Latest Posts

Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts
Hari ni tekak tetiba gatal nak makan seafood. Nak pergi Sabah jauh. Nak pergi Sarawak pun jauh. Huwaaaaa... Kesudahannya, aku hanya mampu scroll handphone dan lihat gambar-gambar seafood yang aku makan masa kat Kota Kinabalu tempoh hari.

SABAH & SARAWAK KAYA DENGAN SEAFOOD SEGAR

Sabah dan Sarawak antara tempat WAJIB MAKAN SEAFOOD bila ke sana. Seafood kat sana segar berbanding Semenanjung Malaysia. Harganya pun murah. Makanlah sampai muntoh. Takde sapa kesah.

Salah satu restoran seafood yang sedap di Kota Kinabalu ialah Restoran Kampung Nelayan. 5 Bintang aku kasi. Dah lah sedap, korang takkan rasa bosan bila makan kat sini. Sebabnya, ada persembahan tarian tradisional masyarakat Sabah. Apa? Teringin nak menari sama?



Haaa, boleh. Siapa cakap tak boleh? Sekeh kang! Sesekali diorang akan invite pengunjung menari sama. Best! Best! Best! Aku enjoy makan kat Restoran Kampung Nelayan ni. Sedar tak sedar tambah nasi empat kali. Opsieee!! Hahaha.

Dua Budak Baru Keluar 'Penjara'

Makanan-Makanan Yang Selamat Dilahap :

Lobster .. OMG!!!
Soup ..Anyone?
Udang... nyum, nyum
Ikan Masak Merah
Ostrich Masak Blackpepper
Sabah Veggie
Soft-shell Crab
Coconut Jelly

Enak sampai ke tekak. Sememangnya makanan seafood kat sini tak pernah menghampakan. Semuanya segar. Terima kasihlah Sabah Tourism Board kerana belanja kami semua. Puas hati dapat makan kat sini especially lobster tu. 

Pempaham je la, harga lobster ni berapa. Kan? Terima kasih kerana menaja percutian ke Sabah. Thank you so much!! Airasia, Sabah Tourism Board and of course, Gaya Travel Magazine. Eh, kejap.. belum habis dah. Mana persembahannya?

Nasib Masa Ni Aku Tengah Makan, Kalau Tak Confirm Join
Menari Bersama Pengunjung

Okay last, last... pleaseeee!! Hahaha.

Hahahaha.

Actually restoran ni floating (terapung). Tapi kami sampai malam. Manalah nampak. Muahaha. So, kalau korang ada masa datanglah sini. Nak juga tengok camana Restoran Kampung Nelayan ni di waktu siang.


RUMAH TERBALIK SABAH WUJUD | Terdapat pelbagai soalan mengenai Rumah Terbalik Sabah ni. Antaranya, betul ke rumah ini terbalik? Aslikah? Atau dibina kemudian diterbalikkan? Haaaa...


Dalam entry aku yang lepas, aku dah menceritakan pasal Rumah Terbalik Sabah ni. Tapi entry kali ni kita flashback balik. Sejauh mana keaslian Rumah Terbalik Sabah ni?

Rumah Terbalik Sabah
Kaunter Tiket


Rumah Terbalik Sabah ni berhampiran dengan Jambatan Tamparuli. Ingat lagi tak Marsha, bekas peserta Akademi Fantasia? Dia pernah meng-famouskan jambatan ini suatu ketika dahulu. Ingat tak?

Abaikan pasal Jambatan Tamparuli. Sekarang fokus pada Rumah Terbalik Sabah. Untuk pengetahuan korang, Rumah Terbalik Sabah ini adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan nombor 5 di dunia. Hebat tak hebat, Malaysia pun ada rumah terbalik.

Rumah Terbalik Sabah

Harga Tiket Masuk Rumah Terbalik Sabah

Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
RM5

Dewasa 
RM10 (dengan Mykad)
RM18 (tanpa Mykad/pelancong asing)

Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun
Percuma

Dulu masa aku datang sini tahun 2012, Rumah Terbalik Sabah ni baru dibuka. Tapi tak banyak beza pun dulu dengan sekarang. Struktur rumah ni masih terbalik. Hahaha. Bagi siapa yang tertanya-tanya, betul ke, asli ke atau benar ke rumah ni terbalik, jawapannya ada kat bawah ni.

Rumah Terbalik Sabah
Rumah Terbalik Sabah

Memang betul-betul terbalik! Rumah Terbalik Sabah ni dibina dari bumbung terlebih dahulu. Originally terbalik. Dari bumbung sampailah bahagian lantai. Mesti peningkan siapa yang bina rumah ni. Hahaha.

Gong Yang Digunakan Sebagai Doorbell Pada Zaman Dahulu

Semua benda kat Rumah Terbalik Sabah ni terbalik, kecuali beberapa benda yang korang kena spot sendiri. Well, aku dah tahu dah apa yang tak terbalik. Jeng, jeng, jeng. Tetapi, jika korang masuk ke Rumah Terbalik Sabah ni dan mengalami pening, tandanya korang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan lain-lain. Kata tour guide itulah. Aku pun iakan sahaja. Hehehe.

Kereta Kancil Terbalik

Tetapi apa yang tak best di Rumah Terbalik Sabah ni, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah terbalik ni. Alaaaa.. Tak bestlah macam tu. 

Peraturan Rumah Terbalik Sabah

Tapi untuk tidak mengecewakan, kat bahagian luar Rumah Terbalik Sabah ini juga terdapat dua kawasan yang dibina dalam keadaan terbalik, iaitu kereta kancil, tandas dan taman terbalik yang dibina khas untuk ruangan fotografi pengunjung. Bergambarlah puas-puas ekau kek situ yo.

Taman Terbalik
Tandas Terbalik

Dibahagian belakang kawasan Rumah Terbalik Sabah ini pula, terdapat kedai souvenir dan kafe untuk kemudahan pengunjung. Yang ni SAH tidak terbalik. Hahaha.

Kedai Souvenir Rumah Terbalik Sabah

Unikkan? Bukan murah kos pembinaan Rumah Terbalik Sabah. Menelan kos jutaan Ringgit wei. Gulp! Tapi berbaloilah. Dalamnya pula bercirikan masyarakat di Sabah. 


Waktu Operasi Rumah Terbalik Sabah
7 am - 7 pm

Untuk ke Rumah Terbalik Sabah ni, aku tak suggest naik teksi kalau korang tak familiar dengan tempat ni. Lagipun, teksi jarang lalu area ni. Seelok-eloknya, sewa kereta atau ambil tour pakej. Sambil-sambil tu boleh singgah ke beberapa tempat menarik lain di daerah Tuaran. 

Rumah Terbalik Sabah
Kampung Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong, Tamparuli,
Tuaran, Sabah

Dari jendela, kelihatan nelayan sedang gigih mengemudikan bot ke tengah laut di kala senja sedang berlabuh. Sambil menyaksikan keindahan sunset, sambil minum Sabah Tea yang enak. Bahagianya hidup bila menginap di Hotel Grandis baru-baru ini. Lebih-lebih lagi bilik menghadap laut. 

Hotel Grandis ini adalah hotel baru di Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Suria Mall Sabah, hotel ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik. Nak pergi Jesselton Point pun dekat. 5 minutes berjalan kaki. Nak pergi Filipina Market pun dekat. Senang cerita, aku suka lokasi hotel ni yang sangat mengancam! 

Jendela Bilikku

Grandis? Apa tu? Haa, Grandis ni adalah sejenis Orkid atau nama penuhnya Ascidieria Grandis  yang tumbuh di Gunung Kinabalu. Nak tahu lebih, pergilah google. Huh!! Hahaha.


Hotel Grandis Kota Kinabalu
Lobi
Hallway

For first timer, korang akan rasa biasa-biasa je bila menjejakkan kaki ke lobi Hotel Grandis ni. Sebab lobi dia kecil. Tapi once korang masuk bilik, perghhhh.... kagum! Nampak je kecil, tapi sebenarnya besar. Nak cakap bentuk L pun boleh. Sebab Hotel Grandis ni bercantum dengan Suria Mall Sabah. Eh, entahlah. Susah nak describe. Haha.

Hotel Grandis ni bertaraf 4 bintang, tapi bilik dia... Pergh! Like 5 stars hotel. Comfortable, Huge and Classy. I like it so much!

My room
Meja Menulis
Dalam Almari
Kain Batik
Coffee & Tea .. Sabah Tea you all!

Itu baru bilik tidur, belum bilik airnya lagi. 

Bilik Air Hotel Grandis
Ada 3 jenis .. Pilihlah Nak Mandi Macamana.. Haha
Toiletries Set
3 Benda Wajib : Shampoo, Conditioner & Shower Gel

Kesimpulannya, antara empat-empat hotel yang pernah aku pergi, Hotel Grandis ni lah yang paling best. Mungkin sebab lokasinya yang strategik dan pemandangan dari bilik yang sangat menarik.


Nak Terjun Je Rasa .. Haha
Pemandangan Dari Bilik

Hotel Grandis Kota Kinabalu
Keselesaan 5/5
Sarapan Pagi 4/5
Harga 4/5
Lokasi 5/5
Kemudahan 5/5

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Hotel Grandis :

Ke Bahagian Rooftop
Panorama View Camera
Swimming Pool & Sky Blu Bar
Gym 
Piano Lounge
Rosea cafe

Nak tahu lebih kenalah stay sini. Memandangkan ini hotel baru, harganya pun masih boleh tahan. Cepat-cepat, jadilah yang terawal stay sini. Hahaha. Harga yang sangat berpatutan. So, kalau nak ke Kota Kinabalu, nak berehat, nak view cantik, nak hotel yang senang nak pergi mana-mana, staylah kat Hotel Grandis ni. Hehehehe. =)

Hotel Grandis Kota Kinabalu
Jalan Tun Fuad Stephens,
Kota Kinabalu, Sabah
Yuhuuuu.. Hai, masih dalam mood raya? Samalah. High 5 sikit! Okaylah sebab tak nak ganggu mood raya korang, jadi hari ni aku nak bercerita pasal Filipino Market.

Siapa kat sini suka SHOPPING? Angkat kaki! Haha.

Filipino Market Kota Kinabalu

Masa kat Kota Kinabalu tempoh hari, kami diberi masa free and easy. Terpulanglah nak buat apa petang tu. Jadi aku tak lepaskan peluang menghabiskan masa di Filipino Market. Filipino Market ni kira tempat wajib aku pergi setiap kali ke Kota Kinabalu. 

Filipino Market terletak di Jalan Tun Fuad Stephens. Kat sini macam-macam ada. Dari yang basah sampailah yang kering. Di sebelah malam pula ada gerai-gerai jual seafood. Sedap gila okay. Fresh dari laut. Bagi wanita, confirm korang rambang mata dengan mutiara-mutiara kat sini except aku yang tak berapa gemar dengan mutiara. Hehe.

Filipino Market ni umpama 'drug'. Sekali pergi mesti ketagih. Kesudahannya, aku dah addicted untuk ke sini sejak kali pertama menjejakkan kaki ke sini beberapa tahun lepas. Korang macamana pula? Haha.


Mutiara kat sini ada yang asli ada yang tiruan. Harga dari RM5 sampailah ribuan. Ada kerongsang, rantai, gelang, subang dan lain-lain lagi. Selain mutiara, antara barang lain yang turut mendapat perhatian seperti ikan bilis, souvenir Sabah, seaweed, udang segar, makanan jajan Sabah dan lain-lain lagi.

Bahagian Souvenir Filipino Market

Souvenir
Baju Sabah
Cute tak?
Kain/Shawl
Kain Sarung
Komen Anda?? Hurm.

Bahagian Basah Filipino Market


P/s : Kami sampai lewat, ikan dan lain-lain pun dah habis.

Bahagian Kering Filipino Market

Mahalnya Benda Ni RM488. Apa ni?
Timun Laut

Dan aku sempatlah memborong ikan bilis untuk dibawa balik.

Ikan Bilis Gred A .. kan Semenanjung mahal tau.
Siap Dipack Untuk Dibawa Pulang

Filipino Market Di Waktu Malam


Syokkan Filipino Market ni? Kalau nak souvenir murah-murah pergilah sini. Frozen prawns or ikan bilis berkualiti gred A, udang kering atau mutiara cecantik Filipino Marketlah tempatnya. 

Have fun you all!

American Airliner Plane