Latest Posts

Showing posts with label SEREMBAN. Show all posts
Showing posts with label SEREMBAN. Show all posts
Still remember my post tahun lepas pasal Klana Resort Seremban?

Jika tak ingat bolehlah baca kat sini : KLANA RESORT

Sebut je Klana Resort ni, hati terus berbunga-bunga. Mana taknya teringat memori masa bersanding dulu. Hep, jangan fikir lain. Aku teringat kat makanan-makanan yang diorang hidang kat meja pengantin dulu. Sedapnyaaaaaa... T_T

Memang tak dapat dinafikan, Klana Resort ni antara tempat makan yang sedap kat Seremban. Buffet dia pun boleh tahan juga. Kalau korang datang Seremban, kot-kot nak makan sedap, bolehlah singgah di Klana Resort Seremban ni.

klana resort seremban

And, lagi special kalau datang hari Sabtu. Sebab hari Sabtu diorang ada WEEKEND BBQ DINNER.  Menu lain pun ada. Pastinya bakal memikat selera penggemar-penggemar BBQ.


Apa yang menarik? Diorang ada 20 jenis sos untuk BBQ ni. DUA PULUH okay!! Banyakkan? Tapi paling favourite sos BBQ Coke. Haa, tu wajib cuba. Semua sos ini dicipta khas dan dibuat sendiri.


Bagi vegetarian pula, janganlah hampa. Sebab ada jugak diorang sediakan menu BBQ khas dicipta untuk korang. So, korang pun boleh datang dan menikmati hidangan-hidangan yang diorang sediakan. Wahhhh, baguskan?


BBQ Weekend Dinner ni bukanlah bermaksud makan makanan yang dipanggang je, tapi ada juga variasi makanan seperti dessert, nasi, salad dan banyak lagi. Totak ada lebih kurang 100 jenis makanan yang dihidangkan. Haaa, banyakkan? 


 Harga pun tak mahal. Memang berbaloi-baloi.

Adult RM75
Senior Citizen/Kids RM37.50

Kalau korang book untuk 5 orang ke atas, korang layak dapat diskaun sebanyak 15%

Ingat, sila rsvp dulu.. dikhuatiri FULL HOUSE


Memori tetap memori. Sampai bila takkan terpadam dari ingatan. Manisnya zaman persekolahan, begitu juga dengan Seremban Prima. Kat sini tercipta berbagai kenangan manis bersama rakan. Boleh katakan setiap hari lepas sekolah datang sini kerana ketagih nasi ayam kat food court ni. Haha.

Lepas makan, main bowling .. Itulah rutin zaman sekolah. Zaman aku dulu manalah ada ipad dan teknologi canggih tu. Kalau ada pun setakat handphone nokia yang ada kamera tu je. Nak main bowling pun takdelah mahal sangat compare dengan sekarang. Hahaha.

Dulu, Seremban Prima ni dikenali sebagai Seremban Parade. Tapi itu tahun-tahun lepas, kemudian ditutup kejap untuk dinaiktarafkan dan dibuka semula pada tahun lepas. Kini di bawah pengurusan Lion Seremban Parade Sdn Bhd. 

Masa berlalu begitu pantas, dah genap setahun Seremban Parade ni dibuka dan ditukar nama sebagai Seremban Prima. Lebih menyeronokkan. Happy 1st Anniversary Seremban Prima!

Pelbagai Hadiah Ditawarkan Sempena Ulangtahun Seremban Prima

Kalau dulu ada bowling je, tapi kini lagi best sebab ada macam-macam tarikan seperti Escape Room, 6D Motion di SIMplayCITY, karaoke di Galaxy K Box dan lain-lain lagi. Nasib zaman remaja aku dah berlalu. Kalau tak malam lah aku baru balik rumah. Hewhewhew.

Like Je Facebook Seremban Prima, Percuma Keychain Tu

Setinggi empat tingkat, kat sini ada macam-macam kedai makanan. Oh ya, bagi yang tak pernah datang Seremban, Seremban Prima ni berhadapan dengan Stesen Keretapi KTM. So, kalau lapar tunggu komuter atau train tak sampai-sampai lagi, bolehlah singgah sini kejap untuk isi perut. 


Happening gile hari tu. Ada Baki Zainal, ada Dina Nadzir dan lain-lain lagi. Terlopong ahkak kau kejap tengok penari-penari cilik menari kat atas pentas sambil berlatar belakangkan lagu Malaysia Truly Asia. Omey angat .. gewam!! Dari pagi sampai malam, eh siap ada cabutan bertuah menang tv semua. Ohsem!!!

 Persembahan dari Rejuvenate Dance Crew
 Penari-Penari Cilik.. Alahai Comey Lote 
 Pengurus Lion Seremban Parade, Mr Andy Chan
 Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Hj Abdul Halim

Hadiah TV?? Yup. Bukan TV je ada banyak lagi hadiah bernilai RM130000 untuk dimenangi dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti permainan kotak 'dance-to-win', treasure pot, putar dan menang dan sebagainya.  Fuyooooo!! Rugi korang tak datang. =P


So, nak tahu apa yang we all buat hari tu? Makan, jalan, makan, jalan, makan jalan .. sampai lebam! Hahahaha. Sedar tak sedar dah petang. Seronok bila blogger-blogger KL seperti Ruby, Cik Lily Putih dan Kelly Chin turun padang. Sekali sekala kan? Hahaha.

Feeling-Feeling Remaja ..  Opss, Terbuat Duckface Pulak! Hahaha

 1) Try Smoothy Juice di Smoothlings Kiosk

Aku try perisa anggur. Harga promosi RM3.40 untuk 12 oz. Murahkan? Sedap pulak tu. Jangan lupa try stick waffle dan popcorn dia. Sedap dan murah. 


2) Lunch di Food Court Seremban Prima

Dulu food court kat atas, sekarang food court kat bawah. Khabarnya seluas 11000 kaki. Besarkan? Kebanyakan peniaga kat sini adalah peniaga lama. Tapi makcik nasi ayam tu dah takde.. Yang ada nasi ayam lagi satu. Sobsss!! Kuciwa sikit!!

Nasi Ayam

6) Try 6D Motion di SIMplayCITY

Tarikan paling gempak kat Seremban Prima aku rasa. Kalau berani sangat duduklah kat kerusi ni. Hahaha. Takut tak takut? Berani tak berani? Cabar diri korang kat sini. Harga tiket serendah RM15 untuk dewasa. Dah, pergilah try!


7) Uji kebijaksanaan korang di Escape Room

Kalau kat Berjaya Times Square hari tu, group aku boleh menang bergaya. Tapi kat sini group aku kalah. Kwang, kwang, kwang. Escape Room dah ada kat Seremban!! Tak silap aku kalau korang jadi ahli Friends of Negeri Sembilan under Tourism Malaysia Negeri Sembilan, boleh dapat diskaun. 


8) Berhibur dan beriadah bersama teman di Galaxy K Box

Peminat Manchester United mesti senyum lebar bila ke sini. Sebab kat sini ada satu bilik khas dengan dekorasi Manchester United. Cantik hoi. Bukan tu je cantik, bilik-bilik lain pun. Sangat exclusive. Kalau nak buat private party macam birthday ke, bachelorette party ke .. maybe boleh consider buat kat sini. Gempak!!


9) Berbelanja di Kedai Pakaian Bos

Seumur hidup aku, ni first time aku tengok seluar bersaiz 68 inci. Gila besar wei. Boleh muat 2 orang kat dalam tu. Tertanya-tanya juga, ada ke orang sebesar ni? Kata owner kedai ni, memang ada. Seriously??! Kalau korang ke Seremban Prima, bolehlah ke kedai B.O.S .. Kedai ni jual pakaian-pakaian bersaiz besar ke saiz paling besar.


10) Minum Petang di La Roasteria Coffee

Bagi aku kedai ni sangat santai. Petang-petang takde port nak lepak, bolehlah lepak kat sini. Haa, nak tahu detail? Tunggu di entri khas tentang La Roasteria Coffe ni ok? :)


11) Shopping Barang Lasak di Sierra Tango

Cari barang-barang untuk camping? Atau cari pakaian bercorakkan camouflage? Kat Sierra Tango semuanya ada. Aku sempatlah try pakaian macam kat bawah ni. Hahaha. Mask tentera .. Ganas tak ahkak ko ni? Haaa...


12) Tapau roti di Harold's Bread

And last, sebelum balik .. singgahlah kejap kat Harold's Bread untuk tapau roti. Ingatlah orang tersayang yang menanti di rumah. Cewah! Hahahaha.


Dan banyak lagi korang boleh buat kat Seremban Prima ni. Tempat shopping seperti Watson, Timberland, Parkson, MR DIY dan lain-lain lagi. Tempat makan pun banyak macam Subway, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers< Mr Temppanyaki, Old Town White Coffee, Ayam Penyet Best dan lain-lain. Semestinya di Seremban Prima .. :)

Lihat hashtag #serembanprima di Instagram.

Satu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata apabila melangkah masuk ke Klana Resort Seremban baru-baru ni. Tersenyum simpul lantas mengingatkan kembali memori manis 3 tahun lepas di sini. Siapa sangka, lepas tiga tahun, kami ke sini lagi bagi menyambut anniversary yang ketiga. Lebih manis, menginap di bilik yang sama. Such a sweet memory for us.

Thank you Klana Resort Seremban kerana menaja percutian anniversary kami. Sesuatu yang terlalu manis untuk diungkapkan. Biarpun hotel ni sudah lama bertapak di Seremban, tetapi ia masih kukuh sehingga ke hari ini. Yang datang bukan je untuk bercuti. Ada yang datang dengan company (team building), datang dengan rakan-rakan, datang berbulan madu dan macam-macam lagi.

Klana Resort Seremban
Lobby

Kedai-Kedai

JENIS BILIK : 
EXECUTIVE SUITE

Klana Resort ni takdelah tinggi mana, 6 tingkat je. Cuma persekitarannya Klana Resort ni yang sangat menenangkan. Terletak di Jalan Penghulu Cantik, satu kawasan yang sangat calm dan sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.

Berkenaan dengan bilik pula, kami ditempatkan di executive suite di tingkat enam. Masuk je bilik, bau bunga-bunga menusuk ke dalam hidung. Arghhh, rindunya kesibukan dan kekecohan di sini 3 tahun lepas. *senyum kambing giteww... hahahaha*


Kat Executive Suite Klana Resort ni, tak perlu nak rebut tengok tv sebab ada dua tv, tak perlu nak rebut tandas kot tetiba sakit perut, pun ada dua tandas. Haha. Pendek kata, ianya sangat luas. 

Pemandangan Luar

Kat sini kerja kitorang makan, makan, makan. Sebab sedap sangat restoran-restoran yang ada kat Klana Resort Seremban ni. Seperti contoh, Selera Coffee House, Yuri Japanese Restaurant dan lain-lain. Kat sini tak perlu risau. Sebab semuanya HALAL.

Selera Coffee House

Yuri Japanese Restaurant

Sebelah malam pula layan liveband di Cascades Lobby Lounge. 


Jika korang ada baca entri aku yang lepas, kitorang ada buat team building kat sini. Alah, bukan team building pejabat. Just a small group of team building. Kot-kot korang datang beramai-ramai dengan kawan, tatau nak buat apa kat Klana Resort ni, bolehlah request nak buat team building. Manyak syokkkk maaaaa... Lebih-lebih lagi kalau datang dengan member.

Swimming Pool

And last, sebelum balik kami sempat singgah di Seri Ratu Spa Klana Resort Seremban untuk sesi spa. Seri Ratu Spa ni one of the best spa in Seremban. Harga pun sangat berpatutan. Bagi mereka yang cari tukang urut masa pantang, Seri Ratu Spa pun ada buat khidmat urut untuk mereka yang tengah berpantang. Untuk bakal pengantin pula jangan lupa dapatkan pakej spa pengantin. 

 

Overall, Klana Resort Seremban ni best, cuma mungkin boleh ubah suai bilik agar kelihatan lebih fresh dan moden. Apa-apapun, semua tu masalah kecil je. Percayalah, bila datang sini... korang dah tak pandang benda-benda tu semua. Banyak benda-benda best kat sini. Especially makanan, liveband dan lain-lain lagi.

Untuk ke sini, korang boleh exit tol Port Dickson, dah ambil ke kiri untuk ke Ampangan. Ala, Waze kan ada. Oh, petang-petang kalau-kalau nak beriadah, bolehlah ke Lake Garden Seremban. Dekat je. And last, thank you Klana Resort Seremban. Insyallah kami datang lagi. 

Sexy Red Lips