Latest Posts

Showing posts with label MANILA. Show all posts
Showing posts with label MANILA. Show all posts
Saje aku simpan entri ni lama-lama kat draft. Tapi kesian pula kat mereka yang asyik-asyik tanya.. "Hotel apa yang best kat Manila??". Okaylah, aku buka cerita. Tak sampai hati pulak nak simpan seorang. Lagipun hotel ni best dan selesa. Ngeee.

Ini trip kedua ke Manila. Kalau compare hotel sebelum ni dengan yang sekarang, best lagi yang sekarang ni. F1 Hotel Manila ni terletak di kedudukan yang best. Dekat dengan restoran halal, dekat dengan shopping mall dan lain-lain lagi. 

Makan, makan, makan .. Janji dekat dengan restoran halal!

Me & F1 Hotel Manila

F1 Hotel Manila ni dulu dikenali sebagai Best Western Premier F1 Hotel. Tapi aku lagi suka nama sekarang. Pendek dan senang nak ingat. Hotel ni takdelah jauh mana dengan airport. Lebih kurang 6.3 km je. Tapi aku ingatkan korang. Manila ni jam dia boleh tahan persis Jakarta. So, janganla take sweet time bila nak ke airport. Takut nanti terlepas flight.


Lobi hotel ni terletak di tingkat atas. Pelikkan? Apa-apa sajalah, asalkan selesa. Hotel ni juga menyediakan free shuttle untuk kemudahan pengunjung yang menginap di sini.

Free Shuttle Service

Memang aku tatau langsung jenis bilik, rupa bilik, keadaan bilik. Sebab trip ke Manila ni semuanya Airasia yang tanggung. Aku pula lupa nak survey. Pasrah je la dapat bilik macamanapun. Tapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, mata aku terpukau. Homai...!!! Cantik gila.

Jenis Bilik : City Suite


Lepas je dapat bilik, terus aku keluar merayap sekitar hotel. Excited punya pasal. Haha. Hotel F1 Manila ni memang tak mengecewakan. Dari segi bilik, kemudahan sampailah ke lokasi. Aku suka semuanya. Hahaha.

Swimming Pool Sampai 3 .. Hahaha. 
TropicalVibe Bar
Spa
Gym

Cepat-cepatlah book hotel ni! Have fun in Manila. :)


She's very humble, educated and friendly. Itulah gambaran yang aku dapat ungkapkan mengenai Chief Executive Officer Airasia Zest (Philippines), Joy Caneba. Pertemuan dengannya yang diatur oleh Airasia Berhad semasa lawatan ke Manila baru-baru ni begitu bermakna sekali.

Serious, dia sangat-sangat humble. Berperwatakan ceria, aku tak rasa kekok bila berborak dengan dia. Seperti makan malam biasa dengan rakan-rakan, tidak formal dan banyak benda kami bualkan. Pasal Airasia lah, pasal dunia bloglah, pasal Philippineslah dan macam-macam lagi. 

Chief Executive Officer Airasia Zest, Joy Caneba

Lokasi makan malam ini di salah sebuah restoran rangkaian Hossein di Serendra. Kalau korang ke Manila, tak perlu risau tentang makanan Halal. Sebab Restoran Hossein ni ada banyak cawangan. Kunjungan ke Manila pada tahun 2013 lepas, aku sempat makan di Restoran Gilak by Hossein di Makati dan kali ini di Serendra pula. Both mempunyai menu yang sama dan maintain sedap.

Group Photo With Airasia Staffs

Next target nak jumpa Group CEO, Tony Fernandez dan CEO Airasia Malaysia, Aireen Omar. Entah bilalah nak jumpa dua-dua tu. Tak sabar pula rasanya. Mereka ni inspire me a lot! Semangat diorang, perghhhhh!! Tak boleh nak describe macamana, tapi faham-fahamlah bila berada di keliling orang yang berjaya, pasti kita kena tempiasnya juga. Serious!


_______________________________________________

Ini adalah sebahagian dari Fam Trip Airasia ke Bohol November 2014. Terima kasih Airasia, Airasia PH, Tourism Bohol dan Angels' Wings Tours & Travel. Untuk ke Bohol, korang perlu menaiki flight dari Manila menggunakan penerbangan Airasia Zest. Senang je, just purchase ticket KL - Manila - Bohol - Manila - KL. Airasia Zest terbang ke Manila 2x sehari dan Airasia Zest terbang ke Bohol 3x sehari. Everyone can fly ~

[[ Kuala Lumpur to Manila via Airasia ]]


[[ Manila to Tagbilaran via Airasia ]]




bersambung kisah terakhir, Boracay & Manila bahagian terakhir. seperti biasa, kami check-in di BSA Tower. entah kenapa hotel tu jadi pilihan.. yang pasti depan mall. senang.. hahaha. selama 2 malam di sini sebelum pulang ke tanah air. sayu je rasa... tapi lagi sayu, tak lama lagi kawanku ini nak tinggal kat sana.. mungkin untuk selama-lamanya.. *mood sedih*

otw back dari Boracay. tengah cuak pun sempat.
hahaha 

BSA towers kami datang lagi


bilik seperti sebelumnya, cuma kali ni kami di tower A. I really like this room, luas dan bersih. cuma nak guna peralatan memasak tu agak was-was lah. tapi takpe, small matters. sebelum check in, kami ke rumah baru haziqah terlebih dahulu. maklumlah, ambil dulu bag yang ditinggalkan selama ke Boracay. hehehe




dan kebesokan harinya, I request nak pergi tempat-tempat menarik di Manila. yela, kata orang tak sahlah pergi sesuatu tempat tanpa pergi tempat wajib kan? Ibarat pergi rumah orang, sudah tentu kena kenal dulu tuan rumahnya dahulu.. eceh. Tapi sayangnya, pagi tu I tak beberapa sihat.. mungkin akibat cemas dan panik dengan flight semalam.. =[

Intramuros, Manila

nak tahu apa ada kat Intramuros ni? ada sesiapa pernah dengar Fort Santiago? or Jose Rizal? sejarah Philippines... okay, malas nak explain kat sini.. rajin-rajinlah google. Jose Rizal ni kira tokoh sejarah kat sini dan orangnya amat bijak sekali. jadi nak tahu lebih lanjut kenalah ke Intramuros ni. semua berkaitan dengan dia. hehehehe. =D


so many attractions kat Philippines ni and most of them 
adalah berkaitan dengan alam semulajadi


memandangkan kami berdua GM "gemuk dan malas", kami pilih untuk menaiki kereta kuda ni untuk berjalan-jalan sekitar Intramuros dan Fort Santiago ni. hehehe







Jose Rizal ni sangat kecil orangnya dan inilah tempat terakhir dia dipenjarakan

walaupun kecil, kakinya sangat besar.. hahaha.



















erkk tak boleh masuk.. 
pstttt dengar cerita banyak HAN kat sini


my part time job :p

dari sini kami ke Promenade Greenhills. FUH. serious best sangat tempat ni ni. kalau nak beli mutiara (original one dari murah ke mahal), souvenirs dan casing handphone... silalah ke sini.. sayangnya masa tak cukup. sebab banyak dihabiskan kat Intramuros tadi... so, tak sempatlah nak shopping sakan.






as I said before, Manila ni punya shopping mall, tak sah kalau tak besar...


then, kami dinner di Arya, restaurant arab yang diyakini HALAL.
(HALAL RESTAURANT IN MANILA)










 habis makan, nak balik dah???

BELUM LAGI.....!!!!

dari sini kami ke Hard Rock Cafe Makati.  






 yeayyyy.. now boleh balik hotel. 

HAPPY... happy... HAPPY

kebesokan harinya, sebelum balik.. as usual, kami singgah dulu mall depan hotel kami. FYI, kat mall ni ada satu kedai yang sangat best. kedai jual alat-alat jahitan. bukan sekadar tu, dari seurat benang sampailah ke kain,cekak dan keronsang pun ada jual sekali. lengkaplah kedai ni.. I promise to myself, next time datang Manila.. ini kedai wajib pergi. hahahahaha.


and terima kasih to Pinoy to be, Miss Ajikah...
next time, ajak lagi. hehehe

counting days nak jadi MRS. ehem


 maka, tamatlah cerita Manila dan Boracay...


|| thanks for reaDing ||

TRAVELOGUE PHILIPPINES
Sexy Red Lips