Latest Posts

hi ... assalamualaikum.

saje aku separatekan story version 2 dan 3 ni. sebab nak cerita sikit pasal trip hari kelima ni. hehehe. (kasar sikit bahasa hari ni.. mood swing-swing =p)

hari kelima ni kitorang laki bini menghabiskan masa kat Pulau Payar. apa?? Pulau Payar! hahaha. this is my third visit to Pulau Payar. sumpah inilah pulau yang paling kerap aku pergi sebab dia murah!!! hahahaha =p (never been to tioman, pangkor and perhentian! sedih betul!)

Pulau Payar ni for me, dulu jauh lagi best berbanding sekarang. kenapa? haaa ni yang aku nak cerita kat korang ni .... =)

Trip ke Pulau Payar, Langkawi

masa kawan aku, Fisya upload gambar ni.. aku jadi BLUR! 
apa ni? apa? UFO mendarat kat Langkawi ke? hahaha...
serious masa aku pergi (last aku pergi 2008), belum ada lagi benda ni..
tapi tak tahulah kalau aku terlepas pandang ke apa! hahaha

sebelum aku start story pasal Pulau Payar ni, jom flashback balik kenangan last aku pergi sana . Jom!! sebab aku rasa dulu dan sekarang... banyak perbezaannya! hahaha.

DULU, naik jetty sini weh. xde jetty sepanjang2 alam tu dan takde kena naik ape ke benda alah tu.. direct je sampai! senang, cepat dan dekat!
DULU, makanan super sedap! takde nasi goreng yang tawar macam sekarang ni de! ayam goreng 2 ketul, sandwich, nugget dan sosej. SEKARANG?
DULU, sesi kasi makan ikan kat sini je... orang pun boleh kasi makan ikan... siap jual benda makanan untuk ikan lagi. SEKARANG?
DULU, kuantiti pelancong datang kat sini terhad. tapi sekarang macam SARDIN!! ikan sardin pun takut nak datang dekat!
ini dahulu ya!!! tenang je kalau tengok Pulau Payar pada masa ni.. 

sekarang ....

ini makanan yang aku dapat! nasi goreng tawar, mini sosej 2 ketul, keropok yang setengah lemau, kacang goreng, kek pandan ... *jujur aku hampa*
dari boat kena turun naik benda ni, nanti benda ni bawak pergi ke jetty pulau payar! pulak dah!! banyak kerja! berpeluh, berpanas dan kena tunggu turn!
fish feeding dari atas jetty je nyah! aku suspect ada orang kena makan jerung! sebab tu jerung dia besar gila sekarang! hahahahaha.... =p
dalam gambar nampak kecil, hakikatnya, besar dan panjang weh!! 
masa jerung ni muncul, orang yang tengah snorkeling kat laut serta merta naik ke atas.. hahaha. 
ini time lunch sebab tu tak nampak keadaan "sardin" kat pulau ni. haha
masa kami baru sampai.. ececeh. laki sape lah tu =p
pulau payar KINI....

kan aku dah cakap.. dulu dan kini banyak perbezaannya. dulu pulau ni tak dikomersialkan sangat. pelancong-pelancong pun 2-3 kerat je melayu, the rest mat salleh. sekarang, semua jenis bangsa ade. pastu populasi pelancong pun bertambah! aku rasa kalau diorang tak kawal jumlah pelancong yang datang ke sini, boleh mati dan pupus ikan-ikan tu. jagalah macamana sekalipun! 

kitorang spend masa kat sini dari jam 10.30pagi (sampai sini), sehinggalah jam 3.30pm dah bersiap-siap untuk pulang. kalau terhegeh-hegeh nanti kena tinggal! bayaran RM100/seorang termasuk LUNCH, peralatan snorkeling seperti jacket dan mask (sekarang dah tak kasi FINS) 

Tips:
- pakai sunblock
- make sure jangan pergi musim jellyfish
- kalau takut gelap, sila pakai lengan panjang
- bawak makanan spare
- bawak air spare, sebab toilet sini guna air laut!
- tak perlu nak bawak tikar bagai, sebab memang ada seat untuk duduk


DULU.. tak perlu susah-susah cari ikan.. melambak-lambak
KINI.. aku yang kena cari ikan! 


NEXT

sampai je bilik around 5 lebih macam tu, terus ajak Encik H naik basikal Tandem. dah lama aku idam-idamkan nak naik basikal ni. cuma yela, dulu takde geng. everytime pergi bercuti dengan family je, mesti ada halangan. 24 tahun aku tunggu, akhirnya tercapai juga impian! hahaha =p

FYI, Awana Porto Malai ni ada Private Beach yang tersendiri. nak pergi sana kena naik boat yang disediakan. tapi before that, kenalah make sure air pasang. kalau tak, boat tak boleh bergerak! dan kami berdua pada mulanya bercadang nak jejak kaki kat sana. tapi syok sangat main basikal sampai terlupa pasal beach! hahahaha =p

Private jetty Awana Porto Malai untuk ke Beach mereka..
ini kaki saya. ber "stocking" made in Pulau Payar! hahaha =p

dan malam tu, after Maghrib, memang penat sangatlah. nak keluar pun siap main osom siapa yang kena drive! hahaha =p last sekali, dinner kat bawah je. FYI, kat Awana ni banyak cafe... ade bar Eagle Rock, Villa Rossi, Zest, Seagull Coffeehouse dll. 

@zest cafe .. menghadap Pulau Dayang Bunting
 Encik H : apesal u pakai shade ni?
aku : i tolong pakaikan.. kan u sakit mata..
*panggggggggg!!! terjiwangggg pulak!*
best nasi ayam ni!
candle light dinner with husband

seriously Awana Porto Malai memang sangat best!! dan ini malam terakhir kami kat sini. besoknya check out dan move to the last hotel.. waaaaaaaaa... kata encik H, padan muka. dia dah suruh extend hari kat Awana ni. tapi aku gatal sangat nak pindah ke Kuah. bajet macam nak feeling kat bandar kuah. sekali bosan!!  hahaha ='(

kalau uols nak stay Awana, sila booking through Agoda.com ... kat sana lebih murah!! jimat sikit! trylah! berbaloi-baloi!! 

hi assalamualaikum. Happy Monday =)

ini sambung kisah ke Langkawi Ver.1 .. ada ke yang nak baca? hahaha. 

pejam celik-pejam celik dah 4 hari kami berada kat Langkawi dan hari ini kami check out dari Aseania dan check in hotel lain. the reason tukar hotel lain, seperti biasa, mahukan kelainan.. tak mahulah 7 hari berada kat Langkawi, kami asyik menghadap bilik yang sama je. mesti bosan kan?

so, as i said before.. hotel kedua kami kat Langkawi adalah Awana Porto Malai ..(everyone can stay in here, harga pun murah.. tak percaya, pergi Agoda.com sekarang!!) bila stay kat sini, rasa macam berada kat Four Season Resort! kahkahkah. =p 

tapi betul lah! lebih-lebih lagi kalau jalan-jalan kat bahagian belakang APM ni... this hotel sangat sesuai for those yang plan for honeymoon.. sangat cozy, romantik dan terletak di kawasan yang tak sibuk.. very privacy lah!

hari keempat ni, tinggal lah kami berdua balik. sebab Fathi dan Zie balik KL arini. memang tak sempat nak jumpa mereka.. isk isk isk.

Hari Keempat

Hari keempat ni, dimulakan sesi menaiki chartered boat dekat Telaga Harbour Park. Kalau nak tahu, boat yang kami naik ni kepunyaan jutawan dari Arab Saudi. wooohoo.. memang class lah! leather sana sini.. dan boat ni dia parking sebelah boat mewah milik Tan Sri Jojo (pegi google sendiri sape dia) dan belah kanan boat milik bos Syabas... fuh!!! kayanyaaaa.. $_$


lama jugaklah kami spend kat boat ni sambil borak-borak dengan crew kat sini. dapatlah juga info pasal Orang Kaya, boat, gaji (eh?), dan lain-lain.. orang kerja kapal ni kaya jugak eh? GULP!

cukup dengan jalan-jalan atas kapal, kami berdua decide nak balik hotel. get ready untuk besok, sambil-sambil tu jalan-jalan area Awana. hehehe =p

AWANA PORTO MALAI, LANGKAWI


aktiviti petang bersama Encik H :

p/s: apesal ayat aku sejak dua menjak ni macam skema eh? hahahaha =p

.Hi assalamualaikum.

dah bercerita pasal hotel, now mari kita start cerita dengan aktiviti-aktiviti di sana. 
kami bertolak dari kedah, jam 3pm .. after Fathi's wedding, terus shoot p Kuala Kedah. Dengar cerita, seminggu sebelum kami pergi tu, belah Utara dilanda ribut teruk!
 RM23 / one way
stranded kat jetty almost 2 hours! mujur ada tiket lagi... 
ramai sangat orang nak pergi langkawi! hahaha. kami naik last ferry, sebab ferry jam 5 & 6 full! full dengan budak2 sekolah, full dengan warga langkawi dan pulang bercuti...
sampai sana terus sewa kereta. kami deal hari tu juga. dapat rm55/day for myvi. okaylah tu kan.. kata fathi, ada yang lagi murah lagi! gulp!

so first day tu dari 9hb sampai 12hb kami menginap di Aseania. why aseania, sebab dia dekat dengan town Pantai Cenang, senang nak makan, senang nak p pantai, senang lah aku cakap! haha. syok duduk area cenang ni. semua ada! 

 hari pertama kami tak buat apa-apa aktiviti. sampai pun dah lewat.. 
lagipun penat dengan perjalanan Penang-Jitra-K.Kedah-Langkawi

continue dengan hari kedua...

Hari Kedua

hari kedua ni, tak banyak aktiviti.. just pusing satu Langkawi dengan kereta. Encik H tunjuk semua tempat-tempat dia masa dia kat study sini dulu. (study?) haha. so, kira 2nd day ni kami dah tawan satu Langkawi. Dari Cenang ke Datai, Datai ke Tanjung Rhu, kemudian ke Telaga Harbour dan semua lah... Langkawi ni kecik je!

Koh Tarutao, Thailand dari Pantai Tengkorak!

kalau korang nak mandi-manda, Pantai Tengkorak antara yang bersih dan lagi bersih dari Pantai Cenang. Tapi must be extra careful, banyak sangat cik M kat sini. =p

yahooooo...

dari Pantai Tengkorak kami ke Tanjung Rhu... Lunch kat sini memang best! bawah pondok berhadapan dengan laut! actually kami ke sini untuk survey boat ke Kilim Mangrove. tapi gamaknya, jika anda berminat nak pergi Pulau Payar ke, Island Hopping ke, Kilim Mangrove ke, silalah beli luar dari Langkawi. kat sini mahal! 


and malam tu lunch dekat Nelayan Seafood otw to Kuah lalu Bukit Malut with Fathi and Zie.. Secara kebetulan mereka pun kat Langkawi, so roger them sekali. Owh ya. Nelayan seafood ni sangat-sangat murah!! makanlah sampai pengsan. but sorry, kami terlupa nak ambil gambar! hahaha. =p

Hari Ketiga


Hari ketiga ni agak excited sikit! Breakfast pun dalam keadaan terkocoh-kocoh, gara-gara takut kami kena tinggal dengan van pick up. tapi, tengok-tengok kami yang kena tunggu lama. HAMPEH! still secara kebetulan, kami pergi the same day dengan Fathi and Zie. cuma kami beli dari lain-lain company dan sempat bertembung kat Tasik Dayang Bunting je. tu pun dalam 10 minutes. Tiket ke island hopping ni around rm35/pax dan lagi sekali, Fathi dan Zie dapat harga lebih murah dari kami. TSK TSK.

naik boat kat tepi Awana. jam 9am and 2pm.

Island Hopping ni merangkumi:
 * Pulau Dayang Bunting 
(just tengok sahaja)
* Tasik Dayang Bunting
 (boleh mandi & ada beberapa aktiviti air boleh dilakukan)
* Pulau Singa Besar
(eagles feeding)
* Pulau Beras Basah
(parasailing, mandi, banana boat dll)

________________________________

i) Tasik Dayang Bunting

TIPS: sila jangan bawak banyak barang. sebab nak ke tasik tu anda kena mendaki dan menuruni bukit sikit! pakai pakaiaan yang sesuai dan kasut/slipar yang sesuai.

sewa life jacket : RM5 (ada boat yg kasi bawa jacket turun, ada yg tak)
Solar Boat : RM 30/boat
Paddle Boat : RM20/boat
Canoe : RM20 / boat

jeti tasik dayang bunting
amboi serious sangat abang
berjemaahlah kita ke sana
ini SAUDARA siapa ni??
masa kami sampai tu, orang still x ramai
nice view!!
peristiwa... terjadinya tasik ini. 
dipercayai sesiapa yang susah nak mengandung, bolehlah mandi air tasik ni.
siap ada benda alah ni. haha
aktiviti tasik
sewa sewa sewa... 
dia je mandi, aku duduk ambil gambar! =p

 ii) Pulau Singa Besar 

TIPS: kalau rajin, bawaklah ayam.. daging ke.. untuk kasi helang makan.


 iii) Pulau Beras Basah

Tips: beware dengan Monkey Attack .. No toilet in here..
sila bawa tikar sebab tempat duduk very limited. ada perigi kecil kat sini untuk cuci kaki bolehlah. ada cafe kat sini kalau nak beli maggi ke air ke tapi mahal nak MAMPS!


 by 12pm, dah habis sesi island hopping. but kami tak boleh duduk diam.. even i'm sick dan mata still merah, mood berjalan masih tegar dan petang tu kami lepak kat Gunung Mat Cincang sementara tunggu Fathi dan Zie menghabiskan sesi island hopping diorang! 

camana nak ke sana? haaa dengan cable car lah! jangan lupa bawa mycard. dapatlah harga special RM15/pax. hihihi.

 LANGKAWI CABLE CAR

info : skybridge masih ditutup dan dijangka sampai tahun hadapan!

terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat kawasan cable car ni
but sadly, banyak yang dah takde kat sini
macam mini safari kat sebelah ni dah jadi padang jarak padang terkukur,
dulu ade eagle lah ular lah, now kawasan ni dah sunyi!
(ke sebab aku datang bukan musim cuti sekolah.. maybe)

 macam satu size je =p
 inside the cable car
 posing sat ..
cara orang gayat turun tangga =p
cantikkan? 
air terjun telaga 7
tujuan sebenar! hahaha
my burger

petang tu, kami lepak kat Laksa Power yang terletak bersebelahan landasan kapal terbang Langkawi International Airport. Laksa ni memang sedap dan cendol dia sangat WOW!! sedap gila.. Encik H cakap, dia selalu lepak kat sini sambil tengok sunset masa zaman dia study kat sini dulu.. memang we all teruja. sampai tak tahu nak tengok sunset ke nak tengok flight. hahaha

dulu
kini
cakkk!!
ini dia kat Laksa Power!! selain dari Laksa, Mee Singapore, Mee rojak, Ketupat sotong pun ada!!!   MUST TRY ok!!
my special laksa.
terbaik!!!

American Airliner Plane