Latest Posts

Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts
Benarlah kata orang, 'sekali kita dah berkenan .. pasti kita datang lagi'.

Begitulah kisah Homestay Bukit Gantang. Rombongan Railway Tourism baru-baru ini dibahagikan kepada tiga kampung iaitu, Kampung Beng, Kampung Gopeng dan Bukit Gantang. Biarpun pada mulanya nak try rasa suasana kampung lain, tapi kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. hahaha.

Ini adalah pengalaman kedua aku di Bukit Gantang (kali pertama adalah 2009). Mujur malam semasa pembahagian kampung, aku sempat memperkenalkan diri dengan Ketua Kampung Bukit Gantang. Lantas, dia tempatkan aku kat mak angkat yang sama, Puan Siti Hajar dan Encik Abdullah. Hi mother, Hi father kita jumpa lagi. Eh? =P

bas kami

Sebanyak dua bas ke Bukit Gantang dan kami dicampurkan dengan peserta dari negara luar. Meriah dan havoc. Riuh rendah jadinya apabila kami terdiri daripada warganegara Malaysia (India, Melayu & Cina), Indonesia, Somalia dan Iran. Boleh bayangkan tak?


Selain dari dibahagikan kepada 4 orang satu rumah, setiap seorang daripada kami dapat topi khas cap 'Homestay Bukit Gantang'. Limited Edition tau!

Warna Oren - Bukit Gantang. Yeah!

rumah keluarga angkat kami

Rumah keluarga angkat kami terletak di Kampung Cheh. Kira paling dalam lah senang cerita. Ada rumah yang boleh jalan kaki ke balai raya, ada yang kena naik bas tetapi rumah kami memang kena naik kereta sebab jauh ke dalam.  Namun, suasana kat sini sangat harmoni dan udaranya yang sangat segar. Kalau malam tu, memang sejuk yang teramat sangat!

Ada yang sampai tak sanggup mandi pagi dek kesejukan air di Bukit Gantang ni. Ada yang lena dibuai mimpi sampai kejut pun tak sedar-sedar. Tapi bukan kami di rumah Puan Siti Hajar ye. hahaha.




Kat Homestay Bukit Gantang ni, korang akan duduk bersama keluarga angkat. Makan minum mereka sediakan dan jika korang bernasib baik datang masa musim buah-buahan, bolehlah menikmati buah-buahan tempatan yang ada kat kampung ni. TERBAIK!

rumah kecil di halaman rumah 

pokok rambutan

gazebo 

ladang jagung milik mak angkat kami

kali kedua bersama bonda Siti Hajar dan ayahanda Abdullah


koleksi keluarga angkat kami

Paling buatkan aku teruja, Puan Siti Hajar pernah memenangi Pertandingan Masakan Tempoyak suatu ketika dahulu. Jadi tak hairanlah makanan yang dia masak tu memang best sampai Chef Wan pun pernah datang ke sini tau.


Now, jom masuk bilik. Aku sebilik dengan Ramlah Noh

"Hi Ramlah, finally kita sebilik"

feeling-feeling village people

borak dan gosip time

dan kebesokan harinya sebelum bertolak ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong, mak angkat kami bekalkan kuih koci yang sedap untuk kami makan-makan dalam bas.

siblings

untuk kisah Pesta Makanan Lenggong, sila klik sini : PML


Balik dari pesta makanan, mak angkat kami sajikan kami dengan buah-buahan tempatan, rambutan dan durian. Borak, gosip dan mengenali antara satu sama lain. Selepas tu, kami ke Kolam Ayer Panas Trong, klik sini : Trong Hot Spring.

Acara kemuncak adalah di sebelah malam di mana pihak pengurusan Homestay Bukit Gantang mengadakan perkahwinan olok-olok yang disertai oleh mak bapa angkat masing-masing dan peserta homestay.

Walaupun olok-olok, majlis perkahwinan ni lengkap dengan pelamin, baju persalinan, kumpulan live band, kompang, makanan lauk pauk kahwin, bungga manggar, bunga telor, kompang, pertujukan silat dan banyak lagi. Memang nampak real.

tema purple

suasana sebelum majlis

kekecohan

kumpulan kompang

 - pengantin daripada Indonesia dan Iran. 
- pengapit daripada Somalia
- tukang bawa bunga manggar daripada Indonesia

dan tukang kasi bunga telor daripada Malaysia, Wendy Pua

 

bersama keluarga angkat (baju kami ditaja oleh mak angkat)

live band Bukit Gantang

 
persembahan dari penduduk Bukit Gantang

pertujukan silat

persembahan dr peserta Indonesia

persembahan dari peserta Somalia

 
geng Bukit Gantang

Ery bersama peserta dari Somalia & Indonesia

peserta dari Iran dan Somalia

peserta-peserta dari Indonesia, Iran dan Somalia

kami dan mak angkat

menunggu bas

adik-beradik angkat

ngeee dah lama teringin

saat perpisahan .. kasihan mak angkat kami.. 
berlinang air mata nak lepaskan kami

Maka, tamatlah kisah Bukit Gantang. Walaupun, perjalanan ke Bukit Gantang tidak sehebat perjalanan ke Kampung Beng (meredah Bot Penambang) dan Kampung Gopeng (jauh).. Tetapi keunikan sebenar masyarakat Melayu amat diterapkan di kampung kami. Maka, tak hairanlah kenapa mereka mengadakan Pesta Perkahwinan olok-olok setiap kali pelancong datang demi nak mempromosikan budaya kita kepada masyarakat luar... Kelasssss gitu!

* follow Nannie Isa : link
* follow Rosmaria : link


yang pasti, akan merindui Homestay Bukit Gantang

Homestay Bukit Gantang
Changkat Jering
34850 Perak 

Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya


Tahun Melawat Malaysia 2014
Masa kami di Homestay Bukit Gantang tempoh hari, sempat jugaklah aku dan team rumah Pn Siti Hajar meronggeng ke KOLAM AYER PANAS TRONG PERAK

Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu sebab keadaan cuaca pada petang tu kejap hujan, kejap tak hujan.. Tapi "end up", kami sampai dengan selamatnya ke kolam ayer panas Trong ni. Actually, tak rancang pun ke sini. Dek kerana teruja tengok gambar salah seorang peserta Railway Tourism kat Instagram, kami pun minta kebenaran tuan rumah nak pinjam motor. Sanggup! Hahaha.

KOLAM AYER PANAS TRONG PERAK yang mempunyai telaga air panas yang berusia 100 tahun ini dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit berjangkit dan mempunyai tiga kolam yang berbeza suhunya.

Korang juga boleh membuat tempahan kolam di sini. Kolam-kolam yang ditempah akan dibersihkan dan dipenuhkan air yang baru beberapa minit sebelum korang sampai bagi memastikan ianya bersih dan segar.

redah dan redah 

erkk teringat pada ayah pin . hahaha


 
telaga lama yang berusia 100 tahun (yang dipagar tu)


yang untuk tempahan RM40 (sekolam/sejam)

 

pondok kecil untuk lepak dan berehat


 
harga untuk yang datang walk-in

kolam untuk kanak-kanak



Kolam akan dicuci dan dipenuhkan dengan air panas selepas 1 jam menerima tempahan
RM30/sejam (sekolam)

jika mahu privasi terutamanya wanita muslimah
RM10 (sejam/sekolam)



Dek kesuntukan masa, kami hanya sempat merendam kaki di dalam baldi. Untuk treatment rendam kaki ni, bayaran adalah seikhlas hati. Korang boleh bayar seberapa yang korang nak. Tapi jangan kedekut melampau bayar 10 sen. hahahaha




Dah puas berendam dalam kolam ayer panas, pekena pula kopi sedap di kedai makan yang terdapat dalam ni.. Perghhhh!!! Syok habis.

 kedai makan

ruang menunggu

Kat sini juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita, rawatan resdung, mandi lulur dan juga mandi herba dengan harga yang sangat berpatutan.

Bertempat di :

Kolam Ayer Panas Trong 
Batu 9, Jalan Trong,
34350 Changkat Jering
Taiping Perak

No Tel :
05 8553990

Waktu Operasi:
8 pagi - 12 malam

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya
Visit Malaysia 2014
American Airliner Plane