Latest Posts

Showing posts with label PAKEJ UMRAH RAYHAR. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ UMRAH RAYHAR. Show all posts
Assalamualaikum.

Sebulan rasanya tak hapdet blog. Actually bila mood jalan tengah menebal ni rasa malas nak buka laptop. Hahaha. Ops!! 

Tapi taknaklah gitu kan? 

Syukur, ibadah Umrah bulan lepas berjalan dengan lancar and i'm so happy. Benarlah kata orang, setenang-tenang tempat, paling tenang kat Mekah. Kat sana takde langsung rasa takut nak keluar seorang and rasa selamat je sepanjang masa. Suasana kat sana pun berbeza dari negara-negara yang pernah aku pergi sebelum ni.

Berbalik pada umrah, seperti yang korang tahu, aku amek pakej Umrah dari Rayhar. Bulan November-Disember memang peak time kat sana. Nak pula sekarang cuaca sejuk, memang ramailah umat Islam dari pelosok dunia datang berkunjung ke tanah suci.

Harga Pakej Rayhar untuk 11 hari / 9 malam ...


Aku pilih menetap di Hotel Al-Safwah Royale Orchid untuk di Mekah dan Hotel Dallah Taibah di Madinah. So, seorang bayar RM 8150 untuk bilik share 4 orang. Untuk di Mekah diorang hanya menyediakan sarapan pagi sahaja dan di Madinah diorang sediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Sebenarnya aku rasa mahal juga compare dengan pakej agensi lain. 

Tapi aku follow leader yang merangkap abang sendiri. Ini tak termasuk tiket ke London. Sebab RM8150 tu termasuk tiket balik Malaysia tapi burn sebab kitorang beli tiket ke London lepas tu. 

Okay, okay memang blur.. Sebab gambar bersaiz kecil.

Hari Pertama 14/12/2015
0700 am
Berkumpul di KLIA. Tapi kalau korang datang 830 am pun aku rasa takpe sebab flight 10am. Aku tengok ramai je datang lewat. 
1000 am
Berlepas ke Jeddah dengan berpakaian Ihram. Kitorang tak niat ihram lagi masa ni. Just berpakaian ihram sahaja. Sebelum tu ada taklimat ringkas dan penyerahan passport.
1500 pm
Sampai di Jeddah. Seperti yang telah diberitahu masa kursus umrah tentang perangai immigration kat sini, kitorang pun pasrah sahaja. Anggap sahaja seperti ujian. Kitorang bernasib baik hanya 3 jam sahaja kat sini. Sehari selepas kitorang dengar cerita 8 jam menunggu. 
(note : airport Jeddah menggunakan tangga untuk turun flight)
1930 pm 
Selesai semua, berkumpul di bas  Rayhar mengikut nama hotel dan gerak ke Mekah.
1030 pm
Tiba di Mekah Al-Mukarramah dan letak beg kemudian mengikut Mutawif mengerjakan umrah wajib. Untuk first timer, disarankan ikut Mutawif.

Hari Kedua 15/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Ketiga 16/12/2015
Umrah kedua. Berniat di Masjid Tana'im (masjid paling hampir dengan Kota Mekah). Umrah kedua ni sunat dan buat secara individual. Cuma ke Masjid Tana'im tu pergi beramai-ramai menaiki bas yang disediakan kemudian tiba di Mekah buat aktiviti sendiri.

Hari Keempat 17/12/2015
Ziarah Luar Mekah seperti Jabal Rahmah, Jabal Thur dan masjid Jaaranah. Kat masjid ni boleh berniat ihram. Selain tu, kitorang lalu kawasan haji seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina. Acara ziarah selesai tengahari.

Hari Kelima 18/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Keenam 19/12/2015
Berniat di Masjid Hudaibiah. Kat luar masjid ni ada jual-jual barang seperti Masjid Tana'im. Kat sini juga dulu ada ladang unta, tapi kata Rayhar dah ditutup. Tapi tengok agensi lain, pergi je. Aku rasa ikut agensi masing-masing.

Hari Ketujuh 20/12/2015
Pagi-pagi lagi dah letak segala luggage di luar bilik. Nanti diorang akan letak terus dalam bas. Kemudian selesai solat Subuh, breakfast dan buat Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal). Selepas buat Tawaf Wada' ni, korang dah tak boleh fikir apa dah, tak boleh nak shopping ke apa ke.. TAK BOLEH. Kena tunggu bas dan terus meninggalkan Mekah.

Hari Kelapan 21/12/2015
Ziarah Raudhah (Maqam Rasullah) dan berdoa di luar perkuburan Baqi. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Bagi warga emas, kurang upaya dan mempunyai anak kecil, diorang ada kelebihan dari segi menunggu turn.  Ziarah Raudhah habis dalam tengahari kemudian aktiviti bebas.
** Untuk solat dan masuk Raudhah, korang perlu beratur negara masing-masing contoh Malaysia, ikut turn Malaysia.

Hari Kesembilan 22/12/2015
Ziarah Luar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain (hanya lalu), kedai kurma. 
Sepatutnya dalam itinerary ada ziarah ke Medah Peperangan Khandaq dan Ladang Kurma tapi tak tahu kenapa kitorang tak pergi. 

Hari Kesepuluh 23/12/2015
Berangkat ke London dan jemaah Rayhar pulang ke Malaysia.

Itulah itinerary kami. Kebanyakan aktiviti bebas. Kalau acara ziarah pula kebanyakan habis tengahari.  Next, aku nak cuba agensi lain jika ada peluang untuk ke sana lagi.

Harap ni dapat dijadikan rujukan korang. Insyallah. Pergilah, tak rugi duit untuk dilaburkan ke sana. Takde sesen pun rugi. Insyallah.

American Airliner Plane