Latest Posts


inginkan bibir cantik dan sexy di musim perayaan ini? serlahkan keseksian bibirmu dengan lip ice mentholatum. terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya : lipice fruity, lipice lip pot, lipice sheer colour,lipice colour gloss, lipice colour lipbalm. but, for me. i prefer lipice fruity which i like perisa fruity2 yang rasa cam nak gigit dan kunyah je bibir ni.

bagi si kaki-kaki facebook, anda tak mahu ke menang duit sempena raya ni? ayuh! dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh lipice ini, anda boleh memenangi hadiah minggu berupa wang tunai. haaa senang je.. just main game dalam website de http://www.lipice.com.my/fbapps/?s=contest ...

I sendiri dah addicted ngan game dia.. sampai tak tidur malam berusaha nak menang peraduan ni. hahaha. okay, u all try la eh.. selamat mencuba!

p/s: kat laman ni juga dia ade bagi tips-tips tentang lips care. WOWWW!!! menarik.
me and you
will be together forever!
.Insyaallah.
let's pray may Allah bless our relationship
amin
OMGGGG Tak percaya! sumpah tak percaya! hahaha ... 

CELEBRITY HOLLYWOOD BERADA DI DEPAN MATA!!



SARAH JESSICA PARKER

SEX & THE CITY 2 PREMIERE FILM

Leicester Square, London



Rasa nak pengsan. Ini hakikat. Jangan jealous.



Najwa da nak balik Malaysia Sabtu ni.. Sedihnyaaa... Kejap je masa tu berlalu kan... Kakakku pon dah nak balik ke London balik setelah cuti lama di Africa... Hurmm, biarla masa berlalu dengan cepat sekalipun, kita sebagai manusia harus bijak menggunakannya.. TO NAJWA! I'm gonna miss U!


From London with love,
Tatie.
hi dude.. its been a long time, I keep myself quiet from blogging.. Well, i'm faraway from Malaysia.. Lebih kurang membawa hati yang sedang luka lara cendana la gitu.. cewahhh.. hahaha

BTW,  rindu jugak nk berbelog2 ni. Tapi tiada masa.. I membusykan diri dengan kehidupan disini bersama teman-teman yang sentiasa mencuit hati saya.. Thank you so much guys!! You know who you are. Loveeee u so much!


Well, my life is getting better now and full with love from my family and friends. Terima kasih kerana memberi sokongan and semangat yang tak penah abes... sangat2 memberangsangkan lah!

Let's have a look at my pictures and guess where am I...












Well, get the answer? urmm.. yup! I'm in London now.. No, not for study and not for work, but for a vacation as usual and will coming back soon. Thank u so much my fellow friends in University of Surrey especially Kak Wan yang bagi sleepover at her place and also Khalid, Am, Shahrul, n lain-lain tu semua... U all rock my world and masa update ni pon, im still at Kak Wan's place lagi. Enjoy gila kat sini because really-really fun and they treat me sangat2 baik Hilang segala penat and kesedihan yang dah bersarang kat jiwa ni sekejap.. Sayang mereka! ~

Bila sebut pasal kursus kahwin je, of course ramai macam "Tunggulah bila nak kahwin nanti baru I pergi". But not me! Yesterday and today, I pergi kursus kahwin kat Mahligai Firdaus Wangsa Maju. Kami berdua tak bawa partner.  Just two of us only.

At first, memang ada rasa macam perlu ke pergi? Macamana situasi kat situ? Ada ke sesi soal jawab? Memang tak dapat dinafikanlah rasa berdebar tu dupdapdupdap. Lebih-lebih lagi orang kata kursus kahwin ni pergi dengan partner. Tapi disebabkan nak teman Zetty, I pun beranikan diri. Hehehe.

Tapi bila pergi sana, tak semua yang pergi tu semuanya couple. Rupa-rupanya, ramai yang datang dengan abanglah, dengan kawanlah dan banyak lagi.

Banyak benda yang I belajar dari kursus ni dan sekaligus buat I sedar betapa pentingnya mencari seorang lelaki yang beriman dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kaya mana sekalipun orang tu, kalau dia berperangai macam setan and tak sembahyang takde guna juga! Lebih-lebih lagi kaum adam. Kan diorang ni bakal jadi ketua keluarga.. Takkan si bini nak jadik imam.. SETUJU?

Antara kata-kata si fasilitator yang masih ku ingat adalah ...

"Kenangan manis tu harus dipupuk sebanyak yang mungkin, kerana ia akan memakan menda-menda yang negatif, sekaligus dapat membahagiakan pasangan tu..." ayat ape .. aku da lupe...

"3 menda yang tidak boleh dibuat main dan gurauan adelah : kahwin, cerai dan rujuk..." maksud nya, kalau korang dah melamar dan berjanji tu, pandai-pandaila tunaikan.. dosa besar kalo x tunaikan.. bukan menda yang boleh dibuat main-main.

"Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkah lakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya "- riwayat al-Tarmizi.

"Layanlah isterimu dengan sebaik-baiknya, jika kamu benci terhadapnya maka bersabarlah kerana kemungkinan kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan Allah menjadikannya dengan kebaikan yang banyak " - surah an-Nisa: ayat 19.

Selain dari tu, banyak lagilah yang kami pelajari. Belajar ilmu malam pertama, camana situasi mengandung nanti, sambut bayi, petua and ayat-ayat yang perlu dibaca, cara bersabar, dan lain-lain lagi. Secara automatik, INSAF TERUS! Perkahwinan tu memanglah seronok, tapi perlu berhati-hati dalam memilih pasangan. Bukannya senang. Satu tempoh yang panjang dan bukan mudah. Ia umpama highway yang kita rase lurus tapi ade selekohnya.

Seorang lelaki haruslah menyediakan diri dengan iman yang cukupnye. tak guna ilmu setinggi mana kalau iman serendah paras buku lali. Love is blind! Dalam hal ni, I sangat bersetuju, cinta tu buta. kita buta dan alpa dalam mengenali kelemahan pasangan kita. Seharusnya masing-masing berbincang dan mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing. Bukan menyalahkan antara satu sama lain.

Kata orang tu lagi, zaman sekarang ni, kes cerai tu macam diambil remeh. Kerana misai pon orang boleh bercerai. nauzubillah. Takutnye aku! hurmm.. minta dijauhkan la.. Kalau boleh i nak cari calon suami yang baik budi pekerti, jauh dari segala menda yang membawa ke menda yang bukan-bukan. Paling penting, dia sembahyang tak tinggal. Amin.

Tanggungjawab seorang lelaki tu penting. 5 golongan yang leh menarik mereka ke neraka adelah:
-isteri
-anak
-ibu
-adik perempuan
-kakak

Contoh : Kalau isteri tidak menutup aurat, si suami dapat dosa, kalo anak tidak diberi kasih sayang dan perhatian, bapa dapat dosa. dan banyak lagi. Jadi, kawan-kawanku, renung-renungkanlah.. Lengkapkan diri kamu dengan iman. Takda guna menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Dibuatnya, tiba-tiba, ajal sampai, kan tak sempat nak bertaubat! Begitu juga kaum wanita, belajarlah ilmu rumahtangga. Belajar bersabar dengan karenah lelaki. Akhir sekali, mereka yang batchmatesku di Mahligai Firdaus Enterprise 24-25 April 2010, Selamat Pengantin Baru!!! Semoga berkat kahwin kalian terkena tempiasnya sikit kat aku.. hihihihi... *___*

After habis kursus, we all lepak kat KLCC


FIRST DAY



SECOND DAY


 YURAN KURSUS KAHWIN DI MAHLIGAI FIRDAUS :
RM80

- lunch, minum petang semua disediakan
- file, kertas, dan buku panduan kahwin adalah free
Semalam, aku celebrate birthday di A'Famosa Safari with my Encik H. No cake, no present, just spent time together tengok haiwan. Muahaha.

eeeeiii kiutnye kamu!

From Malacca, kami ke OU.. for dinner and then, balik seremban balik. 



Johyny's OU
(psssttt..macamlah seremban takde Johny's)

We love animals

RARA's PICTURE
(picture ~ courtesy of Irqin)


Last week, i received BBM from Irqin, yang mengatakan bestfriend dia Rara sedang koma di hospital dan meminta jasa baik semua orang mendoakan agar Rara sihat kembali.

Rara, pengsan mase jogging ngan Irqin and terus unconcious sampai ke arini. Kesian dia. Rase mahu pulak mengharamkan sesape yang ade asthma please jangan jogging. Bahaya! so, i pon rase nak jugakla tahu apa yang perlu pesakit-pesakit asthma ni cegah before its too late.. dengan sangat rajin sekali, I pegila ke laman google..


Pesakit Asthma perlulah mengetahui 6 perkara ni terlebih dahulu :
  • understand the asthma care plan
  • know your symptoms
  • know your peak flows
  • know your medications
  • recognize early warning signs
  • identify indications for emergency cares
Setiap orang mengalami symptoms asma yang berbeza. Sesetengah orang akan mengalami serengana sementara dan ada orang yang mengalami dalam satu tempoh yang panjang . Anda sebagai pesakit, perlulah mengawal gejala asma seperti sakit dada, wheezing, sesak nafas dan batuk kronik.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI ASMA?
  • anak-anak yang berusia 5 tahun kebawah
  • orang dewasa di usia 30-an
  • orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas
  • mereka yang tinggal di kawasan Urban
Kanak-kanak berisiko tinggi terdedah kepada penyakit ini, jika :
  • ahli keluarga mempunyai sejarah tentang penyakit ini
  • mereka yang mempunyai alahan
  • mereka yang terdedah kepada asap dan pencemaran udara
APAKAH YANG BERLAKU KETIKA SERANGAN ASMA?
orang yang menderita asma akan mengalami kesukaran untuk bernafas ketika saluran paru-paru mereka menjadi sempit dan pernafasan akan menjadi lebih sukar. Masalah ini disebabkan oleh sensitiviti yang berlebihan daripada patu-paru dan saluran udara. Paru-paru dan saluran pernafasan bertindak balas berlebihan terhadap pemicu tertentu yang akan menyebabkan :-
  • lapisan saluran udara menjadi meradang dan bengkak
  • pengencangan otot-otot yang mengelilingi saluran pernafasan
  • peningkatan pengeluaran lendir
  • pernafasan menjadi lebih keras dan mungkin tercedera
  • mungkin ada batuk
  • mungkin ada wheezing atau bersiul suara, yang berlaku kerana aliran udara yang bergerak melalui saluran udara yang menyempit.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN ASMA?
  • alahan (spt makanan, habuk dll)
  • jangkitan pd saluran pernafasan dan sinusitis
  • irritants @ alergik(spt bau semburan perfume, bahan kimia yg berdebu, pencemaran udara dan perubahan cuaca)
  • alahan pd ubat (spt aspirin dan sulfida)
  • exercise(spt berlari dlm jarak yg jauh yg berkemungkinan terdedah kpd udara sejuk & kering)
  • gastroesphageal reflux @ GERD, suatu kondisi yang ditandai oleh gigih beserta refluks asid perut adalah umum pd individu asma. Gejala yang berkemungkinan termasuklah perut yang memulas, bersendawa, atau muntah pada bayi.
  • asap(terutamanya pd asap rokok)
  • stress yang berlebihan (reaksi drpd stress & kecemasan dianggap lebih berpengaruh drpd penyebab)
LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN KETIKA MENGALAMI SERANGAN ASMA:
  • gunakan inhaler anda secepat mungkin
  • duduk dan pastikan pakaian anda seperti tali leher, tali kasut dll dikendurkan dan jangan baring.
  • jika tiada peningkatan, teruskan mengambil one puff daripada inhaler pada setiap minit selama lima minit atau sampai menunjukkan perubahan yang positif pada pesakit.
  • jika pesakit masih gagal menunjukkan perubahan dalam masa lima minit atau masih mengalami serangan asma, telefon 999 atau bawa pesakit ke hospital dan klinik dengan segera.
  • teruskan menggunakan inhaler dalam setiap minit sehingga bantuan kecemasan sampai.
:: mak cik kerepek bercakap ::
kadang-kadang tak paham, orang yang ade asma tapi masih degil nak merokok!
American Airliner Plane