Latest Posts

Showing posts with label MACAU. Show all posts
Showing posts with label MACAU. Show all posts
Aku suka gila hotel ni. Aku suka segalanya tentang bilik yang aku stay tempoh hari. Definitely, ini adalah yang paling best pernah aku pergi. Meskipun dari luar, hotel ni nampak tidak segah seperti hotel-hotel lain yang ada kat Macau ni, tapi once masuk ke dalam bilik dia, korang akan rasa berat hati untuk keluar. Terlalu ohsem!!

Harbourview Hotel Macau ni hotel terbaru kat Macau. Lokasinya di Fisherman's Wharf. Berdekatan hotel ni terdapat restoran halal, Taste of India. Ini buat aku lagi excited untuk menginap kat sini. 

Harbourview Hotel Di Waktu Malam
Persekitaran Luar Hotel Di Waktu Siang

Kebanyakan attraction kat Macau ni adalah kat hotel. Boleh dikatakan setiap hotel ada keistimewaannya tersendiri. Tapi hotel ni, bilik dia memang terbaik. Even kitorang buat trip ke beberapa hotel ternama di Macau ni pun, belum boleh menandingi bilik kat Harvourview ni.

Persekitaran Lobi
Jom Check-In Dulu
Hallway Pun Dah Cantik
Ini Bilik Aku

Setiap sorang diberi satu bilik dan bilik aku kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Buka je pintu terus ternganga. Subhanallah, cantiknya bilik. Feeling-feeling princess gittew. Dengan katil yang super empuk, bau bilik yang masih baru dan perabot-perabot cantik. Marvellousnya, ishhhh. 


Tengok dengan real, lagi korang jatuh hati. Terus aku amek gambar untuk diilhamkan kat rumah baru nanti. Hewhew. Tapi memang cantiklah. Jatuh cinta aku dibuatnya. Bilik mandi pun cantik. 

 
 

Language Boleh Pilih

Menarik pasal bilik ni :
- masih baru dan fresh
- tv ada adult movie (tapi ni kena purchase)
- free wifi
- kalau tertinggal kepala charger, don't worry banyak gila tempat usb
- toilet guna product L'occitane
- siaran tv yang banyak

Yang paling aku adore, haruslah tandas dia ... 

Bathtub Kegemaran .. Hahaha
Toiletries
Taknak Mandi Bathtub, Nak Mandi Shower Pun Boleh
Almari & Peti Ais
Pemandangan Dari Luar Bilik

And, I miss my room so much. Cantikkan bilik dia? Suka gila toilet dia. So classy and elegant. Memandangkan toiletries yang sangat best, memang aku tak pakailah. Simpan dan bawa balik untuk kegunaan bila diperlukan nanti. Hahahaha.

Facilities Lain Yang Terdapat Di Hotel Ini :

Inilah Tempat Kami Breakfast Selama Beberapa Hari Di Macau
Praha Bar
Gym Dia Kecik Je
Indoor Swimming Pool (Ini Pun Cantik Gak)
Jacuzzi
 Kedai-Kedai Di Dalam Hotel (Same Level Dengan Lobi)
Tempat Menunggu Teksi

Hotel ni hotel 4 bintang je uolsss. Tapi gaya bilik macam 5 bintang kan?? 



Harbour View Hotel Macau
Macau Fisherman's Wharf,
Avenida Dr. Sun Yat-Sen,
Macau City, Macau.

Website
http://www.harbourviewhotelmacau.com/

 (( Have Fun ))

Dalam banyak-banyak benda, bab makananlah aku paling cerewet sekali. Benda yang bakal menjadi darah daging. Bukannya cerewet nak makan tempat memahal ke atau tak cukup rasa garam, gula, masam ke, aku tak kisah sangat pasal tu semua asalkan restoran tu benar-benar HALAL. 

Kalau takde, aku tak kisah sangat pun sebab kat dalam beg dah tersedia back up makanan yang dibawa dari Malaysia. So, no worries. Hahaha. But, i'm so surprised!! Kat Macau ni takdelah susah mana nak cari makanan Halal. 

Setakat ni ada tiga restoran Halal yang aku tau. Yang lain-lain, korang discoverlah sendiri. Hehehe. Yang penting, datang Macau, perut korang takkan lapar sebab ketiga-tiga restoran ni menyajikan makanan yang sangat sedap sehingga menjilat jari. Nyumsss!!

1) Taste of India Macau

Taste of India Macau ni terletak di Macau Fisherman's Wharf. Logo Halal terpampang besar di depan pintu masuk restoran ini. Dah nama pun Taste of India, mestilah menyajikan Indian Food. Yang best kat sini adalah Kashmiri Briyani. Pergh!! Terangkat!!! Siap tambah berkali-kali tak ingat dunia. 

RESTORAN HALAL DI MACAU

Apa yang kami melahap hari tu??

- Indian Chicken Tikka
- Peppered Tomato Soup
- Homemade English Fish Cake 
- Portuguese Vegetable Croquette 
-Portuguese Seafood Stew 
- Macau Style Beef Medallion 
- Portuguese Piri-piri Orawn 
- Indian Bhuna Ghosh 
- Garlic Fried Mix Vegetable 
- Kashmiri Briyani 

Indian Breads
Mix Vegetable Salad
Cream Fruit Salad

2) Grand Coloane Resort Macau

Restoran ni baru je dapat status halal bulan Februari lepas dan hotel pertama di Macau yang dapat status tu. Tapi bukanlah semua restoran yang ada kat Grand Coloane Resort ni. Cuma kat bahagian bawah tu je. Ala, senang cerita yang ada logo Halal. 


Apa Yang Kami Makan Hari Tu ??


- Soto Ayam (wow, makanan Malaysia ada kat Macau lah)
- Fattoush | Mixed Salad w/ Sour Pomegranate Molasses
- Kibbeh Leham | Minced Lamb w/ Molasses & Coated w/ Bulgur Wheat
- Dal Makhani | served w/ basmati rice @ paratha
- Chicken Briyani | served w/ cucumber raita
- Lamb Rogan Josh | served w/ Basmati @ Paratha
- Fresh Fruit Platter
- Gulab Jamun

And yes, ada makanan yang aku terlupa nak ambil gambar. T_T

3) The Golden Peacock Macau

Restoran ekslusif di The Venetian Macau ni memang hebat. Bukan setakat makanan yang disajikan enak tetapi juga acap kali memenangi award. Award paling besar yang pernah dimenangi adalah Star by The Prestigious Michelin Guide to Restaurants and Hotels untuk dua tahun berturut-turut.

Hey, bukan senang nak dapat award tu tau!!! Hahaha. Anugerah lain seperti Best Special F&B Awards yang dianugerahkan tahun lepas oleh Hurun Presidential Awards. Mantap!


Sijil Halal

Anugerah-Anugerah Yang Diorang Dapat

Kitorang sempat tengok diorang masak. Sememangnya restoran ni bukan je ada dekorasi yang cantik tetapi dapur yang sangat bersih. Tak hairanlah kenapa orang sanggup spend duit diorang untuk makan kat sini. Sebab kualiti sangat terjaga.


Penyediaan Begitu Teliti Dan Bersih No Wonder Menang Banyak Award


Apa Yang Kami Makan Hari Tu ??


- Ajwani Mochi Tikka Kandari Chicken Tikka, Seekh Kebab
- Tomato Dhania Shorba
- Chicken Tikka Makhani
- Kashmiri Lamb Rogan Josh
- Yellow Fish Curry
- Aloo Gobhi
- Dal Todka
- Kabuli Pulao & Basmathi Rice
- Assorted Breads From Clay Oven
- Pistaschio Kulfi

Halal-halal restoran ni telah disahkan oleh negara jiran mereka, Hong Kong. Aku rasa kat Macau ni belum ada Jabatan Agama Islam macam JAKIM tu kot. Maybe?  Tapi jangan bimbang dengan status Halal yang disahkan oleh The Incorporated Trustees Of The Islamic Community Fund of Hong Kong ni. Diorang memang lagi power dari JAKIM. Yeay!

_____________________________________
American Airliner Plane