Latest Posts

Jalan-jalan Ke Cameron Highlands

Everyone ada hobi masing-masing. kami pun ada hobi kami yang gila. iaitu JALAN-JALAN tanpa dirancang.  Last saturday, masa boring-boring, i texted him early morning.

me : B, i boring ...
him : jomlah keluar makan
me : where?
him : Cameron highlands!
me : WHATTTT????

Hahaha. Dia kasi i siap satu jam je. Huh, mahu tak kelam kabut. Make up semua dalam kereta. Nasib baik dari Shah Alam- Cameron Highlands Pahang jauhnya 3 jam, sempatlah touch up makeup dan muka dalam kereta. hehehe... Comot? Sikitlahhh. Hehehe.

Then, kami sampai Cameron Highlands tengahari. Sampai-sampai je macam lost the track. Nak cari Cameron Bharat Plantations, tapi tak jumpa. So, end up berhenti je mana-mana tea plantation yang kami jumpa dulu.

percaya atau tidak, encik H drive dari Shah Alam ke sini 1 jam 30 minit saja. 
kelajuan? sila tanya dia. hahaha

FIRST STOP : LADANG TEH

pekerja baru kat ladang teh ni

feeling-feeling hindustan

kami spend dalam 30 minit je kat ladang teh ni. nak kejar masa punya pasal. hahaha. 


SECOND STOP : EQ STRAWBERRY FARM

I ni bukan peminat tegar buah strawberry. Tapi bab strawberry i memang demand. Usually, i prefer petik sendiri daripada beli kat kedai. So, nak tengok I makan dengan banyak bawalah I pergi mana-mana Strawberry Farm. hahaha.

Bayaran Masuk Strawberry Farm Cameron Highlands : 
Kalau masuk saja-saja FREE. 
Kalau nak petik buah, deposit RM20 satu dulang


hasil kami


terus ke kaunter, untuk urusan timbang dan pembayaran


sesudah itu.....

yummyyyy!!! belum sempat sampai shah alam, dah habis dah! hahaha

kalau anda ke Cameron Highlands, make sure singgah EQ Strawberry Farm
petik, bayar, basuh dan MAKANNNNNN


THIRD STOP : MARKET

Kami tak sempat nak ke kebun rose. Jadi kami terus ke market yang terletak kat bandar Cameron Highlands. sambil-sambil tu, bolehlah survey sekali bunga for wedding. Betul tak? Tapi memanglah, bunga kat Cameron, segar dan harganya sangat murah. hehehe.

RM10/ bouquet

Dah tercapai misi cari strawberry and roses, kami pun decide nak balik. On the way back, baru kami jumpa Bharat. Cisss!! hahaha.. Apa lagi, petang tak petang, haruslah singgah.

LAST STOP : 
CAMERON BHARAT PLANTATIONS
or now dikenali sebagai CAMERON VALLEY TEA

Dari kecil sampai besar, ini tempat favourite i. Wajib dikunjungi kalau ke sini. sekarang dia dah ada cafe. Ice tea with float dan cheese cake yang dijual tersangatlah sedap. hehehehe. Trylah kalau berkunjung ke sini sambil menghirup udara segar dan mencuci mata dengan panorama yang mengasyikkan. Oh, nyaman!


Memang seronoklah lepak Cameron Highlands Pahang lebih-lebih lagi tak dirancang. Walaupun sekejap dan macam rushing, kami berdua enjoy. Makan strawberry, petik daun teh, dan tea time kat Bharat. seronok!! 

Hari pun makin senja, dalam jam 7 petang macam tu kami bertolak balik. Oh noooo!! Sumpah jalan sangat menyeramkan. Macam-macam kat kepala ni. Dua-dua terdiam sambil buka ikim.fm .. hahaha. Dah la baru lepas tengok cerita hantu, balik pula time begini.. Taubat dah takkan buat daytrip ke sini.. Kalau buat pun jam 4 petang harus turun. hahahahaha

tengok je signboard ni, terus melompat-lompat.. 

ALHAMDULILLAH
selamat sampai

jangkamasa perjalanan :
12 pm bertolak dari shah alam
* singgah R&R Rawang, Petronas Spg Pulai
3.15pm sampai cameron highlands
7.30pm balik ke shah alam
* singgah R&R Spg Pulai, R&R Tapah
9.30pm sampai shah alam

kau mampu?
*pengsan*




Today's trip to :
BAGAN LALANG, SEPANG SELANGOR

details perjalanan kami:
- 2 kereta, 1 motor

Dari Shah Alam to Bagan Lalang, lalu dekat jalan nak pegi Sepang F1 Circuit, tak de lah jauh sangat. Dari situ seperti dari Shah Alam nak ke Bangi. Sunset kat sini terbaik. Tapi banyak nyamuk. Jangan lupa bawa kamera dan anda dinasihatkan supaya mengambil langkat berhati-hati semasa menyusuri jalan ke sana. Jalan dia ok, bertar cuma kebanyakannya adalah ladang kelapa sawit. Very sunyi and macam-macam kejadian jenayah boleh berlaku. So, safety is very important meskipun hati tak sabar-sabar nak melahap seafood di sana. Okay? 





food :
for me, makanan kat sini tak de lah sedap mana pun. lagi sedap restoran lain. Masyallah ikan pari dia jangan beli weh.. hanyir dan tak sedap! then, restoran ni failed dalam membuat masakan bercili.. betul2 dia buat cam cili yang kita salo buat kat rumah. tapi, sotong celup tepung dia adalah yang terbaik! yang lain-lain tak best... 



activity yang boleh dilakukan kat sini:
main layang-layang,  buat aktiviti pantai, volleyball, pre-wedding photoshoot, picnic and etc

penginapan:
urmmm.. tadi masa pegi sini, ingatkan ada Gold Coast sahaja. tapi ade banyak lagi .. setakat yang mahu terlihat papan tandanya adalah Hotel Seri Malaysia, dan lain-lain budget hotel.


Buat Bride to Be (B2B), bloggers, friends and stalkers, I suggest anda datang ke sini. This is the best place to lepak. Dari pd, I lagi cadangkan anda ke mari dulu. Pantai dia clean, dan bebas dari kotoran. Kalau nak pergi honeymoon pun okay. Tempat dia tenang. Cuma rasa anda akan bosanlah malam-malam sebab jauh sikit dari bandar. Untuk relaxing, inilah tempatnya.


HM SRI BAGAN SDN BHD


parking
restorannya


belajar bawa superbike

jejaka-jejaka comot

dengan encik H


with the girls
^______^

How to get there???

R&R TAPAH


Yahoooooooooo, tercapai juga hasrat nak menikmati jambu yang sedap kat R&R Tapah. Kerana jambu, kami sanggup ke Tapah. Shah Alam - Tapah, takdelah jauh mana. I love this R&R sebab kat sini boleh makan buah-buahan. Kalau musim buah tu, cakap je buah apa, mesti ada jual kat sini!

my rojak buah setelah dicampur dengan kacang
sorry lah kualiti gambar kurang memuaskan

time kasih Encik Tunang sebab penuhi permintaan hamba


Jambu dia best. Dimakan bersama dengan Kuah Rojak Mak Bee atau boleh letak asam je pun boleh.. But I prefer letak kuah rojak sejak diperkenalkan oleh my ex-housemate dulu. Sampai sekarang ketagih nak makan.. @_______@
(gambar sumber google)

Pernah tak u all makan macarons... ??? I'm sure first mesti kat Whisk kan? Yup, same with me too. My first time kat Whisk. Sedapkan?


(gambar sumber google)

And now, I nak recommend satu kakak yang jual macarons ni. Sedap gila! Not too sweet and so tasty. Sumpah tak tipu. Yums. Yums.

Bermula dengan kawanku, Dba Rahman. One day, dia tweet pasal macarons. "Yahooo, i got my macarons tonight. Yummy!"... slurpppp. Terliur aku baca tweet dia tuh. Tanpa segan silu, aku pun tanya.. "Dba, awak beli macarons kat whisk eh?", jawab Dba,"ehhh taklah.. ni homemade.. my friend buat..".

Secara kebetulan memang tertanya-tanya, mane nak beli macarons. Then, pada masa yang sama rasa hampa sebab everytime pegi Whisk mesti perisa chocolate habis. Itu je perisa macarons yang aku suka. Yang lain, mostly manis gila dan tak kena pada tekak.


Jadi tanpa segan silu, mintalah Dba nombor kakak yang jual Macarons ni.. Perghhhhh, sedapnya. Harga pon not bad. Dah 6x jugalah aku order dr kakak ni dalam tempoh terdekat ni. Kira ketagihlah. Kalau kat Whisk tu mahal. Yang ini saiz besar baru berapa ringgit je. Memang BERBALOI-BALOI lahhh kalau beli.

for more details , please visit this blog : 
www.ilovelovemacaron.blogspot.com 

Facebook :
 ilovemacaron
Adakah anda membeli suratkhabar Kosmo hari ini? 

kalau dah beli, sila ke laman INFINITI!

FRONT PAGE BAHAGIAN INFINITI
SECOND PAGE INFINITI

DUA MUKASURAT???? Okay fine, gila glamour!!! Hahaha





Thanks kak Rosmalina, sebab sudi interview saya. Entah, aku rasa hampir semua soalan, aku jawab dengan merepek. Nasiblah. itulah yang terjadi bila tidur tak cukup dan tiada preparation. Hahaha.

Kak Roslina kata, artikel tu keluar hari Rabu ni. Jom Beli KOSMO!

suratkhabar : Kosmo!
dijangka keluar : rabu, 12 January 2011
halaman : gadget
my bed in my new house

I'm sorry, Lama sangat menghilangkan diri. Sibuk sangat sejak melangkah kaki ke Shah Alam. (samsung Degree). Macam-macam hal mahu disettlekan. Alhamdulillah, aku tak salah pilih rumah. Agak berdebarlah sebab tau pasal rumah pon melalui mudah.com.my, then terus bayar depo, kelmarin baru pindah and tengok umah. FUHHH, cuak sikit! My housemates semua baik-baik belaka tapi masih dalam proses mengenali mereka. *sorry, I memang payah sikit nak ingat nama orang*

Banyak yang nak dikongsikann kat sini. Tapi tak larat. Penat pindah barang tak habis lagi.

Jom kita mulakan dengan cerita kursus kahwin. Ini adalah kali kedua aku menyertai kursus kahwin. FAIL? Eh, mana ada fail. Kursus kahwin dengar ceramah je. Tiada ujian pun. Tapi orang kata, lagi banyak kita pergi lagi banyak ilmu yang kita dapat. Bayaran pun takdelah mahal mana pun. RM80 sahaja untuk kursus ini. Ilmunya? Untuk jangkamasa panjang. Hehehe.

Kursus Bimbingan Perkahwinan Sri Permaisuri

semangat isi borang biarpun untuk kali kedua
dalam diam kau mengambil gambarku! cesss!

Kursus kahwin yang aku rasa kalau ikut jam yang tak sampai sehari tu (sabtu 3-5.20pm | ahad 9.40-5.45pm) Bolehlah. Tapi lagi seronok di Mahligai Firdaus. Lebih happening berbanding di sini. Makanan pun biasa-biasa sahaja. Pengalaman yang berbeza. Ada juga isinya yang aku dah dengar dan ada juga ilmu baru yang aku peroleh. Yang penting, sekarang aku dah ada dua sijil. Hahaha.
American Airliner Plane