Latest Posts

Showing posts with label TANJUNG PIAI. Show all posts
Showing posts with label TANJUNG PIAI. Show all posts
TANJUNG PIAI JOHOR BAHRU REVIEW | Terdapat satu lagi mercu kemegahan warga Johor, tidak lain tidak bukan Taman Negara Tanjung Piai. Tahukah korang Tanjung Piai adalah Penghujung Selatan Tanah Besar Asia? Terletak di mukim Kukup, Tanjung Piai kini semakin dikenali ramai lebih-lebih lagi dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dan, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Pada mulanya, aku ingatkan seperti taman negara yang lain yang terdapat di negara kita. Tetapi ternyata sangkaanku meleset. Tanjung Piai ni mempunyai keunikan dan ceritanya yang tersendiri.

Tanjung Piai ini adalah tapak warisan negara yang terletak pada kedudukan latitud 01.16° Utara dan longtitud 103.30.46° Timur dan dikelilingi dengan hutan paya bakau. Yang menariknya, ia menghadap Selat Melaka ala, selat paling sibuk di dunia tu.

Sesungguhnya aku teruja apabila berdiri di jeti sambil memerhatikan kapal-kapal besar lalu, sambil melayan angin laut yang menepis-nepis rambut. Kalau luck bolehlah lihat beberapa jenis burung yang berterbangan di sekitar jeti. Layan habislah. Hahaha.

Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai ini namanya diambil dari spesis tumbuhan Piai. Piai ni sejenis tumbuhan paku pakis yang tumbuh di kawasan kering hutan bakau. Memang banyak pun spesis Piai kat sini. Tanjung Piai ini juga diisytiharkan sebagai tapak ramsar pada Januari 2003.




Mengenai bayaran masuk ke Tanjung Piai pula :
RM5 (dewasa)
RM10 (pelancong luar negara)
RM3 (kanak-kanak bawah 18 tahun)


Mendengar Taklimat

Opss, amaran keras!

Jom Menjelajah Masuk Ke Taman Negara Ini

Sepanjang Jalan di Titian Yang Disediakan (boardwalk)

Menara Tinjau


Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini. Selain dari tujuan pembelajaran, kat sini juga boleh jadi port terbaik untuk ambil gambar pre-wedding. If I'm not mistaken, kat sini juga selalu dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Menarikkan?
s:

Destinasi Anda?


Memang luas Tanjung Piai ni, adalah lebih kurang 526 hektar. Aku pun tak sempat nak cover semua. Itupun yang satu jeti ni, aku curi-curi pergi masa tengah taklimat. Haha. Tapi nasib baik curi-curi pergi, jadi aku berpeluang explore jeti ni. Maklumlah rombongan kami sampai lewat, dah nak dekat senja gitu. Hehehe :)


Bagi mengelakkan hakisan

Meniti Titi Di Kala Senja 

At Least Sekali Dalam Seumur Hidup Wajib Ke Sini

Standing? Arghhh, Sama Je Dengan Duduk

Aku Ter-miss Group Photo

Apa Kau Buat Tu Mawardi??

Jangan Risau Papan Tanda Di Mana-Mana

Dah Macam Dalam Drama

Pulau Kukup

Port Terbaik

Selat Melaka

Pulau Kerimon Kat Depan Tu
Layan Feeling

I'm Here

Kat Sini Juga Dikatakan Port Terbaik Untuk Melihat Sunset
Air Surut
Nak Balik Dah?


Best sangat Tanjung Piai ni dan dalam masa yang sama, boleh lihat betapa busynya laluan kapal di Selat Melaka ni. Sesekali terdengar bunyi kapal. Belum lagi memancing. Kaki-kaki pancing cakap, ini 'syurga' buat mereka. Sebab kat sini umpama lubuk. Pergh. Hebatkan?

Selain itu, korang juga boleh bercamping kat sini. Nak trylah one day. Teruja sangat ni. Kalau nak buat group pun boleh. Maksimum 20 khemah dan boleh muat hingga 80 orang dalam satu masa.  

Credit To JohorParks

American Airliner Plane