangat tak munasabah untuk hotel ni

by Booking.com

nak book? click this link : easyhotel



EASYHOTEL AMSTERDAM ni lebih kurang tune hotel. apa sahaja barang nak guna, anda kenalah bayar dan paling sedih, masa kami sampai lift pula rosak. adoi. tak pasal-pasal kena angkut barang dari tingkat satu ke tingkat tiga guna tangga. kesian hubby, dahlah birthday treat for him.. kena pula buli angkat barang.. *pasrah*

turun bawah je Tram.



 bilik dia kecil je. muatlah tiga orang.. yang penting clean.
tempat letak beg disediakan kat bawah katil

tv yang kena bayar kalau nak tengok






locker untuk simpan barang.. don't worry. kat amsterdam central pun ada. macam kami, kami simpan di sana. senang nak gerak. sebab kat easyhotel ni pun 2 malam je, then ke Brussels kemudian balik ke Amsterdam balik sebelum ke Paris. fuh.


that's all. 

American Airliner Plane