Latest Posts

Raya lambat lagi.

Tapi rata-rata tailor sudah mula menerima tempahan. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat!  

Saya? hehehe. tengah gelabah mencari design.. susahnya nak buat keputusan!!!  design yang tu saya nak, yang ni saya nak.. EH.. mana satu ni??? haa.. anda pula bagaimana? tahun ni tema apa? tempah kat mana? ehhh banyak pula soalan saya ni! hehehe.

Tahun ni juga tahun pertama saya beraya dengan encik H dan sudah tentulah kena fikir untuk dia sekali! hehehehe. Matching2 gitu! alah, baju lelaki simple je.. tak baju melayu johor, baju melayu pahang dan baju melayu apa pun boleh!!! tak ditelan dek zaman! senang bukan?

untuk raya tahun ni, saya dah kemukakan beberapa warna tema kat encik H, antaranya....

i) aqua green
ii)lavender
iii)sky blue
iv) dusty teal
v) light coral

dan, of course my favourite colour ... ivory white


untuk design pula, saya dah dapat beberapa design yang saya suka .. tapi sebelum tu minta maaflah sangat2..lupa nak save dari mana dapat gambar2 ni semua. hehehe. SORRY! (mana yg saya tak credit tu sorry tau! sumpah lupa!)

old time favourite! chiffon - jahit dengan lace/sulam+manik
dress dari Rizman Ruzaini 
kebaya pendek ni nampak sangat menawan!
design musim sekarang ke? ramai je buat bahagian leher macam ni!
meletup nyah!! mungkin ambil yg bahagian atas sahaja! 
kalau bawah pengsan! nak kahwin lagi kah?
design mcm ni pun saya suka jugak! (esp tang ribbon tu)
by FF Couture ... macam tak kena je dengan gaya ni
yang ni lawa juga. simple dan cantik
by Nurita Harith ..
by syara kim
i love this design but macam tak sesuai dengan saya je
baju Scha Al Yahya by Baharim ni pun cantik jugak!
sweet kan? especially bahagian ribbon tu
abaikan veil tu, tudung tu, dan kain panjang tu. 
ambil baju sahaja. OK TAK?
mungkin boleh ambil design dari bridesmaid dia ni! 
dari dulu sampai sekarang, baju Zery Zamry ini menjadi pujaan hati
putih bersih digayakan dengan bunga besar! 

banyak lagi design-design meletup dari pereka-pereka tempatan! i'm proud of them!!! baju diorang memang gah! duit saya je yang tak gah-gah! ($_$)

so, macamana? susah kan nak buat keputusan! tapi this year but hook or by crook, saya nak hantar kain awal! serik dah 3 tahun berturut-turut baju tak sempat siap! at last, kena pakai baju beli.. tak mahu lah macam tu.. dah la badan saya ni makin lama makin montel! confirm susah nak dapat size! 

anda tahu kat mana ada tailor yang affordable tetapi hasil jahitan mereka kemas dan cantik? berkongsilah dengan saya! email me : izzati_ghafur@yahoo.com
hahahaha.. still dalam mood "nak ke tua"
dan rasa nak mengimbas balik kenangan-kenangan lama
eh bukan nak kasi hint tau!
tapi just sebagai kenangan sahaja
hehehehehe
;p
yes, i'm the tallest!! - my 9th birthday
(da macam gergasi dah ni!!ahahaha)
my 12th Birthday
(agak tomboyla aku dalam gambar ni)
my 21st Birthday
the best ever!! last sem in diploma
unplanned party .. hehehe
my 22nd Birthday by xoxo
simple birthday party by my bffs
last year birthday dinner
just me and him
eating my favourite pavlova sampai muntah
NO PARTY.. just a dinner..hehehe

summary cerita ni ringkas je : Rindu gila zaman kanak-kanak.. time birthday, time raya, time sekolah, semualah.. BEST kan?

and tengok video "My Generasi" ni.. owhhh rindu gila!!!

cepat! cepat! grab this deal cepat!

i just read this deal from groupon.my

Malay Weekday Wedding Package : Banquet + Stay at Hotel Istana.


WOW!!! first time i tengok package perkahwinan kat groupon ni. Diskaun banyak tu..

dia ada dua pakej :
i) 100 guests : malay weekday wedding package : banquet + stay at hotel istana RM 10,788.00 (discount 38% - save RM6472.80)

ii) 200 guests : malay weekday wedding package : banquet + stay at hotel istana RM20,712.00 (discount 40% - save RM13,809.60)

AMAZING DEAL!!! grab cepat. siapa yang berminat bolehlah click sini : Hotel Istana
Encik H's Birthday Dinner

Tanggal 27hb yang lepas, as usual seperti tahun-tahun sebelum ini, i mengadakan birthday party for Encik H. biarpun sekadar majlis kecil-kecilan, but kepuasan tu masih terasa sampai ke hari ini. u know why? because he enjoyed his birthday party and happynya aku tengok muka dia senyum sampai ke telinga. hehehehe.

at first, i plan nak buat kat shah alam. just a simple dinner with his friends kat kedai makan and suruh je siapa2 tolong beli cake.. but, rasa macam tak best lah pula..yela, inikan birthday pertama dia as a husband.. so why not, i sacrificed sikit tenaga ni buat party for him. kan? kan?

so, bermulalah invitation gila i dengan sms semua kawan-kawan dia..nak tahu jam berapa i start merancang semua ni? jam 12 malam... hahaha!!!memang agak rushing!! macam biasalah bila dalam keadaan rushing ni banyak kekurangan. nasib baiklah mummy pinjamkan bibik.. kalau tak memang patah lah badan ni nak mengemas lepas tamat majlis!!penat gila!!! phewww!! 

i tahu banyak kekurangan sepanjang majlis ni. macam kurang belon (masalah ke tu?hahaha), majlis terlampau simple, dan lain-lain. but kekurangan tu rasa lengkap bila semua enjoy. (enjoy ke?hahaha)... and sorry rumah masih tak lengkap.. mungkin ada yang tak selesa.. ampun ya!!!

to my hubby, thanks sebab banyak menolong.. pagi2 bangun terus ke pasar besar, tolong masak dan tolong melayan tetamu...terima kasih sayang!!! (fyi, nasi, ayam percik,dan pudding triffle tu dia yang buat!)


 thanks for coming!!
syafinaz yg datang sorang2
wardah yg datang berdua
izzati san yang datang after balik kerja
ju and amir yang datang lepas kerja (dr kl)
syafiq sal + syafiq white yg datang from jb
dan teman sekerja hubby...

thank you so much!!
u guys telah membuatkan dia gembira malam tu

"dia gembira, saya lagi gembira"
kahkahkah
hello.

sorry lama tak update. busy yang teramat busy! hehehe

saje nak share pengalaman I dengan kamu semua. Last last weekend (2x last), I pegi Charles & Keith Warehouse Sale. actually, I tak berapa nak heran sangatlah kalau ada sale-sale macam ni sebab I bukan jenis, OMAIGODDDDD SALE I MUST GO THERE! oh tidak dan i bukan peminat kasut pun! tapi disebabkan hari jumaat tu, buka FB je berderet-deret orang post gambar pegi sini, mana tahan beb! meleleh wa tengok! hahaha

Secara kebetulan, on Saturday tu, my friends called me. cakap nak datang rumah and lunch at my house. After lunch tu, I ajak diorang pegi Charles & Keith Sale ni. Bayangkanlah dah jam 3pm. Hahaha. From Seremban to Subang Jaya semata-mata nak pergi warehouse sales ni. hehehe .. (thanks wardah sebab jadi driver on that day)...

Memang berbaloi! parking memang tak boleh tahan. sebab dia buat kat kawasan kilang dan terpaksa berjalan sedikit kalau nak ke sana. beratur memang panjang sebab dia lepaskan orang sedikit demi sedikit. PANAS? kenalah tahan.. tapi takde lah panas mana pun kat bawah tu. (diorang buat kat parking basement)... tapi yang paling tak boleh tahan, kena mencari kasut tu.. sebab dia longgokkan kesemua kasut. then pandai-pandailah pilih. I pun jadi rambang mata! nak itu nak ini, amek banyak gila kasut, end up 2 pasang je yang ku beli sebab the rest, tak sesuai dengan kaki! hahaha.

harga dia murah. paling murah rm20 paling mahal i think dalam rm80 kot! ntahlah. tak kuasa nak belek dan tanya harga uols! tapi memang MURAH! cuma kena pandai cari dan pandai pilih. tapi masa i pergi tu size banyak dah takde. kebanyakan yang tinggal 40-41. Untunglahhh siapa yang berkaki besar tu kan? =D

Insyallah, next time kalau ada nak pergi lagi! memang worth lah pergi sini even bermandi peluh pun! hehehe..

 tunggu turn! hahaha
hasil tangkapan kami. mana satu I punya? jeng jeng jeng
Bercuti di Kuching | Oleh sebab I rasa daH berjela-jela dah cerita pasal Kuching ni, dari ver 1 sampai lah sekarang ver 6. I think, version 6 ni, gabung je lah cerita-cerita sampai hari ke sepuluh.  kalau tak, cerita pasal Kuching ni takkan habis! hehehe.

Mesti ada di antara kamu sekarang rasa macam nak pegi sini kan? Cepat-cepatlah book tiket! Kuching ni best. Tak tipu!! Makanan kat Kuching semua sangat sedap. Bakal kick tastebuds anda.

Kalau datang ke sini, cubalah merasai suasana kehidupan mereka kat sini. belajar cara life mereka, budaya mereka, percakapan mereka dan apa sahaja mengenai sarawak! and you will feel like arghhh seronoknya Kuching ni. Yes, I did it! Mereka kaya dengan budaya dan adat.

Pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak ni seperti Bidayuh, Cina, Melayu, Iban dan banyak lagi. Dan sebab tu jugalah, kat sini  terdapat variasi makanan.

Dah berhenti membebel. JOM layan gambar-gambar ni... (^_^)

Sungai Samarahan
Masa hantar Serina ke Unimas, we all sempat lagi singgah kat sini. Sungai ni banyak buaya tau dan juga banyak udang galah. Yang bestnya, siap ada feri angkut kenderaan untuk menyeberangi sungai 

 
 udang-udang ni masih hidup tau!! fresh dan besar-besar
tak dapek camni kat semenanjung dek! kalau ade pon mahal!

Taman Sahabat China-Malaysia
Taman ni dekat je dengan rumah amera. Taman ni dibuat sebagai simbolik persahabatan antara negara China dan Malaysia. Gambar kat bawah ni adalah pintu gerbang China.


Rumah Hijau Cafe
Rumah Hijau Cafe ni tak asing lagi bagi penduduk Kuching. Sangat famous tetapi makanan dia cepat habis. Siapa dulu dia la yang dapat makan. cafe ini terletak berhampiran dengan Pasar Satok.
 kat atas ni Mee Kari versi sarawak. Sangat pekat. U should try this!

Perut da kenyang, mata dah layu
katil da mula memanggil-manggil

Tibalah masa untuk I ke tempat penginapan seterusnya

Hilton Kuching
(i'm back.. hehehe)

Kali ni bilik agak masyuk, bilik yang sangat besar. Nak guling-guling sampai besok pun takpe. Hehehe. Tapi sayangnya kami berdua je. Sangat tak berbaloi!!! Hahaha.

KING RIVERVIEW SUITE  AT HILTON KUCHING


    
Peter Thomas Roth

Topspot Seafood
Malam tu sekali lagi dinner kat Topspot Seafood. Kali ni Encik H belanja. Yeay!! Kalau datang Kuching tak pekena seafood memang tak sah.

Bukit Mata Seafood
udang galah bakar cheese
udang masak nestum
sotong masak cili kering
ikan masak stim halia

Masa we all pegi tu, midin belacan dah abes.. terpaksalah tapau dari kedai lain!
MIDIN BELACAN memang terbaik!

my last day (not very last daaa...)

Hari kelima tu kira my last day at kuching. Sebab on the 6th tu, i tak pergi mana-mana lagi and my flight jam 12.45pm.. (sempat pergi Mira Kek Lapis je - amek kek lapis India yang diorder Jumaat lepas)

My last day dipenuhi dengan sesi food hunting. Biarpun merancang nak pergi pelbagai tempat seperti Matang Wildlife Centre, Wetland la dan macam-macam lagi, tapi akhirnya dengan pencarian jalan-jalan cari makan sahaja. hehehe. 

At first, I nak pergi Barong Tinuk, tetapi tutup pulak. Then, kitorang ke Seven On Seven, pun tutup. haishhh. Time-time last day ni la kau nak tutup ye? Last-last ke Bimmers Cafe je. Ketiga-tiga restaurant ni pernah masuk jalan-jalan cari makan Tv3. 
OMGGG sumpah mee jawa ni terbaik! sedap gila ok!

Then, we all jalan sekitar Muzium Kuching
Muzium Kuching berhantu?? taklah... karut je semua tu

Kat sini ada tiga muzium, Etnologi, Seni dan satu lagi I dah lupa apa. Dibelakangnya ada Aquarium yang menempatkan pelbagai jenis ikan, dan kat belakang tu ada taman. Kat taman tu ada kubur kristian dan cina. Kata Mera, kat situ juga ada makcik stall yang jual laksa sedap! 

Then, singgah kat Panggung Udara Kuching. Tempat ni very exclusive you all. Kalau nak buat pre wedding, kat sini pun boleh. It is a garden, but dibuat sebagai panggung udara. Kadang-kadang ada show kat sini. Depend!


Then singgah pula ke Planetarium Kuching or Civic Centre Kuching. Kalau nak tengok Kuching dari sudut 360 bolehlah naik menara ni. Memang nampak, cuma boring sikit. Tourist pun tak ramai ke sini. Kalau lapar, kat sini juga disediakan cafe kat tingkat satu.

Bolehlah makan feeling-feeling KL Tower. hahaha. Kat sebelah Civic Centre adalah Planetarium Kuching. Tapi masa we all pegi, tengah renovation. Tak dibuka lagi. Pameran start akhir bulan ni..  

Itu sahajalah cerita di Kuching! sangat best! SANGAT BEST. Kuching best for seafood. Best for those yang suka pada national park. Best for those yang suka history and culture.

sampai mummy tanya
"apesal da berisi ni? baru 10 hari pegi"
hahaha!!!

[END]

American Airliner Plane