Latest Posts

.hello everyone.

selamat hari isnin dan selamat bertugas kepada sesiapa yang dah bekerja.
today saya nak cakap mengenai Pre-Wedding.
PRE-WEDDING LAGI??
yes. hehe.
pre-engagement photoshoot by Zahid

yes, seperti dalam entri sebelum ni, saya dah mengadakan 2 sesi pre wedding. satu di kuala pilah, dan satu lagi di putrajaya. pengalaman pre-wedding photoshoot yang sangat menyeronokkan membuatkan kami sangat enjoy .. dan nak lagi dan lagi dan lagi. BEST!

tambahan lagi, pengalaman berbeza dari 2 photographers yang berbeza sangat SYOK! tapi alhamdulillah, kedua-dua mereka sangat sporting dan creative. welove you lahhhh. hahaha.

theme kampung da, theme runaway bride pon dah.. now, saya tengah fikir theme ape untuk sesi photography yang seterusnya. *dun worry, ini yang last*.. rasa macam nakbuat casual, tapi rasa macam nak buat ala-ala romantic, or rasa macam nak buat seperti dalammimpi... hurm... rasa-rasa tapi props tak buat lagi.. jum layan dulu sesi-sesi sebelum ni

Theme : Kampung
by : Syimmir Izzafy (Mukhriz&Udey Photography)
Venue : Kuala Pilah
*sumpah ini paling lama, dari pagi sampai maghrib*


Theme : Runaway Bride
by : Subhikarim
venue : Botanical Garden, Putrajaya
* 1 hour photoshoot, cepat sangat!! not enough*


and for tomorrow.....

STILL PENDING.. dunno nak buat theme ape...

Antara yang menarik hati :

1 ) Pre Wedding Mawarni Abdullah
geng BBF bloggers jugak..
sumpah cantik gile * takleh nak deny yg de mmg very creative*
pre wedding mawaii jalan-jalan..nampak sangat muda & fresh


2) Pre Wedding Renee Meow
pon antara BBF Bloggers..
renee buat pre wedding kat studio..
i sukeeee sebab pre wedding dia nampak very happy, best dan ceria

3) Pre Wedding Amus & Dr Harlina
pre wedding ni macam fairytale or something like dreaming
suci-suci with white colour.. suka sangat..


4) Pre Wedding Tira
Geng BBF jugak...
ohhhmaiii, i nak cakap tira ni very rajin
kebanyakan props dia DIY sendiri... sangat rajinkan?
theme tira ni more to romantic picnic
ohhhhsemmmm sangat!

5) Pre Wedding Wawa Wahab
geng BBF jugak
pre-wedding dia simple and classic.
kat tepi pantai and sumpah very2 nice place
I like it!!!!

Pre Wedding lain

1) Pre Wedding Pn Iryani Azlan *geng BBF*

2) Pre Wedding Irene Marcello

dan lain-lain jugak seperti

pari-pari
ehh mane lak nak dapat kepak pari2 ni??

puteri raja *mcm dlm cerita cinderella*
erkkk xleh2 baju gown da penah pakai...

and anda ada idea tak?? marilah share ngan saya...


p/s : suka merebut peluang keemasan setiap kalo photographer menawarkan promosi... hihi.. alhamdulillah, semuanya murah.... cepat2.. sape2 yang tak buat pre wedding lagi tu, buka mata besar2, jangan lepaskan peluang setiap kali photographer buat promo... hihi

.Hello.

semua sekarang bercakap pasal kemalangan yang menimpa Marco Simoncelli. Pelumba MotorGP tu la.. okay tumpang sedih please. Semasa kemalangannya petang tadi, saya berada di tempat kejadian. Pada mulanya rasa sangat tak percaya, apatah lagi kejadian itu berlaku sangat pantas. Baru sahaja perlumbaan bermula, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian. Mahu tak tersentap? Syahdu pun ada tadi.

apa-apapun, for me. saya sangat benci motor and ini kali pertama saya tengok motorgp. hanya kerana mahu menemani encik tunang, sanggupla bangun seawal pagi... tapi bile sampai, ipad sahaja yang menarik perhatian. hahaha. owh berbalik pada kebencian pada motor tadi, saya memang anti-motor. saya tak kesahlah kalo orang tu beli motor harga paling mahal, motor dia berkilat ke, bunyi vroom vroom yang sangat kuat dan hebat... I DON'T CARE AT ALL !!!

alasannya adalah, setiap menda yang laju tu pasti mengundang maut. so, anda dah tahu kan, clue-nya. motor, kereta lumba, rollercoaster, antara yang paling saya benci. for me, ia tak selamat. see apa yang terjadi today, kematian bukan? dah berapa ramai yang mati sebab kelajuan? cuba cakap sikit !!! so, to encik tunang, sampai mati saya takkan kasi anda beli superbike, kerana ku lebih rela kau berbasikal.. LEBIH SELAMAT!!! hahahaha.

and my deepest condolences to Marco Simoncelli and family. kepada sesiapa sahaja yang gemar kelajuan, berhati-hatilah... tidak semuanya selamat. pakai topi keledar ketat macamana pun, boleh tertanggal juga, pakai jaket setebal mana pun, tulang boleh patah jugak. Just berhati-hati di jalan raya dan di mana sahaja kita berada. ini kali kedua dalam minggu ini accident melibatkan motor dan mati ! baru beberapa hari lepas, saya ternampak satu couple digilis treler, dan ini pula ketika berada di MotorGP... apa-apapun, saya sedih sangat!

JOM LAYAN GAMBAR !!!

.

and last..... jangan jeles....

AARON AZIZ in the houssseee !!!!


aku gemukkan??? STFU!!! hahaha.
STUNNING . PRETTY . AWESOME

Oh Mai ... Oh Mai

dress, shoes, accessories by



p/s : hanya mampu menelan air liur.

yes, i pernah buat entry about my colour theme sebelum ni. but that time, i tak reveal betul2. ada colour yang tak confirm lagi...

so now, i nak reveal about my wedding theme. i mean, colour dia. yang theme betul2 lagi 37 hari baru boleh reveal. sorry, need to make it as a privacy and secret first. nanti tak suprise la kan. but for the colour, it should be okay. since ramai guests dah mula bertanya about the colour theme.. hehehe... To my lovely, gorgeous, handsome, pretty ..... GUEST... you all boleh refer to this colour. yeay, pasni dah boleh pegi shopping baju... hehehe.

my wedding will be a simple wedding of the year. nothing special pun. my baju, my pelamin, everythingla.. will be very-very simple. nak tahu lebih lanjut? just wait for another 37 days. dah tak lame. hehehe. *excitedlebih*

okay jom lihat my colour theme...

NIKAH
- dark chocolate
- soft yellow
- cream

SANDING
- dusty pink
- off white
- sexy black

BERTANDANG
- soft purple
- ice blue (greyblue)
- tiffany blue

yang mana satu baju pengantin, baju belah pengantin perempuan & belah pengantin lelaki? CUBA TEKA !!!!! siapa betul, i kasi satu sen. hihihi.
dah berapa malam tak dapat tidur, menghadap laptop, cari idea, buat list semua. penat sangat!!!

so tonight, i listdown beberapa perkara yang penting.... antaranya adalah ....

PELAMIN NIKAH

seperti yang i cakap sebelum ini, pelamin nikah akan DIY sendiri dengan bantuan ahli keluarga.... tapi malam ni, i lukis jugak design pelamin yang i nak. hahaha. tatau lah korang faham ke tak.. sebab lukisan obviously macam budak darjah 1. hahaha. marilah kita lihat ye adik2 kakak2...

lakaran pelamin
lakaran tempat

haaa.. faham tak?? kan i dah cakap...encik H pun tak faham.. haha.. lukisan budak darjah satu.. nak tahu hasilnya.. tunggguuuuuuu!!!
Memula nak buat macam fantasy wedding. Lepas tu da lari da theme dek kerana panas. Rasa macam nak pengsan pun ada. Dah macam runaway bride dah. Dari Seremban to Putrajaya dengan muka bermake-up dan berbaju gown!! hahaha. Kelakar. Berpanas, berlari dan berpeluh.. hamek kau!!

layankan aje gambar-gambar ni.. (^_^)


amacam? okay tak?
hahahahaha

Thanks abang subhi. You did a great job. Suka sangat-sangat gambar ni semua.
i'm backkkkkk!!! fuh.. penat gile.... 4 jam kat putrajaya, berpanas, berpeluh, semuanya sebab pre-wedding photoshoot yang kedua.

as i said before, pre-wedding kali ni, berkonsepkan barat.. dan i memilih, theme "Runaway Bride" sebagai pre-wedding. hihi. agak penatlah jugak, sebab nak make up, nak setting rambut, nak berjalan pakai gown yang sarat kat tengah2 panas... berpeluh mak cikkkk!!!

thanks to abang subhi sebab sudi mengambil gambar kami walaupun terpaksa tunggu lama tadi. guys, abang subhi sangat friendly... senang nak bekerjasama.. so kalo nak amek dia, i sokong sangat... visit his website : Subhi Karim for more details.

actually, i da lama grab promo abang subhi ni... (kalau tak silap i, i penah buat entry pasal promo ni.... korang carilah sendiri eh. hehehe.) ... i grab promo Photography Session- rm148 abang subhi since june lagi.. now, baru terhegeh2 nak contact dia and amek gambar. hehehe... but abang subhi is a nice person..

pasal pre-wedding tadi, i hampir2 pengsan sebab cuaca yang sangat panas... plus, i tak sempat nak makan pagi.. sumpah penat weh...badan pun jadi weak gile.. nasib baik saya enjoy .... tak sabar nak lihat hasil dari abang subi plak.... ;0

btw, nak credit sikitlah kepada mereka yang menjayakan sesi photography kali ni...

MUMMY - sokongan yang tak terhingga sampai sanggup teman sampai abes shooting

Abang Subhi - very friendly photographer, orangnye suke gelak2 .. can contact him @ 0162553247 kalau berminat nak amek de as OP.

Kak Nana - my MUA for pre-wedding kali ni.. and also my mua for nikah nanti.. her no : 013-6520804 .....

Ikmal's Bridal - my family boutique... thanks to my brother sebab tolong alter baju ni. hahahaha. *winkkkk jimatttt disitu*

anddddddd lastly, thank you encik H sebab sudi drive ke Putrajaya... hahaha. okay... beres dah sesi kedua... and insyallah kalo tak de pape halangan, my last pre-wedding photoshoot akan diadakan 2 minggu dari sekarang... ada cadangan??? i think nak buat kat beach pulak... hehehehe. tapi kalo ada cadangan yang menarik, mehla share-sharekan.. =)

p/s : lain tempat, lain pengalamannya... (^_*)

sesi make up
pose ala-ala gedikssss hahahaha...
tak kuasa aku nyahh!!!
teaser je... tunggulah update dari abang subhi

(o_O)
last week, surau Al-Qudwah berdekatan dengan rumah i ni buat charity dinner bagi membesarkan lagi surau yang telah tersedia ada tu. alhamdulillah mendapat sambutan baik. majlis yang julung-julung kali diadakan bertempat di sebuah hotel kat seremban ni, disambut dengan meriah dengan kehadiran imam muda hassan, kumpulan far east *sorry if wrong spelling*, dan lain-lain lagi...

paling best, ia turut disertai oleh anak-anak yatim yang comel-comel belaka.

kumpulan far east
encik H, sister and auntie
mummy and i
with kumpulan far east
with imam muda hassan

p/s : sedang memujuk mummy untuk menjemput imam muda hassan utk lead doa masa majlis resepsi nanti.. hahaha...
rasa-rasa dapat tak? (^_^)

Yeay, dah siap. Mudah dan cepat.

Tak sampai beberapa minggu pun tempah (siap dalam 5 hari pun ada). Tu perbezaan Indonesian tailor dengan Malaysian tailor. Takde siap sampai berbulan-bulan. Even, my friends pernah tempah for her baju, pun ambil masa paling lama 2 weeks. Harga pun berpatutan dan jauh lebih murah dari Malaysia.

Jadi, alang-alang tempah kad, tempahla sekali baju kat sana. Murah dan pantas. Hasilnya pun sangat memuaskan.

Nanti i review later about this okay... Lepas majlis. Hiks!
hello peeps.

Lama juga blog ni tak update. Agak busy lately. Alhamdulillah dah habis exam tapi  ade lagi kerja yang belum settle kat Shah Alam ni. huhu. Besok dah kena balik Seremban untuk Food Tasting. Yahooooo.. Makan, makan dan makan selagi badan belum cukup gendut. Eh?

Yesterday, kami berdua ke Berjaya Hills Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan, seharian tak tahu nak buat apa. Selain itu, survey tempat for pre wedding sekali. Kami juga sempat melakukan beberapa aktiviti kat sini. Berjaya Hills - KL takdelah jauh. Dari tol Gombak lebih kurang 1jam 30 minit bergantung pada kelajuan.

good morning 


First of all, kami ke Japanese Village dahulu. Menjadi tumpuan orang yang datang ke sini, rata-rata ambil gambar dan menyewa costume jepun. Prop cantik for pre wedding, malangnya sewaan baju terlalu mahal, tak sepadan dengan jangka masa yang diberikan. MASA TERLALU SINGKAT!

kena berjalan ke atas, untuk ke Japanese Village

kat sini ada Rumah Teh Jepun .. tapi kami tak pergi pun, sebab tak cukup masa.


JAPANESE VILLAGE


dan kami tak melepaskan peluang untuk memakai costume jepun ...

Harga :
sewa costume: rm20/10minutes/1 kimono
sumpah diorang mata duitan
tak sampai 10 minutes dah panggil
suh pulangkan balik kimono ni!



dari Japanese Village kami ke tempat kuda ...

tempat : Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang
harga : rm100/hour/kuda

Kami ambil 2 jam. Untuk saya dan untuk encik H dengan bimbingan orang. Maklumlah tak biasa lagi. Lebih-lebih lagi i yang penakut yang amat. takut terjatuh dan lumpuh. Ish, minta dijauhkan. 2 jam tu, 1 jam dalam dan 1 jam lagi dia bawa keluar, pusing-pusing area tu. Kira berbaloi la bayar rm200 seorang.. 


 kami dapat ole-ole dari mereka. Hahaha.
duit bangladesh ... thank you!


dari tempat kuda, kami ke Rabbit Park. 

Harga :
tiket masuk : rm3/pax
makanan : rm3/2packet

Kat sini ada taman haiwan. Kira mini zoo untuk haiwan peliharaan. Tapi macam tak bermaya je binatang-binatang dia. hahaha. So, tak sarankan anda pergi. Kalau nak merasa, pergilah.


______________________________

selain tu, ade botanical garden, spa, dan lln lagi..
tapi tak pegi sebab tak berminat
kalo anda gila spa bolehlah pegi
gila bunga pon boleh pegi
ahhhhh semua lah boleh pegi
oh boleh buat team building la kat sini
tapi minimum 10 person!
kalo sorang dua takkan dilayan

p/s : Saya sarankan kalau anda nak pergi Berjaya Hills ni, pergilah seawal pagi. Lepas menunggang kuda bolehlah singgah Japanese Village, Rabbit Park dan lunch di Colmar Tropicale sambil menghirup udara segar sebelum pulang ke KL. Tak jauh pun dari KL ke Bukit Tinggi. Lebih kurang 3 jam dari Tol Gombak . Bergantung pada cara pemanduan anda. SELAMAT BERCUTI!

American Airliner Plane