Latest Posts

Showing posts with label OXFORDSHIRE. Show all posts
Showing posts with label OXFORDSHIRE. Show all posts
Ramai yang dah jatuh cinta kat bumi Oxford. Ada yang dah excited dan teruja nak ke sana nanti. Alhamdulillah. Tak rugi rasanya kalau kita mengembara ke tempat orang. Lain tempat, lain budayanya. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak kita belajar. Hehehe.

Oxfordshire atau Oxford ni terkenal kerana salah sebuah universiti terbaik di dunia terletak di sini, tak lain tak bukan, University Of Oxford. Bukan itu sahaja, kat sini juga tempat kelahiran Richard The Lionheart iaitu King Of England.

TRAVEL TO OXFORD

By Bus
Kalau korang dari Heathrow Airport, korang boleh naik bas The Airline (setiap 20 minit), atau dari Gatwick Airport (setiap sejam). Bas ini beroperasi selama 24 jam. Kalau korang dari London, korang boleh naik bas National ExpressOxford Tube atau X90 dari Station Bas Victoria London. 

By Train
Cara mudah untuk ke Oxford sebenarnya adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Paddington, London. Tapi aku nasihatkan korang, kalau nak beli tiket, belilah seawal yang mungkin. Untuk booking tiket sama dan train ni mahupun EUROTRAIN, aku suggest guna website ni : Trainline.com

By Car
Dari London ke Oxford jaraknya adalah 62 KM. Untuk ke Oxford  dengan kereta, sila guna highway M4, M25 dan M40.

By Water
Yang ni baru aku tahu rupa-rupanya ada cara lain untuk ke sini dengan menggunakan laluan air. Sama ada dengan menaiki private boat atau Salters Steamer dari Abingdon

TOURIST ATTRACTION IN OXFORD


University Of Oxford mempunyai 38 college, antaranya seperti Trinity College, Magdalen College, Balliol College, Christ Church College, Exeter College, Jesus College, Nuffield College dan lain-lain lagi. Tapi yang famous seperti Christ Church College dan Bodleian Library (tempat penggambaran Harry Potter di Oxford). Ada kolej yang korang boleh masuk secara FREE, ada yang masuk berbayar dan ada juga yang langsung korang tak boleh masuk.

Oxford ni takdelah besar mana. Kalau jalan kaki pun boleh. =)


1) Museum Of Oxford

kisah tatie PUNYA

2) Sheldonian Theatre

kisah tatie PUNYA

3) Ashmolean Museum Of Art & Archaelogy

kisah tatie PUNYA

4) Radcliffe Camera

kisah tatie PUNYA

5) Carfax Tower 


6) The University Church Of St Mary The Virgin

(Tower kat sini adalah terbaik untuk korang panjat .. view yang cantik)



7) University Of Oxford Botanical Garden



8) Christ Church College / Christ Church Meadow



9) Folly Bridge (Boat Trips)



10) The River Cherwell

Chauffeured Punts
£25/30 minit : maximum 4 org

Self Drive 

£20/hour : maximum 5 org



Aku suggest beberapa tempat lain seperti :
++ Oxford Castle Unlocked
++ Bridge Of Sighs
++ Pitt River Museums
++ Iffley Lock

HALAL FOOD IN OXFORD


Mengenai makanan HALAL pula, aku boleh cakap, kat Oxford ni harga makanan dia lebih mahal dari London. FUH..  *berpeluh jap*

Antara yang korang boleh singgah RESTORAN HALAL DI OXFORD seperti Kebab Kid, Restoran Aziz di Cowley Road, As-Salam di Park End Street (belakang Hotel Royal Oxford), Nandos di Cowley Road dan pendek cerita, kat Cowley Road terdapat banyak restoran halal. 

Korang boleh rujuk website Zabihah untuk dapatkan list-list restoran halal di serata dunia.


Kebab Kid

Open Doner Kebab

SHOPPING IN OXFORD

Yang ni paling best, sebab ia adalah terapi STRESS. Muahahaha. Bagi kaki-kaki shopping, kat Oxford | Oxfordshire ni ibarat sebuah tempat shopping yang macam-macam adaaaa...

Bicester Village

Terletak jauh sikit dari bandar (lebih kurang 25 minit perjalanan dengan bas), kat sini adalah tumpuan masyarakat dari serata dunia. Kalau cakap je outlet di UK, rata-rata mesti bagi jawapan Bicester Village. Bicester Village ni adalah rangkaian Chic Outlet.



Oxford Campus Shop

Tak teringin ke nak menyarungkan sweater University Of Oxford? Meskipun hajat nak masuk belajar kat sana tak kesampaian, at least bila menyarungkan sweater-sweater ni dapat jugalah aura mereka. Muahaha. 

Kalau nak beli sweater atau apa sahaja produk yang ada label University Of Oxford, sila-silalah ke kedai ni. Harga memang berpatutan dan paling penting, ORIGINAL babe.

\

Cornmarket Street

Street paling aku suka sebab semua ada. Nak cari Lush, Gap, WHSmith and etc, sila cari kat sini


Oxford City Markets

Ala, lebih kurang macam carboot sale. Jualan barang antik samada baru mahupun terpakai. Eh, bukan antik je, ada juga buku, makanan, baju, scarf dan banyak lagi. Tapi agak mahal la jika dibandingkan dengan tempat lain macam Kent atau Scotland. Terletak di Gloucester Green (berhadapan dengan Kebab Kid). Arghhh, senang cerita belakang stesen bas je.. Hihihihi.


The Covered Market

The Covered Market ini pula adalah sebuah market yang besar. Kat dalam ni pun boleh tahan, macam-macam ada. Ada jual daging, ada jual roti kasut, bunga dan banyak lagi. But, dia lebih kepada makanan. Cubalah try milkshake yang dijual kat dalam ni. Sedap!! Oh ya, aku boleh simpulkan tempat ni lebih kurang macam pasar lah, cuma up sikit dan dipelopori oleh lebih 50 orang peniaga.


Clarendon Centre

Looking for shopping mall at Oxford? Silalah ke sini. Selain dari Westgate Shopping Centre, Clarendone Centre ni juga antara yang menjadi tumpuan. Persamaan Clarendon dengan Westgate adalah dua-dua ni bangunan setingkat. Tapi macam-macam brand ada. 

Kalau kat Clarendon Centre ni, dia ada H&M, The Perfume Shop, Claire's, Zara dan etc.



Itu sahajalah buat kali ni. Hopefully dapat membantu korang yang pertama kali ke Oxford. Kat Oxford ni boleh ambil bas Hop In-Hop Off, lebih senang. 

Or jalan kaki pun boleh. Terdapat jugak University Tour yang boleh korang join. Masuk ke kolej-kolej di University Of Oxford dan melihat sendiri pelajar-pelajar cemerlang ini. FYI, aku dapat tahu terdapat 100 orang pelajar dari Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti ini. WOW, bravo. 

Apa-apapun, have fun you all. Kalau ada apa-apa nak tanya, bolehlah email direct ke sweet_tatie88@yahoo.co.uk  .... :)
Bercerita pasal hotel dah, kini aku nak story pasal cara-cara nak ke Oxfordshire. Terdapat dua cara untuk ke Oxford, korang boleh naik train atau naik bas. Tapi aku prefer naik bas. Bas kat sini bukan calang-calang bas. Keselesaan terjamin tau.

Dan terdapat beberapa bas yang dari London to Oxford, tapi aku suggest naiklah OXFORD TUBE. Ini bukanlah kali pertama aku naik bas ni. Dulu pun aku naik bas yang sama juga dan ternyata sangat berpuas hati. Selain dari tempat duduk yang selesa, korang juga boleh menikmati WIFI percuma sepanjang perjalanan dari London-Oxford-London. Best kan?

Dan bagi siapa nak pergi Bicester, agak-agak nak berjimat, bolehlah naik bas, kemudian dari Oxford naik another bus to Biscester Village. U can save more money! yipeeee.

bas dua tingkat

TICKET PRICE FOR OXFORD TUBE BAS


tak jelas mengenai harga? tukar currency di sini : XE Currency

jangan lupa PRINT tiket anda bagi yang beli online

CARA-CARA NAK BELI TIKET BAS DI LONDON | Cara-cara nak beli tiket sangatlah mudah. Kalau kat London, usually korang boleh beli via online or direct terus ke sana. But I suggest beli online. Senang. Tapi jangan lupa print tiket korang tu untuk ditunjukkan masa naik nanti.

Seperti Oxford Tube Bas, korang boleh beli masa nak naik. Memang mudah!

Don't !!
Plug
Tempat duduk bawah
Tempat duduk atas
Jom Naik Oxfordtube

So, kalau merancang nak pergi Oxford, cepat-cepat book tiket anda. Alah kalau pergi Bicester Village pun baru £18/return + £5/return .. lebih murah dari naik train or ChicOutlet Bus. Hehehe.

Nah .... terus ke laman web mereka dengan click sini : Oxford Tube Bas


~Selamat Melancong~

Memang tak munasabah harga penginapan kat Oxford ni. Bukan setakat penginapan, makanan pun jauh lebih mahal berbanding di Kota London. Aku boleh umpamakan Oxford ni seperti Shah Alam. Ha, gitulah. Mungkin disebabkan kat sini ramai student... Maybe. Entahlahhhh. Hahaha.

Apapun, hari ni aku nak bercerita mengenai Royal Oxford Hotel, Oxfordshire. Menginap di sini selama seminggu, buatkan aku hafal pukul berapa diorang pergi kelas, balik kelas, berapa minit traffic light merah, hijau... blablabla. OK, tipu je. Takde makna nak menelaah tu semua. Hahaha.


Tapi, apa yang aku tahu, hotel Royal Oxford ni terletak berdekatan dengan Railway Station dan paling best, kalau korang nak pergi Bicester Village, ada bas ke sana di hadapan Railway Station dan tambangnya hanya £2.50 je.. Murahkan? (Murahlaaa kalau nak dibandingkan dari London)

Royal Oxford Hotel

Bercerita mengenai harga, seperti aku cakap tadi memang tak munasabah dengan taraf hotel ni yang hanya 3 bintang sahaja. Kalau kat KL dah boleh menginap kat Hotel Mandarin Oriental dah. Tapi apa boleh buat.. sobsobsob. Tapi bila ditanya kenapa harganya begini, kata mereka lokasi hotel ni strategik. Berhampiran dengan railway station dan juga bandar Oxford. Oh, begitu. =B


Bagi Non-Muslim, kat bawah hotel ni terdapat restoran Korea, Bamboo Korean Food Oxford (click SINI). Bagi Muslim pula terdapat restoran arab yang berhampiran dengan hotel ini. Mudah kan? 10 minutes walk to shopping mall dan 12 minutes walk to station bus. 

kaunter reception

lobi

risalah pelancongan

award

TAPI.. TAPI ... hotel ni TAKDE LIFT !!


sekali sekala exercise ... =p

And masa aku menginap kat sini, diorang bagi FREE BREAKFAST
Tapi as usual, cereal menjadi pilihan. Nak makan lain, was-was.


Breakfast time...

Sekarang, mari tengok BILIK.
Macamana rupanya bilik kat Royal Oxford Hotel ni? 


hallway

Jenis Bilik : Double Room


Bilik yang agak luas ... 

TV and blablabla

Selfieeee.. Hahaha

Biskut tu sedappppp gila!!!
Ingat nak borong, tapi jenama Coronet ni hanya buat untuk hotel je.. isk isk

and Hot Chocolate ni pun sedap! Terbaik.
Fruits
Toilet

Pemandangan Luar : 
Said Business School, University Of Oxford


and ingat, jangan lupa ambil semua ni... PANDUAN di Oxford. Haha.


Secara keseluruhannya, hotel ni okay. Selesa! FREE WIFI, ada aircond (setengah hotel kat europe ni takde aircond.. LOL). Bilik yang luas, staff yang super friendly, clean dan senang nak pergi mana-mana.

ROYAL OXFORD HOTEL
Park End Street
Oxford OX1 1HR

Facebook :

Website :
Istana Lama Oxford | Oxford Castle. Fuh.. Fuh. Berhabuk kejap blog ni. Terhenti kejap mood nak update gara-gara busy melampau semasa kat London hari tu. And now, aku dah balik!!!

Back to normal routine, update blog! Yeah.

First of all, assalamualaikum semua.  Selamat menyambut bulan Ramadan. Memang mencabar berpuasa di London. 19 Jam ++. Kalau malas nak bersahur tu gamaknya 24 jamlah jawabnya tak makan tak minum. 

Dan hari ni, aku nak bercerita mengenai Oxford Castle.

struktur lama kawasan Istana Oxford

Kat mana Oxford Castle ni? Apa yang best mengenai Oxford Castle? Berapa harga tiket masuk ke Oxford Castle ni? Macam-macam lagilah... Hopefully entry kali ni membantu korang yang tengah plan nak melancong ke Oxfordshire.

Oxford Castle terletak kat Oxfordshire. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota London. Senang cerita berhampiran dengan University Of Oxford.  


Oxford Castle ni dibina pada tahun 1071 oleh Robert d'Oilly. Banyak kerja pembinaan, pemulihan dan lain-lain dijalankan kat Oxford Castle ni. Kalau diikutkan pada saiz sebenar, Oxford Castle ni sangat besar. Namun dek kerana perang dan lain-lain maka tinggallah beberapa bahagian yang kini dijadikan sebagai hotel (Malmaison) dan Oxford Castle Unlocked.

Persekitaran di Oxford Castle

Nak tengok hantu? Hanya pada Jumaat & Friday

Kedai Souvenir
Harga Tiket

Untuk tiket masuk ke Oxford Castle ini, korang boleh beli direct kat Oxford Castle Unlocked atau beli secara online di laman sesawang : OxfordCastle.

Harga tiket masuk ke Oxford Castle Unlocked adalah £8.45 (via online). Berbeza dengan harga walk in £9.95. So kalau nak jimat, beli online. 



Masa mula-mula kami dibawa oleh tour guide kami, Mr Barker. Mr Barker menerangkan tentang sejarah Istana Oxford ni. Memang seram. Di sini juga pernah dijadikan sebagai penjara. Kalau PENJARA PUDU tu pun seramnya dah menggerunkan ramai orang, apatah lagi Istana Oxford ni yang berusia ratusan tahun.

Mr Barker

Pada abad ke 14, istana ini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran daerah dan penjara. Namun keadaan menjadi buruk pada abad ke 18 semasa perang saudara Inggeris dan yang tinggal pada masa tu hanyalah penjara. Selebihnya, musnah.

Bangunan Hotel Malmaison yang sekarang ini adalah kompleks penjara baru yang dibina pada tahun 1785, namun ditutup pada tahun 1996 untuk diubah suai sebagai hotel. 

Hotel Malmaison

Penjara Oxford

pintu masuk penjara


tingkap kecil


hukuman pancung

Jom pergi bahagian atas pula...

Pemandangan Bandar Oxford

Habis tour ke bahagian atas, kami turun kembali. Dan selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berjalan sekitar bangunan ini dengan sendiri.













Yang bawah ni pula, aku rasa tempat warden penjara .. MAYBE.



Dan pemandangan luar yang dah di-upgradekan 



Bahagian bawah yang dijadikan sebagai chapel suatu ketika dahulu

P/s :
Chapel ni dipercayai tempat kelahiran King Arthur.

Cafe

help meeee =P

Tak puas menjelajah kat dalam istana? 
Boleh teruskan perjalanan ke Oxford Castle Mound dengan bayaran £1

Belakang aku tu Oxford Castle Mound

Memang seram. Nasiblah aku pergi siang hari. Agak-agak kalau pergi malam, mahu meremang bulu roma ni. Eh, sebut pasal penjara. Diorang ada paparkan antara muka-muka banduan yang pernah dimasukkan ke sini. Ada juga kesalahan-kesalahan ringan seperti curi ayam, curi 7 sen pun ada, curi roti dan macam-macam lagi. Aku dikhabarkan zaman dulu kala, pemerintah kat daerah ni agak kuku besi jugalah.

Alah pempahamlah dulu kala punya penyiksaan banduan macamana. Kalau direnung-renungkan apa Mr Barker tu cerita, agak kesianlah juga. Tapi apa boleh buat, zaman dah berlalu. Syukur aku hidup di zaman ini. Alhamdulillah.

Like Facebook Oxford Castle Unlocked sekarang 


Sexy Red Lips