Latest Posts

Showing posts with label PAKEJ STARCRUISE. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ STARCRUISE. Show all posts
Kalau semalam aku cerita pasal aktiviti-aktiviti atas Star Cruise Superstar Gemini, hari ni aku nak share dengan korang kemudahan-kemudahan yang ada di atas kapal Star Cruise Superstar Gemini.

Pengalaman Naik Cruise Adalah Pengalaman Yang Berbeza Dari Percutian Lain

Kalau dulu Superstar Libra ada 10 deck, di Superstar Gemini ada 12 Deck. Setiap deck boleh korang pergi dengan tangga dan juga lift. So, persoalan SESUAI KE WARGA EMAS NAIK STAR CRUISE? Jawapannya ..... sangat sesuai dan selamat! InshaAllah.


Lebih istimewa lagi, Superstar Gemini turut menyediakan kerusi roda bagi mereka yang tidak mampu untuk berjalan. Bolehlah bawa mak-mak atau bapa-bapa kita naik Star Cruise ni kan?


Tak ketinggalan juga untuk kanak-kanak. Sejajar dengan hasrat Superstar Gemini untuk menawarkan percutian yang unik dan menarik, mereka akan melancarkan pelayaran tematik "Spiderman - Into the Spider-Verse". Haaa, filem spiderman yang terbaru akan keluar tak lama lagi kan? Sila rebut peluang ni untuk sama-sama feel dan bergembira di atas kapal Superstar Gemini ni.

Ini bukan cikai-cikai tau. Star Cruise akan bekerjasama dengan Sony Pictures untuk menyediakan aktiviti-aktiviti berinteraksi bertemakan Spiderman di kapal Superstar Gemini dari 14 November 2018 hingga 31 Januari 2019.

Berbalik pada facilities kat atas kapal, korang boleh hantar si cilik kat Child Care Centre yang berada di tingkat 11. Child Care Centre ni dibuka pada jam-jam tertentu.  Boleh rujuk jadual di pintu masuk.

Child Care Centre Timetable
Sebahagian Dari Ruang Child Care Centre

My favourite port kat Superstar Gemini

Dah lepas hantar anak ke Child Care Centre, ibu-ibu bolehlah enjoy spa di King Neptune Health Club. Kat sini kena bayar ya. Tapi kalau nak murah, guna voucher yang diorang sediakan kat bilik korang. Jimat banyak. And lebih istimewa, spa-spa dia diilhamkan dari merata tempat seperti Philippines, Indonesia dan lain-lain lagi.


And bagi kaki gym atau gym freak, korang tak perlu runsing. Atas kapal pun still boleh buat exercise and still boleh pergi gym.

Antara lain, korang boleh cantikkan diri kat Oscar's Salon. Kot-kot nak rambut kepuk-kepuk atas kapal kan? Hikssss.. 

Gym 
Jogging Track
Basketball Court

Swimming Pool?? Haa ni berbeza sedikit dengan Superstar Libra. Kalau Superstar Libra, deck atas sekali ada swimming pool yang besar 'namati', kat Superstar Gemini ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada kolam kanak-kanak berhampiran Topsider Pool Bar dan macam-macam lagi.

Swimming Pool Utama
Tak Besar Mana Pun Tapi Kanak-Kanak Dan Dewasa Boleh Mandi
Another Swimming Pool Berhampiran Bella Vista Restaurant
Splash Pool (For Kids)
Outdoor Jacuzzi

ENTERTAINMENT AREA?

Boleh try 'luck' kat Casino, boleh tengok show kat Stardust Lounge or berkaraoke kat KTV dan banyak lagi. Make sure check kat Star Navigator untuk show kat Stardust Lounge.

Stardust Lounge
Observatory/ KTV Lounge
Casino

MAKAN ... MAKAN .. 
KAT MANA NAK MAKAN??

Kat atas Superstar Gemini ni, korang takkan lapar. Makanlah selagi boleh. Korang boleh 'sapedek' kat Marines Restaurant, Topsider Pool Bar, Blue Lagoon Restaurant dan Bella Vista Restaurant. Both ada breakfast, lunch, dinner dan supper. Haaa, makan sampai kenyang.

Untuk Non Muslim, boleh makan kat Dynasty Restaurant and Taipan Restaurant.



Mariners Restaurant
Dynasty/Taipan Restaurant (NON HALAL)
Topsider Pool Bar

Bella Vista Restaurant

Tea Corner
Rendezvous Bar

Sebab tu aku cakap bila naik Superstar Gemini ni senang. Sebab semuanya dah tersedia kat atas kapal. Bawa badan je. Haha.

Awasi topi anda!! SIlap haribulan melayang ke laut. Haha.

Another port nak lepak and chill adalah kat Maxim Lounge. Ni berhampiran dengan Stardust Lounge. Boleh layan orang main piano, orang nyanyi-nyanyi live band dan relax-relax sambil tunggu next show kat Stardust.


Bukan itu sahaja, ada beberapa level kat Superstar Gemini ni yang ada lukisan 3D. Yang ni korang boleh bergambar ikut kreativiti korang.

Hi, Dik Bee

Eh lupe pula .. dah guna-guna kad tu, kenalah bayar kat Reception kan? Kaunter Reception ni terletak kat tingkat 7. Berdekatan kaunter Reception ni ada kaunter Genting Reward Membership Service dan Shorex (untuk ambil pakej-pakej tour kat Phuket/Penang/Langkawi/Krabi).


SHOPPING !!!!

The best part adalah duty free shopping!!! Wah dari barang high-end brand sampailah souvenir Star Cruise, korang boleh beli kat sini. Haa, jangan tak tau .. mask muka dari Korea pun ada jual kat sini pada harga yang berpatutan.

Duty Free Shopping
Souvenirs

Atau kalau malas, book online and collect kat Ports O' Call je. Lagi jimat masa.


Dah update-update ni semua tetibe rindu pula nak naik Superstar Gemini. Haa, camana ni? Ehem, ehem Encik H.. anniversary tak lama lagi kan? Hahaha. 😜

Pepagi Dik Bee Dah Ajak Turun Naik Tangga Exercise 
Level paling atas kat Superstar Gemini
Antara Koleksi Superstar Gemini Dapat Sepanjang Pelayaran

Banyak lagi facilities kat atas kapal Superstar Gemini ni. Kalau nak share dengan korang, entah bila entry ni nak habis. Hahaha. Berbaloi-baloi dengan pakej yang mereka tawarkan. 



And last but not least, mereka juga menyediakan perkhidmatan angkut bag dari Superstar Libra ke luar kapal. Bagi yang malas nak tolak bag, siap-siap hantar bag kat bahagian bagasi. Nanti diorang kan bawa keluar bag korang ke bahagian bag di Port Klang. 

Tapi aku nasihatkan, kalau korang nak cepat, jangan hantar bag korang. Seeloknya tolak sendiri ke luar. Sebab dikhuatiri akan ambil masa yang lama. 



Percutian atas kapal ni memang something yang different dari percutian lain. Dari tengah laut ni kita boleh lihat kebesaran Yang Maha Esa. Dari tengah laut ni juga boleh tengok sunset dan sunrise yang cantik. Dari tengah laut ni juga kita boleh dapat ketenangan yang luar biasa. And aku suka sangat dan tak pernah puas untuk menikmati saat-saat yang ada kat atas kapal ni.


Doakan one day aku dapat naik kapal Genting Dream sebelah tu pula ye 😚

Halluuuuu .. halluuuuu ... hallluuuu ... masih dalam entri trip bersama Superstar Gemini .. masih banyak lagi benda yang aku nak share dengan korang. Harap bertabah!! Hew, hew, hew.

Sebut pasal pelayaran dengan Star Cruise ni kan, aku dapat banyak DM. Antaranya diorang risau 'boring'. Diorang teringin nak pergi. Tapi partner pulak jenis tak boleh duduk diam. Diorang bimbang partner bosan kat atas kapal. Aduhhhhhhhh!!! 

Ada tu risau anak terjatuh la, anak bosan lah and macam-macamlah yang diorang risau. Hey, belum naik dah macam-macam korang fikir ye ... Isk, isk, isk.

Tengok abang ni, happy je tunggu si kecil dengan belon

NO GAIS !! NO!!! Memang kalau fikir duduk atas kapal 4 hari 3 malam lama or 5 hari 4 malam lama. Tapi kita kan ada stop kat beberapa tempat. Tolak itu ini tidur berapa jam je. Melainkan kalau korang tak nak tidur dan nak duduk kat deck atas tu kira bintang lainlah cerita.

Safety Briefing - WAJIB JOIN. Kalau tak diorang cari sampai ke bilik
Hanya untuk hari pertama sahaja. 

Memang takkan terasa pun perjalananan atas kapal ni. Sebab macam-macam aktiviti kat atas Star Cruise ni yang boleh korang join. Ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR. And for kids, ada Child Care Centre. Kat sini korang boleh letak anak korang and banyak aktiviti untuk mereka. Silap haribulan diorang yang tak nak balik. Haha. 😂

First sekali, aktiviti dari pagi sampailah malam. Memang banyak sampai aku dan Dik Bee pun tak sempat nak join semua. Lepas satu-satu ... 

Sentiasa Alert Dengan Star Navigator 

Kat mana nak dapat update mengenai aktiviti-aktiviti atas kapal Star Cruise ni? Haaa, korang kena sentiasa peka dengan pamplet Star Navigator ni. Setiap pagi diorang akan selitkan kat tepi pintu. Dari pamplet ni korang boleh tahu aktiviti harian yang ada kat Superstar Gemini ni. And sometimes diorang buat announcement.

Live Band Sambil Makan Tengahari
Aktiviti for Kids

Aktiviti-aktiviti ni semua tak perlu reservation pun melainkan kalau korang nak join yang berbayar. Tapi kena be on TIME. Sebab diorang sangat tepati masa. 

Laughter Yoga
Aktiviti Ball Kat Swimming Pool

Tapi kalau ikutkan, masa sangat limited. Hanya malam je FREE dan pagi. Sebab awal pagi bangun dan pergi breakfast. Kemudian bersiap-siap sebelum sampai di pelabuhan. Tapi kalau korang jenis siap awal pagi, bolehlah join aktiviti-aktiviti pagi. 

Bollywood Class Dance

Dan yang paling aku suka adalah Circus. Very colourful and attractive. Tapi kalau korang nak tengok circus ni kenalah cepat-cepat naik cruise. Sebab aktiviti kat Superstar Gemini tak semestinya sama every month. Boleh jadi bulan ni lain, bulan depan lain. Sentiasa bertukar-tukar.


Lepas tengok Circus, tengok pula orang buat Ballet Show. Ni pun buat aku rasa nak menari ballet sama-sama. Tapi risau bergegar pula kapal tu nanti. Haha. So baik aku surrender awal-awal, pendam hasrat nak menari ballet tu. 


Arghh, tak sah kalau tengok show tanpa popcorn. Haaa, yang ni korang kena beli. BUKAN FREE. Tapi aku addicted dengan popcorn atas Superstar Gemini ni. Bau dia sedap, rasa dia pun lazat. Yang ni korang kena guna kad access korang untuk beli. So nanti sebelum balik, bayar kat kaunter reception.

Popcorn & Drinks

Malam masih muda .. tak payah tidur awal. Jom berdansa di tepi swimming pool. Aktiviti ni lain-lain setiap hari. Ada zumba dan lain-lain lagi. Tak panas ye uolsss. Sebab malam. Sejuk angin sepoi-sepoi. Serious best!

Zumba Dance
Another  Live Band 

Mana yang rasa diri sentiasa luck tu try la cuba nasib dengan jackpot! Hahaha. 😂 Yang ni memang masyuk! Kalau tak silap hari tu hadiah 6 angka cash juga diorang tawarkan. Oh ya, jangan lupa sertai cabutan bertuah dengan register guna hp. Yang ni korang boleh refer pamplet yang ada kat bilik.

Memasing tunggu nombor naik
Ballet ?? Pole Dance? 
Yang Ni Bukan Parti Mabuk-Mabuk Ye ... Ada Yang Siap Pakai Saree

Dan yang paling happening malam penutup. Persembahan dari crew-crew kapal. Kalau korang nak tau atas kapal ni berbilang bangsa dan agama. So masa aku naik ni, malam penutup diorang menari tarian masing-masing ikut negara asal. 

Persembahan Dari Crew From Vietnam Ke Myanmar
And Penutup Semua Sekali Join Menari Termasuk Penumpang Cruise

Memang best dan sempoi habis. So far atas kapal ni semua harmoni dan majmuk. Takdelah aku nampak orang terlebih minum ke apa. Rasa diorang memang limitkan. Semuanya sporting dan enjoy. Takde clubbing-clubbing. Takde mabuk-mabuk.

Dari segi keselamatan, everywhere ada CCTV. Tak perlu nak bimbang keselamatan anak korang. Aku memang terlupa nak ambil gambar aktiviti kanak-kanak kat Child Care Centre. Tapi kalau ikut pamplet Star Navigator, adalah aktiviti seperti buat coklat, dancing, lego, pyjama party and etc.

Cake Cutting Ceremony (Birthday & Star Cruise 25th Anniversary)

Jadi, masih risau kebosanan atas Superstar Gemini?? Aku rasa korang sendiri akan enjoy dengan show, makan tanpa henti dan macam-macam lagi kat atas kapal ni. Sit back, relax and enjoy cruising.


__________________________________________

American Airliner Plane