Latest Posts

Showing posts with label OSAKA. Show all posts
Showing posts with label OSAKA. Show all posts
Kalau tak bertukar-tukar hotel memang tak sah. Itulah aku. Kengkadang kat sana, kengkadang kat sini. Bukannya apa, sekadar nak merasa peralihan angin. Memang leceh, nak packing, nak tolak beg, nak check in, nak check out. Huh, penat!

Tapi dalam penat pun sebenarnya best. Boleh explore tempat lain dengan lebih luas lagi. Selain dari X-Wave Hotel di Umeda, aku juga menginap di Kansai Airport Washington pada malam terakhir aku kat Osaka.

Kansai Airport Washington Japan

Tatie Was Here

Bagi yang gila shopping, gila outlet, gila branded things, ini hotel terbaik untuk korang. Serious aku tak tipu. Sebab jalan kaki 10 minutes je ke Rinku Premium Outlet. Korang boleh shopping, balik hotel, shopping lagi, balik hotel.. ha ulanglah sampai pengsan! Hahaha. Errr, sanggup ke?

Kalau korang perhatikan, memang malam-malam terakhir aku suka menginap di airport hotel. Baik di India, Jakarta mahupun Paris. Semuanya sebab mudah. Serik dah nak tertinggal flight. Kalau stay berhampiran airport, diorang ada sediakan free shuttle. Bolehlah jalan lenggang lenggok mak minah. Hiks!

Menggunakan Toiletries Jenama Shiseido

Water Good For Drinking
Kimono
Sandal

Pemandangan Luar Bilik
Pemandangan  Hotel Waktu Malam
Jejantas Menghubungkan Hotel-Outlet

Keluasan bilik lagi luas dari X-Wave hotel. Berhampiran dengan hotel ni juga ada stesen keretapi untuk ke town. Harga tiket keretapi jangan tanya. Sebab aku dah beli return ticket (bas) dari Kansai Airport. So, dari Kansai Airport aku naik shuttle bas ke Kansai Washington Hotel. Hehehe. Jimat!

Kansai Airport Washington Hotel
1-7, Rinku Orai-kita, Izumisano-city, 
Kansai International Airport, Osaka,
Japan.

Website :

Ikutkan hati nak je aku skip HEP Five Ferris Wheel Osaka ni. Cukuplah Tempozan Ferris Wheel yang aku pergi petang tu. Takkanlah dari pagi sampai malam nak ber-ferris wheel je kan? Tak kuasa aku heh!

Tapi nak buat camana. Ini antara salah satu tempat dalam Osaka Amazing Travel Pass yang dibuka sampai malam. Kedudukan HEP Five Ferris Wheel ni tak jauh dengan hotel aku. Alang-alang nak balik hotel, singgahlah kejap menghabiskan masa. Haha. Pulak dah!


BERBALOI KE TAK NAIK HEP FIVE FERRIS WHEEL OSAKA

Nak cakap berbaloi ke tak naik HEP Five Ferris Wheel ni sebenarnya terpulang kat korang. Memang kat Osaka ni, ada banyakkkkkkkkkkkkkk ferris wheel. Tetapi HEP Five Ferris Wheel ni terletak di tingkat 7 pusat membeli belah HEP Five. Kat tengah-tengah antara mall dengan mall. 
Tiket Masuk

HEP, (bukan hal ehwal pelajar okay, tetapi Hankyu Entertainment Park) milik Hankyu Hanshin Holding. Kat sini ada lebih 100 outlet pakaian, restoran-restoran dan lain-lain.

Apa yang menyeronokkan, korang boleh plug in phone atau ipod korang untuk mendengar muzik pilihan di speaker yang disediakan dalam gondola ini.  


"106 diameter above the ground & air conditioned"

Selfie

Naik malam memang tak nampak pape melainkan cahaya lampu yang gemerlapan.

Dikelilingi Bangunan-Bangunan Di Sekitar Kita-Ku


Tiket Price HEP Five Ferris Wheel :
500 yen

Operation Hours :
11 am - 11pm (last boarding 1045pm)


Dalam banyak-banyak tempat dalam pakej Osaka Amazing Travel Pass, yang paling aku suka adalah Santa Maria Cruise. Santa Maria Cruise ni lah satu-satunya tempat dalam Osaka Amazing Travel Pass yang sentiasa dipenuhi pengunjung. 

Sampai aku terpaksa berebut-rebut nak beraturlah. Hahaha. Untuk ke sini, aku menaiki Subway Chuo Line dan turun di Stesen Osakako atau Cosmosquare. Yang tak bestnya, aku pergi seorang. Jadi sepanjang pelayaran, ibarat lone rangerlah aku. Tsk Tsk. T_T

Tempozan

Santa Maria Cruise ni terletak di Tempozan Harbor Village. Kat sini juga terdapat attraction lain seperti Tempozan Ferris Wheel, Osaka Aquarium Kaiyukan dan Captain Line. Dalam semua ni, hanya Osaka Aquarium Kaiyukan sahaja tak termasuk dalam pakej. Yang tu kena bayar asing.

Tempozan Harbor Village

SANTA MARIA CRUISE OSAKA

Ramai yang suggest pergi malam. Sebab waktu malam, pemandangan  sekitar bay sangatlah cantik. Diserikan lagi dengan limpahan cahaya malam. Tapi aku lagi suka siang sebab boleh nampak pemandangan jauh (kalau tak hujan dan tak berkabuslah). Ha, tak kisahlah mana-mana. Dua-dua pun okay.


Bila aku naik Santa Maria Cruise ni, maka aku boleh skip Captain Line. Captain Line tu kat mana-mana pun ada. tapi Santa Maria Cruise ni unik sikit sebab reka bentuk kapal yang sangat menarik dan antik. Pelayaran selama 45 minit dan mengelilingi kawasan-kawasan menarik di Osaka.

Dan, bagi yang suka anti-social, kat Santa Maria Cruise ni juga ada FREE WIFI untuk korang. Bahaha. Untunglah kan? Boleh update Instagram terus.

Santa Maria Cruise

Antara Pemandangan-Pemandangan Dari Atas Kapal

Tempozan Bridge
Bridge lagi
Pemandangan Bangunan

Santa Maria Cruise Osaka ini sangat luas. Korang boleh pilih nak duduk atas, dalam (beraircond) atau bawah. Tapi kebiasaannya, orang tak duduk tetap pun. 45 minit tu dipenuhi dengan jalan-jalan di atas kapal. Rugi kalau duduk setempat je.

Bahagian Atas Kapal


Bahagian Bawah Kapal


Bahagian Dalam Kapal

Kafe

Terdapat juga galeri mengenai dunia pelayaran dan lain-lain..


Kalau korang beli Osaka Amazing Travel Pass ni, kira free je masuk Santa Maria Cruise. Sebab termasuk dalam pakej. Tapi kalau beli asing, korang kena bayar 1600 per entry untuk ke Santa Maria Cruise ni. But for me antara Captain Line dan Santa Maria Cruise ni, lagi baik naik Santa Maria Cruise. Lain dari yang lain.


Santa Maria Cruise
Kaigandori Minato-ku, Osaka

Operation Hours :
11am - 4 pm

Harga Tiket :
1600 yen 
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)




Next ke Tempozan Giant Ferris Wheel Osaka.

Tempozan Giant Ferries Wheel

Sebelum kewujudan ferris wheel  London Eye, Tempozan Giant Ferris Wheel menduduki takhta nombor satu sebagai ferris wheel tertinggi di dunia. Berdiameter 100 meter dan tinggi 112.5 meter, Tempozan Giant Ferries Wheel ini mempunyai 60 buah tempat duduk.


Setiap orang dibenarkan naik satu pusingan. Kalau nak naik lagi terpaksalah beratur sekali lagi. Dari atas ni korang boleh nampak pemandangan sekitar Tempozan Harbor Village, Jambatan Akashi, Gunung Rokko dan bandar Osaka.

Ini Baru Selfie.. Haha
Pemandangan Bawah

Tempozan Ferries Wheel
Kaigandori Minato-ku, Osaka

Operation Hours :
10am - 9.30 pm

Harga Tiket :
700 yen 
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)

THE EASIEST WAY TO UNIVERSAL STUDIO JAPAN | Kata Cik Salmiah, kalau ke Osaka tak sahlah kalau tidak ke Universal City. Eh, kenapa pula? Ada-ada je Cik Salmiah ni. Haha.

Maka, aku dengan curious dan bersemangat nak tahu kenapa, pagi-pagi dah tercegat kat Osaka Station City. Ha, nasiblah Osaka Station City dengan Hotel X-Wave Umeda tak jauh mana. Jalan kaki je. Korang lalu je bawah tanah tu. Sambil-sambil tu boleh window shopping. Ngee.

 Osaka Station City
Laluan Bawah Tanah Ke Subway/Train & Lain-lain

Sebut pasal Osaka Station City, kat sinilah laluannya untuk ke tempat lain sekitar Jepun dengan menaiki JR Line dan lain-lain. Boleh sesat tau kat bawah ni. Sebab laluannya amat luas. Aku sarankan korang print screen cepat-cepat map kat bawah ni. Laluan bawah ini juga menghubungkan North Gate Building dengan South Gate Building. Jangan pula korang terkejut bila nampak Hermes kat bawah ni. Haha.

 Osaka Station City
Maps
 Osaka Station City
Osaka Station City
 Osaka Station City
Beli Tiket

Harga Tiket JR Line Dari Osaka Station City ke Universal City murah je. Tak mahal mana pun. Dalam 180 yen/sehala. Kalau convert dalam RM6 macam tu. Sebelum ke sini, mati-mati aku ingat beratus-ratus. Hish, bikin suspend je lah diorang ni. Kan aku dah cakap, takdela mahal mana pun kat sini.

 Osaka Station City
Tiket ke Universal City

Stesen Keretapi kat Osaka ni sangat-sangat meriah dengan muzik. Bukan muzik rock, pop mahupun tradisional. Tetapi muzik yang menceriakan. Bila dengar tu, rasa seronok je. Nak joget-joget.

 Osaka Station City
Jalan Nak Laju Je Diorang Ni
 Osaka Station City
Bergambar Dulu .. Thanks Kakak

Dari Osaka Station City ke Universal City takdelah jauh mana. First time aku nak JR Line. Well, not bad. Apa yang aku perhatikan, orang Jepun ni pantang naik train, mesti tidur. Kata member aku yang belajar kat Jepun, tu je waktu tidur diorang. Selebihnya kerja, kerja dan kerja. Owh!

 Osaka Station City
Universal City

Lebih kurang sama macam Singapore tapi versi Jepun. Macam aku cakap kat entry lepas, Jepun ni culture dia sangat unik. Jadi bila ke Universal City Walk, suasananya berbeza dengan Singapore. 

Universal City Walk, Japan

Macam-Macam Ada

Muzium Tokoyaki

Shop | Food | Souvenir

And, Universal Studio Japan (USJ). Tapi aku tak masuk pun. Rasa macam tak syokla pergi seorang diri. Awkward! Memang ikut hati nak sangat masuk dan memang dah beratur untuk beli tiket, tapi cancel last minute. Yang ni memang tak boleh pergi seorang. 

Tambahan lagi, masa aku pergi tu hujan. Memang membazirlah kalau masuk. Haha. Jadi bergambar kat luar je lah. Maybe next time dengan Encik H.

Universal Studio Japan
Bergambar Di Hadapan Universal Studio Japan

Universal Studio Japan
Hujan-Hujan Pun Bersemangat

Universal Studio Japan Price Ticket
Harga Tiket Masuk Universal Studio Japan

Untuk mengubati rasa kecewa, jom shopping kat Hard Rock Cafe Osaka.

hard rock cafe osaka
Berhadapan Dengan Pintu Universal Studio Japan

Sekarang masa untuk balik ke Osaka Station City. Nak balik ni, kena tukar train kat satu station tu. Aku lupalah nama dia apa. Ampun! Banyak sangat nak ingat.

Tenang Setenang Tenangnya
Selfie Dulu 

Senangkan? Takdelah sesat untuk ke sana. Kat Jepun ni, senang je nak faham map train dia. Masa mula-mula tengok memang pening. Tapi relax dan baru baca. Kalau tak faham bertanya. Tapi aku tak sarankan untuk bertanya, sebab memang terus failed. Tak semuanya pandai berbahasa Inggeris. Haha.

Osaka Loop Line

Selamat Bercuti !! =)

American Airliner Plane